728 x 90

Khamis, 7 Januari 2016

Hadiah Segmen Apakah Saya dah sampai! :)

Saya sertai segmen anjuran Sis Fida ni hujung November lepas. Entrinya di sini. Kena teka gambar haiwan apa yang dilukis pada batang pokok. Alhamdulillah, rasanya semua yang joined teka-teka ni dapat hadiah. Kalau diikutkan saya terima kiriman hadiah Sis Fida pada tahun baru (baru tahu perkhidmatan pos beroperasi hari ni), tetapi jiran yang terima parcel bagi pihak saya. Nak dijadikan cerita, jiran saya tu pula emergency kena balik kampung. Makanya, lambatlah parcel Sis Fida sampai ke tangan saya.

 


Saya dapat fridge magnet RM100 (Cekebon paling excited belek fridge magnet ni),  fridge magnet Cameron Highlands dan satu pek biji benih. Errr, tak pastilah,... seeds apa ni, kak? Sekali pandang nampak macam biji sawi. Dua kali pandang nampak macam benih kailan. Siap ajak Bott pening kepala sama-sama. Bott kata kailan (beria-ia dia google gambar biji kailan), saya kata biji sawi. Tanya Cekebon, "Ya Allah, kakak! Manalah ibu nampak!"  Memang sengaja nak cari pasallah kan, biji cenonet tu tunjuk kat orang tak nampak ;)

Proses kaji selidik ;)
Konon-kononnya tengah compare seeds dengan biji sawi kat rumah. Kalaulah dulu masa kecik-kecik, segigih ini saya usaha nak cari jawapan, mesti dah jadi cendekiawan hari ni hihihi

Apapun,..

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Sis Fida. Moga bertambah murah rezeki Sis, dikurniakan keberkatan yang berlipat-ganda dan dipermudah setiap satu urusan Sis baik di dunia mahupun di akhirat.



Magnet Cameron Highlands tu saya letak di rumah magnet saya. Setakat ni dah ada dua magnet dalam negeri yang saya dapat daripada teman-teman blogger. Satu daripada Sis Fida dan yang Melaka tu daripada Mummy Julia.

Siapa yang belum lagi kenal dengan Sis Fida, jom ziarah blognya - MK Collections. Saya setiap kali berkunjung ke sana memang akan belajar sesuatu yang baru dan akan celik mata. Sis Fida punya minat pada tanaman hiasan. Bertugas pun di Jabatan Pertanian. Jadi, banyaklah benda-benda menarik yang dikongsikan.



72 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pn Farrah...

    Biji benih tu benih kailan...jom go green...saya pun FM sahaja yang banyak kat rumah...buat koleksi....
    P/s...malu pula...blog tak banyak pun info..sikit2 sahaja...bila ada masa lapang atau cuti baru kemaskini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Sis Fida. Ohhh, benih kailan ye. Bott betul! Terima kasih banyak2 sis Fida. Ishhh,..apa pula nak malu, memang betul. Saya setiap kali masuk blog Sis Fida seperti masuk dunia baru, akan amaze dengan banyak perkara :)

      Padam
  2. cantiknya tempat simpan magnet tu..hai farra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kotak rumah tu memang cantik Khaty. Tu yang sayang nak buang :)

      Padam
  3. woww, tahniah kak.. murah rezeki betul akak..")

    BalasPadam
  4. wahh dpt duit sehatus hinggit tuuuh., heheh2

    BalasPadam
  5. tahniah farrah.
    baru aida sedar, aida menang gaks.
    tapi tu la. disember blogwalking kat ke laut.
    busy dgn apa apa ntah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi biasalah tu, Aida. Ada je benda yg nak dibuat kan :)
      Tahniah buat Aida juga!

      Padam
  6. tahniah. wah cantiknya rumah magnet awak tu >,< mana nak dapat macam tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah magnet tu asalnya kotak biskut, Cici. Akak guna magnet dari dalam untuk letak magnet2 :)

      Padam
  7. rumah magnet tu DIY ke? hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh rumah magnet tu sebenarnya kotak biskut. Saya transformed jadi rumah utk display fridge magnet2 dalam Malaysia. Letak magnet dari dalam kotak supaya fridge magnet tu melekat :)

      Padam
  8. Tahnia jg dari Etuza sangat kreatif...

    BalasPadam
  9. waaa.. tahniah, kak.. comel-comel fridge magnet akak.. bertambah lagi koleksi ya .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang bertambah koleksi :)

      Padam
  10. Salam singgah sini Farah...wahh...bestnya dapat hadiah dari sahabat blogger....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok berlipat ganda, MD :)

      Padam
  11. Tahniah Farah....murah rezeki Farah...

    BalasPadam
  12. Cantik² hadiah yang Farah dapat ni....Rm100 tu MD pun ada dapat juga dari blogger Mia Liana....hihi

    BalasPadam
  13. Nampak biji benih tu macam biji benih kacang hijau jak Farah...hihi

    BalasPadam
  14. Rumah magnet Farah comel lah...suka tengok FM Farah tersusun kemas kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah magnet bila rajin saya tukar2 magnetnya :)

      Padam
  15. rumah magnet tu untuk FM local je ke kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye, Cik Sal. Yang luar negara akak tepek kat tempat lain :)

      Padam
  16. Salam , kak yana ingat lada hitam tadi hahahah XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Benih kailan ni kecik sikit daripada lada hitam, Wana :)

      Padam
  17. terapi untuk cekebon biaq happy2 baru sihat selalu :)

    BalasPadam
  18. nasib baik ms fida dah jwp benih ape, kalau namy...namy teka ia kacang hijau ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kacang hijau besaq lagi :)

      Padam
  19. Tahniah kak farah hadiah sangat cantik la

    BalasPadam
  20. Seronoknya dapat biji benih kailan sekali. sedapnya nanti masak kailan ikan masin..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh, lawan dengan tomyam dan telur dadar,...terangkattt! :)

      Padam
  21. Mencuit hati baca gelagat cekebon..hehe
    btw tahniah Farrah. ^^

    BalasPadam
  22. wah menarik duit rm100 tu. hahaha

    BalasPadam
  23. tahniah akak.. comel2 FM tu. kalau mak ada blog mesti refer blog fida tgk pokok2 yg boleh ditanam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang byk info menarik di blog sis Fida ni :)
      Banyak perkara yg kita boleh belajar.

      Padam
  24. Tahniah Farrah..jadi salah seorang pemenang

    BalasPadam
  25. bila sebut sis Fida ni mmg tak kenal yg mana satu but bila Fida Z Ein yg tggalkan komen...ohhh Fida tu ke..kenal lah heeee

    BalasPadam
  26. kalau sis JM lagi lah x kenal..biji apa lah tu..ingatkan kacang hijau

    BalasPadam
  27. Farrah sengaja nyakat Cekebon ek hiksss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kadang2 saya lupa yang Cekebon tak berapa nampak :)

      Padam
  28. nampak nya leh masak kailan ikan masin lah pasni heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu kena tanam dulu kailannya :)

      Padam
  29. Wahh tahniah kak,,brtmbh lgi koleksi fridge akak

    BalasPadam
  30. waaahhhhh....bestnyer...tahniah farrah....hihihi

    BalasPadam
  31. teringin jugak nk tahu biji benih apa tu....dh try tanam ehh farrah??? hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih kailan, Sis D. Belum tanam lagi. Tersimpan rapi dlm kotak biji benih saya. Cuaca skarang kalau nak gardening kena rajin sikit :)

      Padam
  32. Tahniah Kak Farrah.. :) comel FM dia :)

    BalasPadam
  33. bestnya dapat lekat lekat dekat situ :DDD kalau tanya saya, memang saya angkat bahu je la. xtau benih apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi misteri telah terungkai,..benih kailan, Amy :)

      Padam
  34. hehehe jadi cendiakawan pon boleh skg
    kene usaha lebih sikit
    kak farrah hebatt
    hehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi otak dah jammed, Ayu. Belajar lambat pickup!

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...