728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

Khamis, 28 Januari 2016

Selendang Pelengkap Gaya

Satu keunikan dan kelebihan Malaysia ialah rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa dan anutan agama. Kepelbagaian ini secara tidak langsung membolehkan kita belajar untuk hidup menghormati satu sama lain, side-by-side, bebas mengamalkan cara hidup, budaya dan ritual agama masing-masing dengan penuh tolenrasi dan aman. Betul tak?

Okay, kita luaskan topik sedikit. Dek kerana wujudnya variasi ini, maka budaya harmoni sudah lama sebati dalam diri kita. Kita mudah untuk mendapatkan pelbagai pakaian tradisional yang mempamerkan ciri-ciri kaum dan adat masing-masing. Malah, pemakaian pakaian tradisional ini tidak terikat kepada satu-satu kaum sahaja. Gadis berbangsa Cina atau India memakai sepersalinan baju kurung bukan sesuatu yang aneh. Jejaka Melayu yang mengenakan kurta juga bukan sesuatu yang pelik pada pandangan mata.

Tidak dinafikan, pakaian tradisional Melayu dan busana Muslimah merupakan antara yang paling popular. Kedua-duanya mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Haaa,..hari ini kita angkat bicara soal selendang. Tudung wanita adalah antara produk bagi kedua-dua kategori di atas yang sering menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita Malaysia. Tudung adalah antara persalinan penting yang perlu dipadankan sebagai pelengkap gaya selain daripada beg tangan, kasut dan aksesori lain.


Siapa kata apabila bertudung tak boleh bergaya? :)

Selepas beberapa ketika, trend tudung terkini selendang mula muncul dalam industri fesyen Muslimah Malaysia. Selendang digayakan dengan gaya segar dalam kalangan hijabista dan boleh didapati hampir di mana-mana sahaja. Pemakaian selendang wanita terkini ataupun shawl wanita semakin popular selepas menjadi pelengkap gaya ramai selebriti dan ikon wanita popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Yuna dan Hana Tajima. Malah trend tudung selendang Hana Tajima menjadi pilihan 'laku laris' ramai gadis dan wanita muda di luar sana.

Macam-macam pilihan selendang dan shawl.
Secara peribadi, saya suka selendang yang simple, mudah digayakan dan pada masa yang sama ada sentuhan elegannya  yang tersendiri. Bolehlah dipakai ketika menghadiri keraian, event atau function, temujanji istimewa ke,.. Berminat dengan gaya shawl Hana Tajima? Berkenan dengan tudung Siti Nurhaliza? Atau ingin tampil trendy dengan gaya hijab persis Yuna? Kenalah belajar cara menggayakan tudung seperti mereka. Jangan risau! Banyak tips tutorial memakai shawl dan selendang yang boleh kalian dapatkan di internet. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.

Selamat Bergaya!


44 ulasan:

  1. ekin pun suka selendang yang simple gak... akak macam taw jah artikel ni dari mana hahahhahaha

    BalasPadam
  2. macam2 pattern adakan kak farrah... tengok je kat media sosial ramai yg jual aneka jenis selendang ni... :D

    BalasPadam
  3. saya sekrang lebih prefer selendang...malas dh bawal2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ikut mood, kalau nak cepat tu pakai jenis sarung je :)

      Padam
  4. dua2 akak pakai tp banyak pakai slendang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi saya pula lebih banyak tudung biasa berbanding selendang :)

      Padam
  5. salam kak yana kalau nak cepat memang grab selendang, tapi depend pulak pada jenis kain selendang tu ,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau nak cepat tak leh selendang, makin lambat jadinya hahaha

      Padam
  6. nak tengok Kak Farrah dan selendag pulak.. hehe

    BalasPadam
  7. Farrah. nanti dapat payment dari zalora, jangan lupa belanja saya tau. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ekin pun dah dapat ahhahahhaha siap beli barang dah

      Padam
    2. camna Ekin leh dapat 'gift' tu..up entri dari Zalora eh?

      Padam
    3. sis JM memang setia ngna shwal...oblong shawl..murah je..RM10 sepasang..memang selsa tetapi bg yg malas nak beli2 tu mmg akan rasa rengsa tapi bila dah biasa..lebih senang pakai compare tudung bawal

      Padam
    4. sis JM ni mesti tak baca entri blog ekin kan xtaw pape pasal tu.. majuk la gini hahahhaha

      Padam
    5. tudung bawal ekin banyak kat kelate nuh... tudung bawal kelantan punya hihihi

      Padam
    6. @Intan - kihkihkih nanti saya belanja benda2 utk planner Intan ye :)
      @Sis JM - Sis JM sah pro. Senang je lah. Macam saya ni mau terkial2 :)
      @Ekin - hihihi jangan mare, akak pun tak baca lagi rasanya entri ekin yang tu. Ekin mesti ada banyak stok bawak yang cantik2 kan,..

      Padam
    7. Kak Farah : memang banyak ketinggalan entri blog ekin... ahhahahha... biasa la ekin dah dapat tangan untuk menaip dengan laju ni syok la....

      yup banyak stok tapi dah tak guna loni tak kerja kan duk dirumah pakai shawl instant saja... nanti nak buat kumpul2 dulu nak bagi or jual bundle hihihi

      Padam
    8. hahahhahah baru perasan kak farah typo BAWAK hahahahah :P

      Padam
    9. BAWAK ok lagi ekin.. jangan BIAWAK sudah.. hehehe..

      Padam
  8. baca entri ni ingat entri Sandal dalam blog SS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tengah karang entri ni ternampak entri sandal SS. Terus gi kacau SS :)

      Padam
  9. kalau travel memang suka selendang, tapi untuk kegunaan harian prefer bawal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pula kalau ke kelas, keluar biasa2 pakai tudung biasa. Kalau ada event/gi jalan2 baru godek2 pakai shawl...hmmm tu pun ikut mood :)

      Padam
  10. Mummy suka tgk org2 kreatif gayakan tudung.. Mcm2 style..! Tapi yg penting.. Jgn terlilit sampai tak bernafas sudah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah itu yang penting mummy kan,.. ;)

      Padam
  11. Hee, masa ting.3 jea rajin berselendang. Lps tu tudung sarung memanjang.

    BalasPadam
  12. macam macam fesyen sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam2. Pilih je mana yang berkenan :)

      Padam
  13. Saya susah pkai. Sbb pkai spek. Huhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pakai spek dan suka pakai shwal kena cara menjadi aina :)

      Padam
  14. saya suka selendang gak..( sebenarnya tak reti pun nak lilit sangat. hanya tahu 1 cara lilit je )

    BalasPadam
  15. Saya kalau tersalah beli shawl haa habis lah bulat semacam muka. Hmm ke memang sntiasa bulat hahaha

    BalasPadam
  16. sekarang dah jatuh cinta dengan shawl!

    BalasPadam
  17. ayu lebih suka selendang y dibelit simple
    xssh nak pakai n bukak..
    tp skg lg senang
    instant shawl je..
    sarung sekali siap

    BalasPadam
  18. sy beli byk selendang....tp xpernah pakai....adehhh...hahahahha....last2 pakai yg men sarung jerrr...dasar pemalas....kah kah kah

    BalasPadam
  19. lama tak pakai selendang.. jadi malas ntah macam mana tak tau..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...