Isnin, November 30, 2020

Pasta Fusilli Sup Ayam

Salam minggu baharu! Saya mulakan minggu dengan mood serba lemau. Malas hendak berbuat apa-apa. Berat je rasa badan tu nak bergerak. Alang-alang tak mahu bergerak tu, kita duduklah menghadap komputer tulis entri blog. Sekurang-kurangnya, bolehlah rasa diri ni produktif juga. 

Hari ini entri resepi. Satu lagi resepi olahan pasta yang tersimpan lama dalam draf, asyik bertangguh dan tidak sempat saya hendak kongsi. Fusilli sup ayam. Haa ... kali ini hidangan pasta saya berkuah dan dinikmati dalam keadaan panas-panas.

Fusilli dengan sup ayam ni sebenarnya lebih kepada leftover recipe. Saya gunakan lebihan sup ayam hari sebelumnya. Tiba-tiba tekak terasa teringin nak makan something hot and soupy. Jadi, saya panaskan sup, masukkan daun limau dan hirisan cili api. Basically, cara penyediaan hidangan ini, kita hanya perlukan sup ayam (ikutlah resepi internet ke, resepi turun-temurun ke) dan pasta.

Sementara sup dipanaskan, rebus fusilli (boleh ikut cara mudah, cepat dan jimat ni) sehingga masak. Jika hendak pakai spageti atau makaroni pun tiada masalah sebenarnya. Pasta juga. Kebetulan ketika itu,  ada baki fusilli suku pek dalam balang. Saya capai apa yang convenient.

Apabila fusilli dah ready, masukkan ke dalam periuk sup dan biarkan masak seketika. Setelah itu, ambil satu sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan sedikit air (saya gunakan air rebusan pasta) dan masukkan ke dalam sup untuk pekatkan kuahnya. Biar tekstur sup ada body, likat sedikit ala-ala stew gitu.


Siap!
Fusilli Sup Ayam

Taburkan bawang goreng dan sedia untuk dinikmati. Lawan pula dengan sambal kicap cili api. Yummeh! Adalah kelainan sedikit, kan? Asyik makan mi, kuetiau dan bihun je ... sekali-sekala kita makan pasta sup pula.

Jumpa lagi nanti! Moga hari kalian indah dan bermakna. Insya-Allah, nanti saya blogwalking ye :)

10 ulasan:

  1. Perrgghhh... Sedap pulak tengok ye tak ye jugak kan. Asyik mee, meehoon, kuewteow.. Sesekaki tukar mesti menyelerakan. Boleh buat jugak lah nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba. Nanti dah cuba jangan lupa kongsi tau kena atau tidak dengan selera 😊

      Padam
  2. Fusion ni..ada sambal kicap, mmg best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Lawan dengan sambal kicap memang best!

      Padam
  3. Guna pasta pula lawan dengan sup ayam.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Semestinya. Lagi-lagi time hujan cuaca sejuk sedap layan ni.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.