Rabu, Ogos 27, 2014

"Kak, nak berbakti tak?"


"Kak, nak berbakti tak?"

Soalan Cekebon yang ini akan buat orang lain dengar angkat kening. Berbakti? Peliknya soalan tu!

"Ada ke?" Saya tanya balik dengan muka excited.

"Dalam peti ais."

"OK, Bon. Nanti kakak nak, kakak ambil sendiri."


Suspen tak? Apa kena mengena bakti dengan something dalam peti ais? Hmmm, sebenarnya 'konsep berbakti' ni timbul disebabkan nanas. Ya, nanas. Cekebon suka makan nanas. Bila adik-adik belikan buah favourite dia ni, Cekebon akan ambil her own sweet time kat dapur untuk kupas kulitnya dan buang mata nanas tu. Kemudian, dia potong kepada ketulan-ketulan kecil dan simpan dalam peti ais. Then, dia akan makan sikit demi sikit.

Masalahnya, anak sulungnya ni memang ada darah Samseng Kampung Dusun kot! Suka sangat songlap nanas Cekebon. Kopek nanas malas! Hehehe setiap kali nak kecak nanas ibu, saya akan buat muka comel (yang tak berapa nak comel pun sebenarnya), saya akan cakap yang saya tengah buat favour untuk Cekebon. 

"Kakak tengah berbakti pada Bon nih. Tolong abiskan nanas. Bon mana leh makan nanas banyak-banyak!" 

Huhuhu ada gaya penyangak tak? So, sejak itu, setiap kali Cekebon ada nanas yang nak offer pada saya, itulah bentuk soalan yang ditanya ;)

Orait, itu cerita untuk pagi ni. Have a majestic day!



Selasa, Ogos 26, 2014

Repair Dodol

Ini projek malam tadi. Ini cara lembutkan dodol yang keras atau masak semula dodol yang sudah tengik. Di rumah ni, saya seorang sahaja yang suka makan dodol. Jadi, kalau ada rezeki dodol tu, memang saya seorang yang makan. Sekali makan sepotong, sekali makan secubit … lambat sangat nak habis. 

Selalu bila dah beberapa hari di luar pada suhu bilik, saya akan masukkan ke dalam peti ais. Tak nak bagi rosak. Sayanglah konon-kononnya. Tak baik membazir, kan? Lagipun, datang waktu craving ingin makan sesuatu yang manis, bolehlah makan dodol.

Hmm, masalahnya bila dodol tu dah keras lagilah tak laku! Kurang enak gitu!

Jadi, bermulalah projek repair dodol!

Cara mudah lembutkan dodol.

Isnin, Ogos 25, 2014

Eishh, jangan makan!

MODE: Tonton drama bersiri depan laptop.

"Eishh, jangan makan! Orang sakit urat mana boleh makan timun. Nanti berdenyut kaki dia malam kang!"

~ Dialog Emak Umar, Drama Tentang Hati, Episod 4



Ye ke? Betul ke? Baru saya tahu! Patutlah masa kaki under repair time raya, semacam je fesyen sakitnya. Berdenyut tak berhenti-henti. Nak lelap pun susah. Sampai nangis-nangislah saya menahan sakit. Muka dah keronyok abis dah asyik dok menyeringai. Huhuhu. Saya pulak bukan main seronok je meratah timun dengan kuah kacang sebelah siangnya. Hmmm, maybe sebab timun tu sejuk kot. So, urat-urat yang lemah daya ketahanan jadi terkejut :)

Note to self: Lain kali, kalau terkehel sakit urat, JANGAN MAKAN TIMUN!

Orang-orang tua dulu, kaya dengan petua dan pantang larang, kan?!


Amalan dan Rawatan untuk Sakit Sendi

Sebelum ini, saya pernah dengar yang lendir aloe vera mujarab digunakan untuk merawat sakit sendi. Dahulu keliling rumah arwah nenek ada banyak tanam pokok aloe vera. Selalulah jiran-jiran nenek minta untuk buat ubat sakit lutut dan sendi-sendi yang 'ketat'.

Baru-baru ni, seorang teman yang memikirkan saya masih cemerkap suka jatuh suka terseliuh e-melkan saya kaedah rawatan Islam untuk diamalkan. Dalam gurau-gurau pun ada perkara bermanfaat yang dititipnya. Benda baik, kenalah kongsi ramai-ramaikan.


Cara Rawatan untuk Sakit Sendi

1. Dapatkan lendir dari keratan aloe vera. 

Potong kulit luar untuk dapatkan lendir aloe vera. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk.


2. Baca Surah Al-Fatihah (1X) dan Ayat Kursi (1X).