Selasa, Oktober 20, 2015

Tamar Cocoa daripada Athirah Diyana

Hujung Ogos yang lalu, semasa blogwalking ke blog Athirah Diyana, cik adik ni tawarkan 5 Free Sample Tamar Cocoa kepada 5 tukang komen terawal. Alhamdulillah, saya salah seorang daripadanya  =)

Sebenarnya, sudah beberapa minggu saya terima Tamar Cocoa daripada Athirah. Tetapi lambat tulis entri. Ini kali pertama saya cuba Tamar Cocoa. Not bad! Kaya dengan rasa coklat. Campurannya boleh tahan pekat. Yummmyyyy!

Hiasan untuk Handmade Card - Bunga Hitam Putih

Projek malam minggu lepas. Saya perlu siapkan kad dengan tema hitam putih. Setelah difikir-fikir apa hiasan yang sesuai, saya putuskan untuk buat bunga hitam putih menggunakan craft punches yang ada. 

Dua saiz, bunga besar berukuran 7.5cm dan bunga kecil 1.8cm

Merdu Mellifluous

Hari ni kita belajar perkataan baru, OK? Baru-baru ni baca novel, jumpa perkataan mellifluous. Ini antara perkataan yang saya suka (err,..tetapi jarang guna) sebab bagi saya perkataan tu sendiri 'cantik', sedap dan sesuai sangattttt dengan maknanya. Saya sertakan terjemahan google saja ye.