Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.
Saya ingin kongsi kegembiraan saya dapat 'duit raya' ni. Kisahnya, pada petang Rabu (Hari Wesak) saya cuba luangkan masa untuk blogwalking. Masuk blog Kak Amie (Amie's Little Kitchen) dan antara entri terkini Kak Amie ialah Jom Tangkap Pageviews ke 20 00 000. Menarik ni! Kebetulan, ketika itu paparan pageviews memang dah hampir sangat ke angka 20 juta. Adalah tinggal 1 k sahaja lagi.
Saya pun terujalah hendak 'memukat' paparan pageviews 20 juta tu. Selama ini, biasa baca blogger NA yang bernasib baik dapat capture nombor cantik di blog yang anjurkan cabaran sama. Sempat lagi cerita dekat Bott 'misi' saya kendatipun kebarangkalian untuk berjaya sangat tipis. Kami berdua sempat gelak besar lagi sebab rekod saya dalam bab-bab cuba nasib, cabutan bertuah atau apa-apa yang seangkatan dengannya memang jarang bertuah.
Baru hendak baca entri Kak Amie yang lain, Cekebon telefon. Sambung sesi borak kami yang tertangguh tadi dalam kurang lebih dua puluh minit. Selesai berbual dengan Cekebon, sempat saya tekan butang refresh sebelum saya terlelap. Hahaha! Dalam entri saya pergi klinik semalam, saya ada cerita saya dapat ubat baharu, kan? Uishhh! Memang ubat tu bukan calang-calang kesan mengantuknya pada saya. Pantang lepa je saya Zzz Zzz Zzz. Tak mampu buat apa dah! 😅