NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Rabu, 16 April 2014

Berjaya disiapkan!

Alhamdulillah! Saya ada 10 tempahan kad ucapan yang perlu saya siapkan. Saya letak sasaran perlu selesai buat semua kad selewat-lewatnya esok. Syukur, kad-kad tu berjaya disudahkan malam ni. Kebetulan hari ni tak sibuk sangat. Lancar jelah projek kad ucapan saya ;)

Kebanyakan kad-kad yang saya buat ni berkonsepkan 'buku mini di dalam kad'. Dalam erti kata lain, saya letakkan sisipan lain di dalam kad untuk memberi ruang menulis yang lebih luas. Maklumlah, kad untuk perpisahan,...satu jabatan nak tandatangan, mana cukup ruang saiz kad biasa.

Antara kad-kad yang telah saya buat,..




Bahagian dalam kad dengan lebih ruang untuk menulis.



Nanti, bolehlah tengok perincian kad-kad ni apabila saya update di Crafts Belvedere.
OK, malam ni boleh tidur lena :)

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...