Khamis, Mei 08, 2014

Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.

Sekadar perkongsian ringkas buat hari ini. Untuk mengingatkan diri saya juga. Lazimnya, apabila kalian dipuji, apa reaksi pertama kalian? Apa pula tindak balas atau respons kalian terhadap pujian tersebut? 

Common courtesy - kita akan cakap terima kasih, bukan? Tetapi, cukupkah sekadar itu? Ya, mungkin cukup untuk orang yang memuji kita. Untuk diri kita sendiri?

Islam benar-benar sempurna dan cukup indah sehinggakan situaasi kita dipuji pun ada adab dan amalan baik yang wajar kita praktikkan. Yalah, orang puji kualiti yang baik pada kita. Kualiti berkenaan datang dari siapa? Ada baiknya dalam situasi begini, kita tidak terus 'kembang hidung' sebaliknya guna kesempatan yang ada untuk mengingati Sang Pencipta.

Bilamana kita mendapat pujian daripada orang lain atau apabila kita dilimpahi dengan kesenangan dan kebahagiaan, jangan lupa untuk lafazkan:


Hadza min fadhli rabbi

Terjemahan: Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.


Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku. Apa yang baik pada diri kita memang datang daripada-Nya. Jadi, tidak salah untuk kita bersyukur dan mengingatkan diri dari semasa ke semasa. 


1 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.