Ahad, Jun 15, 2014

Resepi Sihat - Roasted Cauliflower/ Kubis Bunga Panggang

Roasted Cauliflower with Corn

Hidangan ini sedap sangat! Boleh dijadikan lauk atau makan begitu sahaja sebagai 'snek yang sihat'. Saya suka pada teksturnya yang rangup di bahagian luar tetapi masih lembut dan 'juicy' di bahagian dalam. Haaa,..bagi ibu-ibu yang nak latih anak supaya belajar makan sayur, boleh cuba resepi ini :)

  • 1 biji kubis bunga bersaiz sederhana besar, potong kecil
  • 3 - 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
 
  1. Panaskan ketuhar ke 230 darjah celcius.
  2. Gaul rata semua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk.
  3. Ratakan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 10 minit. Keluarkan. Balik-balikkan potongan kubis bunga supaya sayurnya dapat dipanggang dengan sekata.
  5. Bakar lagi selama 10 minit.

Siap!!!
Semasa sediakan hidangan di atas, saya ada lebihan jagung manis. Jadi, saya masukkan jagung tu sekali untuk dibakar pada 10 minit terakhir.

Jika nak tarik minat si cilik, bolehlah diparutkan sedikit keju pada kubis bunga kita ni.

Jika nak rasa sitrus pula, parutkan kulit lemon dan masukkan sedikit jusnya.


Selamat Mencuba!

Mahu resepi sihat yang lain? Cuba Salad Timun Ringkas & Mudah ini :) 



3 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.