Selasa, 26 Januari 2016

Resepi Aiskrim Goreng Mudah

Panas-panas ni, tekak 'damba kasih' nak makan something sweet and yummy tak? Saya, time cuaca panas terik, mulalah datang habit buruk menyelongkar peti ais. Tengok apa yang boleh dimamam atau diteguk. Hasil geledah saya yang buat tiba-tiba ada 'mentol menyala di kepala' - roti keping lama dan satu tub aiskrim jagung. Jom buat aiskrim goreng! Sangat mudah dan pasti laku laris!

Inilah rupa paras aiskrim goreng saya. Dah syok makan sampai separuh baru teringat nak snap gambar. Sebenarnya boleh lamakan lagi masa menggoreng. Bagi warna roti tu lebih perang dan cantik. Tetapi, tak mahulah aiskrim di dalamnya cair meleleh kan,..Lagipun, ikutkan iklan untuk aiskrim goreng Nestle tu, 9 saat saja! OK, mari kita tengok resepinya.

Aiskrim Goreng Jagung
Resepi Aiskrim Goreng

Apa yang diperlukan:
  • Aiskrim (perasa ikut citarasa masing-masing).
  • Beberapa keping roti.
  • Rolling pin
  • Egg ring (yang selalu guna nak buat banjo tu). Kalau tiada egg ring, guna gelas pun boleh.
  • Bahan-bahan optional: kacang, jem, sos coklat, nutella, marshmallow

Cara Penyediaan:
  1. Ambil roti. Gunakan rolling pin untuk nipiskan setiap keping roti. Biar betul-betul nipis ye. Kita nak dapat kulit luar yang rangup. Jika roti tak dinipiskan, nanti apabila digoreng akan jadi soggy sebab serap minyak.
  2. Setelah itu, ambil beberapa sudu/scoop aiskrim dan letakkan di bahagian tengah roti. At this stage, kalau nak tabur kacang ke, letak jem atau sos coklat pun boleh.
  3. Ambil sekeping lagi roti dan tindan di atas aiskrim tadi. Tekan-tekan di bahagian tepi roti. Guna egg ring untuk dapatkan bentuk bulat.
  4. Untuk pastikan yang aiskrim tidak meleleh keluar semasa kita menggoreng, kita kelim bahagian tepi roti menggunakan garpu.
  5. Setelah siap, masukkan roti aiskrim ke dalam freezer. Biarkan selama sekurang-kurangnya 2 jam. Kita nak aiskrim di dalamnya betul-betul beku.

Ini rupa sebelum dibekukan dan digoreng.


 Tips untuk menggoreng:
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan minyaknya cukup untuk kita deep fry roti aiskrim kita.
  2. Keluarkan roti aiskrim dari freezer. Tidak perlu biarkan pada suhu bilik atau nak defrost. Once minyak dah betul-betul panas, masukkan roti aiskrim dan goreng selama lebih kurang 9 - 12 saat.
  3. Angkat, tuskan atas kertas tisu dapur. Hidangkan segera. Nikmati dengan senyuman!

Selamat Mencuba! 
 

62 ulasan:

  1. dulu saya pernah try buat aiskrim goreng ni, tpi tergoreng lama. so bila makan aiskrim tu dah cair sangat xD
    comellah aiskrim goreng kak farrah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,..kalau tergoreng lama memang kurang 'indah' rasanya :)

      Padam
    2. so lepas ni kene goring sekejap2 jer..

      Padam
    3. cuba try goring guna air fryer.. lagi sedap kot agaknya.. and tak cair kalau goring lama. hehe

      Padam
    4. iklan cakap goreng 7 saat je..haha

      Padam
  2. salam , amboi kak farrah pagi pagi :) dah aiskrim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh la datang sini! Ada lagi stok dalam peti ais. Akak buat 7 ketul :)

      Padam
    2. bila pos, sampai kat penerima dapat sampul surat basah jer. hehe

      Padam
    3. Untonglah... ajak yana yang halus mulus je...

      Padam
  3. cantik akak buat , macam aiskrim goreng nestle tu kihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. seksa sikit bab nak menekan guna egg ring tu. tang guna garpu seronok heheheh

      Padam
    2. I can feel u Farrah.. memang susah.. sebab tu saya malas nak buat.. hahahha (alasan!).. lagipun saya bukan hantu aiskrim..

      Padam
  4. Memang buat terliur tengok..cuaca panas skang sedap betul kalau mkn aiskrim ni..lebih mudah buat aiskrim goreng sendiri kan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bahan2nya ada, memang berbaloi buat sendiri.. :)

      Padam
    2. dapat jimat duit gak dari bayar gst. hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. Memang dap dap dap masuk tekak! :)

      Padam
    2. sedap sehingga tekak kebas. hehe

      Padam
  6. pernah buat dulu2... abg sangat suka makan hahhahaha tak sangka bini dia boleh buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa apa lagi ekin,..buatlah lagi aiskrim goreng. Boleh jual kat budak2 area rumah ekin tu,..

      Padam
    2. loni malas nak buat hahahahha... tunggu nanti sifat rajin buat ada nanti ekin buat kak farah

      Padam
  7. Assalam. Menarik ni.. terimakasih kongsi idea.

    BalasPadam
  8. Nakkkkkkk!!!! Nakkkkkk Niiiiiii!!! Uwaaaaaaaaaaa...

    BalasPadam
  9. Bila lya nak buat da aiskrim roti plak x da..bila da roti aiskrim plak x da hihi

    BalasPadam
  10. Btl2 meltingg aiskrim goteng akak tuu

    BalasPadam
  11. Gambar first sekali nampak macam pakai acuan karipap. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yezza. macam karipap. lepas ni boleh diberi nama "aiskrim karipap"

      Padam
  12. Nampak pepagi ni teringin pula MD nak...m

    BalasPadam
  13. Panas di luar cair di mulut....betul² mengoda aiskrim goreng Farrah ni tau...

    BalasPadam
  14. Bentuk aiskrim Farrah ni comel lah...hihi

    BalasPadam
  15. saya suka makan aiskrim goring ni tapi suka makan kat kedai jer. hehe. and kedai favourite makan ais krim goring ni ialah Restaurant Hakim, Seksyen 7 , Shah Alam atau Khulafa, Seksyen 7. hehe

    BalasPadam
  16. mmg terbaik kak farrah
    dulu mase eskrim ni blm popular ayu igt tiap2 pasar malam mesti akan beli
    sbb macam pelik jugak
    mcm mane eskrim kene goreng
    rupenye rotinya yg digoreng
    bile skg ni dah tau nak buat n sgt senang pon sebenarnye
    sllu bt stok je dlm peti

    BalasPadam
  17. saya honestly tak suka makan ais krim goreng..hehe.tak kena dengan selera kot.tapi rumah saya letak aiskrim sekejap je dah habis.tak sempat goreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah rumah kita... tak sempat letak lama... abes dah...

      Tp ais krim goreng hmmm x ingat lah pernah mkn ke tak...

      Hmmm kna buat semula ni

      Padam
    2. pernah beli yang dah frozen.. nak buat sndiri malas =P
      tapi makan kalo eskrim vanilla o cekelat je..

      Padam
  18. Errr tuan tanah bukan sakit tekak dan selsema ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa tu kak.. time2 sakit tekak bagai tu la nak makan es..

      Padam
  19. Kenapa kelim mcm karipap... hi hi hi

    BalasPadam
  20. pergh ni kalo ngan eskrim coklat ni layan ni..
    letak plak nutela.. huwa...

    BalasPadam
  21. tekan2 macam tu tingat pie pulak..

    BalasPadam
  22. aduhlah hai....ade je idea dak farrah ni..sis JM kalau bukak peti sejuk..x de idea baik g kedai..

    BalasPadam
  23. aikrim goreng?..ingatkan karipap inti aiskrim

    BalasPadam
  24. Farrah guna roti gardenia tu ke

    BalasPadam
  25. Rolling pin?...boleh ganti dgn yg lain x atau nipiskan dengan ulu lesung batu hikss

    BalasPadam
  26. bila dah goreng nanti aiskrim kat dlm tu still sejuk x

    BalasPadam
  27. Sedapnyaaaa! Saya pernah buat tp takde egg ring. Saya guna mangkuk kecik je haha

    BalasPadam
  28. Tetiba rasa lapar petang petang camni wuaaaa

    BalasPadam
  29. Dapnyaaaaa, ingatkan guna pengepit karipap tu. Rupanya guna garfu jea. Kreatif2

    BalasPadam
  30. lama tak buat aiskrim goreng.. nanti nak buat laa.. dah ada deep freezer, boleh laa nak stok aiskrim bagai..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...