728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Khamis, 28 Januari 2016

Selera Sitrus

Ni semua menu minggu lepas. Saya kurang sihat dijengah selesema dan sakit tekak. Jadi, mulut tu rasa payau. Teringin nak makan yang bukan-bukan je. Lagi-lagi yang masam-masam.

Kek Lemon 90 Saat

Pada mulanya tak berniat langsung nak buat kek microwave ni. Dalam pada tak ada mood nak buat kerja sebab air hidung asyik meleleh, saya parut kulit lemon dan perah jusnya. Nak simpan dalam freezer. Kat rumah ni stok lemon dah berlebih-lebih pula. Kebiasaannya, saya memang pastikan buah lemon sentiasa ada di rumah. Beli punya beli, tak sangka kat rumah ada beberapa plastik lagi yang belum digunakan. Jadi, sebelum lemon tu jadi ganyut dan kering jusnya, kita perahlah siap-siap. Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan. Nanti nak guna senang :)

Dalam pada sibuk bergelumang dengan jus dan parutan kulit lemon, Cekebon masuk dapur.


"Buat apa kak?" Sambil tu pusing-pusingkan rak rempah saya.
"Tadi dengar kelentung kelentang kat dapur, kak goreng keropok eh?" Ni pula hint halus Cekebon saya tanda dia teringin nak makan keropok ;)
"Tuner kapok dah jumpa dah ke? Si Yuri buat main terselit celah-celah almari kot..."

Hihihi bila dah banyak tanya begini, maknanya Cekebon berada pada tahap bosan yang maksima. Sama ada dia dah penat mengaji, malas layan geng-geng telefon dia ataupun kat TV tak ada cerita best untuk ditonton. Saya nak bacakan blog SS dan Huda dia tak mahu. "Suara tak sedap. Lagipun akak tengah flu, tak faham apa akak cakap! Slurry!" Nampak tak betapa 'mem besar' ni demand layanan kelas pertama? Suara tak sedap katanya...

Last-last saya tanya, buat kek lemon satu minit setengah nak? "Satu minit setengah je?" Saya iyakan. Tak sempat sakit pinggang pun. Alang-alang jus dan parutan lemon dah ada depan mata. Maka, dengan excited-nya Cekebon kacuk sendiri adunan kek lemonnya dalam mug besar. Saya tolong cakap bahan-bahannya berapa sudu je.

Sembilan puluh saat kemudian,

Tingggg!
Kek Lemon Satu Minit Setengah! :)
Gembira bukan kepalang, Cekebon keknya menjadi. Fluffy dan nyumm nyummm! Bertambah-tambah gembira apabila rasa kek lemon tu kena dengan seleranya. Saya kurangkan gula. So, just nice. Manis masam manja gitu. Nanti resepi saya kongsi kemudian ye.

Ayam Masak Lemak Limau Nipis

Sebelah petangnya pula, saya masak Ayam Masak lemak Limau Nipis. Something citrusy lagi. Bahan yang penting untuk resepi gulai lemak ini ialah daun ketumbar dan buah limau nipis. Haaa, belanja gambar dulu ye,..ala ala teaser lah. Resepi akan menyusul kemudian.



Psstt! Tetamu-tetamu hebat yang masih belum confirm-kan alamat surat-menyurat, please do so ASAP. Saya dah mula nak kirim hadiah secara berperingkat. :)


68 ulasan:

  1. Resepi leng kali ye, telan air liur dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi yesss, telan air liur dulu utk semangat masak di kemudian hari :)

      Padam
  2. Farrah! alamat sis JM masih sama...ehh..ada ke utk sis ni hikss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah gaharu cendana pula,
      Kura-kura dalam perahu,
      Sis JM dah tahu bertanya pula,
      Pura-pura lak dia buat tak tahu ;)

      Sis JM punya on the way. Hari ni sempat hantar utk Sis JM & Huda. Yang lain kena tunggu hadiah siap & confirm address. Kanda SS & CT nya lak tengah kumpul ;)

      Padam
    2. ahakss.....macih dinda Farrah....ada juga ole2 from korea for u tapi belum bungkus lagi

      Padam
  3. pergh!!! ayam masak lemak tu memang BERLEMAK!! mesti guna santan kelapa perah sendiri ni ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah ni santan guna yg perah dr kotak, sis :)

      Padam
    2. Lemak berkrim disukai ramai... he he he...

      Padam
    3. Hihihi lemak berkrim disukai ramai!

      Padam
    4. suami ekin kalau santan kotak reject gulai hahahahhaha

      Padam
  4. salam kak farrah ! huuu, kat sini payah nau nak dapat lemon ade pon tak segar, stress kejap! hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak nak ngantar pun nanti by the time sampai dah lisut.
      Stress tu biar kejap je ye...jgn lama2 tau!

      Padam
    2. Yana tinggal mana? pesal susah sgt nk dpt lemon segar tu

      Padam
    3. SJM rasa? terengganu la, hahhah tempat yang yana selalu beli barang dapur .. tempat lain jauh , bukan tak ada lemon tu tapi nampak sendu je , hehehe

      Padam
    4. SJM rasa? terengganu la, hahhah tempat yang yana selalu beli barang dapur .. tempat lain jauh , bukan tak ada lemon tu tapi nampak sendu je , hehehe

      Padam
    5. yeye baru teringat....ada beri alamat hari tu..ole2 for u...tggu!

      Padam
  5. Balasan
    1. Kitorang adik beradik panggil comel angada - comel manja2 mengada hihihi

      Padam
  6. ayam lemak tu sekali imbas macam masak kurma je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua kali imbas, alamakkk apsal lauk ni hijau?! ;)

      Padam
    2. pasal letak kulit limau nipis dalam tu yedak? fail dah masak haha

      Padam
  7. Alamak kak farrah
    terasa plak tekak ni dgn lemon tu kan
    igtkan kak farrah sertakan resepi
    ke dah ade kt entry sebelumnye
    hehehe layan cikebon 1st kelas ye kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sabor ye..sabor ye,..resepinya belum taip lagi :)

      Padam
    2. dah dapat resipi nanti jgn buat pekasam ;p

      Padam
  8. ok first time dgr masak lemak limau nipis.. hhiihhihihiii... resepi kek tu cmne kak??? hihihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun first time cuba resepi ayam tu, Ikhwan. Ok..sabar sikit. Nanti akak segerakan entri resepi kek lemon tu ye.

      Padam
    2. bila IY nak masuk dapur gitu la gayanya..

      Padam
    3. hai IY..tanya ni nak buat ke tak?

      Padam
  9. kalau sis JM dpt selesema dan sakit tekak teringin nak makan kimcheeeeee hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kimchi you! Orang koya la katakan :)

      Padam
    2. kimchi tetap di hati hehehe

      Padam
    3. amboi kimchii kau, mentang duk korea ritukan..

      Padam
    4. xpernah makan kimchi
      takot xkene tekak
      sis jm bile nak belanje kimchi ni

      Padam
    5. ayu!! jom g Seoul...seoul mana? Seoul Garden!

      Padam
  10. kalau air hidung meleleh camtu jgn mimpi lah sis JM nak masuk dapur..kalau boleh nk mkn pun minta org tlg suapkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alololo manjanya dia....meh sini saya suapkan meh!

      Padam
    2. ahakssss...makan bertambah lah pastu

      Padam
  11. but..Farrah memang RAJIN!!! isshhhh! semoga cepat bertemu jodoh aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahaiii tak ada rajin mananya. Time malas tu datang, rasa nak meraung je bila kena masak hihihi aminn. Thanks atas doanya. Bab jodoh tu biarlah jadi rahsia-Nya. Lagipun, kaklong kawasan kena jalan dulu :)

      Padam
  12. alaaaa Cekebon 'layan' blog SS dan Huda je ke...ahakss...x jeles pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog Jari Manis tu jarang update. Panjang bulu idung Cekebon nunggu updates kuikuikui
      Sis JM, tadi kat pejabat pos, adik kat kaunter tu tanya betul ke nama dia jari manis? Hihihi saya siap promo blog sis jm lagi ;)

      Padam
    2. ahakss...yang ni kelakar..love u dak farrah!

      Padam
  13. mak aihh!! 90 saat dah siap...mmg daebak..pergi mandi belum siap mandi kek dah siap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi kentut,...clearkan bau,...kek dah siap!

      Padam
    2. baru nak langkah masuk bilik air dah ting! bunyi micriwave tu SJM

      Padam
    3. micriwave katanya? jenama baru ke Yana

      Padam
  14. argghh..org pakar memasak ni...sentuh je terus 'jadi' :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pakar la,...pakar ngelat tu adalah. Masak nak yang senang2 je huhuhu

      Padam
    2. elehh...tak nak ngaku...ehh tetiba teringat kepek ngaku

      Padam
  15. macam senang... macammmm laaaa... tapi... kalu dah malas... semua malas... hi hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih kalau malas, tunjuk tunjuk je. Sediakan RM secukupnya :)

      Padam
  16. musin demam loni... banyakkan jaga kesihatan ya akak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Ekin. Ekin pun sama :)

      Padam
    2. sama2... ekin memang sihat tapi mari sakit duk baring la jwabnya

      Padam
    3. Moga cepat sihat jugak kak farrah :)

      Padam
  17. resepi yang cukup simpleni boleh try buat nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa,..nanti akak tulis entri resepinya, bolehlah ekin cuba :)

      Padam
    2. ok kak farah dah baca resepi di atas hihihi

      Padam
  18. dalam sibuk2 pun, sempat lagi buat kek

    BalasPadam
  19. alaaa.. kita xde microwave nak buat kek cmtu. ada oven je.. konfirm x jd kn klau try..

    BalasPadam
  20. Wow masam masam manis manja .. I like! Mesti sedapkan.. Pos mai kat mummy sikit.. Hehehe

    BalasPadam
  21. wau ayam masak lemak lemon tu mengancam

    BalasPadam
  22. kek lemon tu simple tp nampak sedapppp!

    BalasPadam
  23. mak aii tengok makanan petang2 nih buat perut lapar laa..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...