728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 5 Februari 2016

Macam pelik je,..tapi yummehhhh!

Assalamu'alaikum,
Salam Jumaat. Beberapa hari ni tak larat nak masuk blog, tulis entri, balas komen atau blogwalking. Penangan ubat batuk + ubat selesema = groggy! Hari ni pun, matahari dah meninggi masih lagi nak bermalas-malasan atas katil. Mata tu ruyup je. Tambah pula, lately cuaca di tempat saya sejuk-sejuk dingin. Tak panas terik membahang seperti dua tiga hari sebelumnya. Ergo, officially I am a slugabed!

So, kita buat entri throwback la ye. Throwback jengah entri-entri saya yang dahulu. Kali ni saya picked hidangan/treat yang sekali dengar rasa macam pelik,..tetapi apabila dinikmati, memang yummy super awesome-lah!




Ada siapa-siapa berani cuba? Sedap ke makan aiskrim yang dicampur dengan serbuk kari? Cubalah, takkan menyesal punya. Treat di atas ni, sengaja saya tambah kepingan pretzel supaya ada elemen rangup untuk dikunyah-kunyah. Krup krap krup krap! Boleh juga ditabur dengan kepingan badam atau kekacang yang lain. Resepinya boleh intai di sini. Tetapi, barang diingat,...penggunaan serbuk kari tak perlu berlebih-lebihan. Kita bukan nak buat kari ye....cukup sekadar ada rasa spicy kari yang berlawan dengan lemak manis vanila. Gabungan kedua-duanya - yummehhhhh!


Perlukan something hot yet menyelerakan untuk minum petang? Jom cuba Air Koko Panas Bercili.



Jangan terkejut dengan air koko letak cili ni. Kalian hanya perlukan asebarang air malt atau air koko, Milo, Horlicks, Ovaltine, Vico,..apa sahajalah yang ada...dan sebatang cili merah. Itu pun, kita tidak akan guna semuanya. Minum something chocolatey with a hint of spiciness,....tentulah yummmehhhhhh! Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di entri ini. Pesanan penting daripada penaja, bersederhanalah waktu gunakan cili tu. Biar yang sedang-sedang aja portionnya. Trust me, you'll love it!



Bagi yang dah lama ikut blog dan baca entri-entri saya, tentu kalian dah familiar dengan 'bislor' ni. Inilah hidangan favourite saya ketika demam, kurang sihat, tekak payau, hidung sumbat...err,..come to think of it,..waktu sihat walafiat pun enjoy gak makan bislor ni as supper ;) Dulu-dulu, selalu merengek versi manja mengada-ngada kat Cekebon, minta dibuatkan bislor. Sekarang ni dah tua bangka, buat sendirilah. Hanya tiga bahan diperlukan - telur, biskut tawar dan cili hijau. Dap dap dap! Budak-budak pun boleh makan sama sebab tak pedas. Ala-ala nestum gitu.

Hmmmm, terpancing tak nak cuba salah satu? Nanti kalau dah cuba, jangan lupa inform saya. Kongsi sekali pandangan kalian...suka ke idak,..kena dengan citarasa ke atau sebaliknya. OKlah, till we meet again. Selamat bercuti. Selamat berhujung minggu. Selamat meluangkan masa dengan yang tersayang. Tata Titi Tutu!

42 ulasan:

  1. Ohhooo... get well soon Kak Farrah..

    BalasPadam
  2. Kak ! Firah dapat rasakan yang ais krim dan serbuk kari tu sangat hebat di lidah.. manis sejuk pedas...

    memang da bomb lah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok gambar je dah boleh rasa..hehe

      Padam
  3. Cuaca sejuk ..? ingat di kelantan dan perak ja.. selangor sekali ea?

    meh la kat Penang ni sekali.. fanas sini.. huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah. Dua tiga hari ni sejuk, hujan...kalau sebelum tu malam pun panas bahang sampai tak selesa nak tido...Firah jangan lupa jaga diri :)

      Padam
    2. kat Johor pun sama..tabah je, kenduri kahwin dalam hujan..terbang shawl I macam iklan sunsilk..

      Padam
  4. Air milo dengan cili yg wana nak try..;)

    BalasPadam
  5. Special treat ni belum pernah cuba Farrah cuma, dulu la pernah terai coke dengan serbuk lada hitam, power gak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pernah cuba coke ngan pepper, BP. Mula2 teguk tu,...sosssss naik kat idung hihihi tapi not bad gak la. BP cubalah koko bercili. I think u'll like it :)

      Padam
  6. Bunyinya begitu pelik. "experiment food" bagi sy. Hahah, adui. Kalau sy mmg tak boleh go makanan2 mcm ni Kak Farah. Tekak kampong sungguh. kehkeh. Btw, saya pun selesema jugak. Cuaca tak menentu sekarang. Cukup sebulan batuk harini. Hohoii.. Klinik takut nak p. Mengidap la sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..mekja macam bestfriend akak. Selalu geleng2 kepala tengok akak cuba itu ini. Tapi akak ada limit gak,...yang terlalu eksprimen ni akak tak leh go juga :) nway, get well soon, mekja. Moga batuk tu faham2 sendiri dia dah kena pindah rumah ;)

      Padam
    2. Ha'ah, tu lah. Tolong la pergi dari tekak ni. Tak larat da rasanya. Ni yg nak suami doktor ni. Kahkah, tak payah pergi klinik, dia boleh cekkan sendiri. Eh, tetiba lari topik. Bhahahaha

      Padam
  7. X pernh plak tefikir nak buat hihi..sdp ke kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah cuba. Insya Allah sedapppppp :)

      Padam
  8. get well soon kak Farah :) haha kalau pelik tapi sedap teringin gak nak rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Farhana. Haaa,..cuba pilih salah satu drpd resepi di atas, then try buat :)

      Padam
  9. om follow sini #548

    http://ombakbergigis.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Memang pelik ni.. tapi menarik untuk cuba ( bila tu tak tau ).hahaha

    BalasPadam
  11. hadiah dah diterima..thanks a lot! I like it..

    bislor tu mcm best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dah sampai.
      Kak Nohas cubalah bislor. Nyummm nyumm!

      Padam
  12. Macam pelik tapi menarik esp part koko panas bercili tu haha

    BalasPadam
  13. semoga kak farah cepat sembuh ya.. ekin tak berapa sihat gak ni

    BalasPadam
  14. salam kak , dua hari tak mai jenguk sini. maaf la xdang kihkih

    BalasPadam
  15. wah seronok tengok akak berexperiment ,, boleh cuba, sebab ada pedas pedas gitu.

    BalasPadam
  16. Tganu pon dah sejuk sangat kak , duk bilik pakai kipas macam pakai aircond pastu liat la nak bangun dari katil tu

    BalasPadam
  17. semoga cepat sembuh kak, kawan yana punya tips dia cakap if tak sihat jgn layan sangat mood tak sihat tu hehehhe. tapi take arest la :)
    dan jgn lupa kim salam cekebon tau

    BalasPadam
  18. cekebon pon pandai buat experiment ye.

    BalasPadam
  19. Ya Salam Ya Fattah sis.... macamana hari ni dh ok ke? cam menarik ja bislor tu... nk cuba la... hehe

    BalasPadam
  20. menarik eksperimen kak Farrah ni..esspecially air koko bercili tu.mau mata cerah sampai ke petang

    BalasPadam
  21. gonna try eskrim tu soon.. btw yg koppi tu kan kak.. do u know mmg elok utk kurus ? heee.. tp iols is kenot go sngt the recipe kalo ekot betul2 sukatan yg diberikan.. utk leisure2 ok kot.. kalo serious nk kurus xleh laa..

    BalasPadam
  22. Pernah try aiskrim vanilla kari tu.. sedap walaupun pelik..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...