Memaparkan catatan dengan label Bloggers' Board. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bloggers' Board. Papar semua catatan

Jumaat, April 10, 2015

Xie Xie, Hidayu Ayumie

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat! Ini entri penghargaan buat Dinda Ayu a.k.a Hidayu Ayumie. Hadiah rantai kunci berbentuk hati dengan sulaman nama saya diterima pada awal April lagi. Tetapi, dek kerana sakit meleret-leret dua tiga menjak ni, jari-jemari tak berdaya nak buat entri ucap terima kasih. Sorry ye, Ayu.

Ayu beri hadiah sebab saya jadi antara pengomen terbanyak di blognya Hidayu Ayumie untuk 2014. Sweet sangat si Ayu. Sebelum ni dia ada tanya dua warna kegemaran saya. Rupa-rupanya nak buat personalised keychain. Terima kasih banyak-banyak, Ayu. Akak suka dan amat hargai pemberian Ayu. Love the colour combination and the font too :)

Keychain Farrah MF pemberian Ayu :)
Rantai kunci yang cantik dan comel ni, of course-lah sayang nak guna! Jadi, saya abadikan di Bloggers' Board. Duduk sebelah SS yang awesome dan Shikin yang thoughtful ni ye. 

Jumaat, Mac 20, 2015

Setem Paling Mahal!

Banyak - banyak setem,...setem apa paling mahal? Chewah! Main teka-teki pula hari Jumaat ni. Saya ni kan philatelist lah kononnya. Sekarang ni, dalam koleksi saya ada sekeping setem berharga. Yang pasti,...


...bukan setem bunga ni!
Ini setem biasa-biasa aja!

Nak tahu?!




Selasa, Februari 03, 2015

Utusan Kasih Cik CT Humairah

Dapat kiriman daripada CT ni dari minggu lepas lagi. Tetapi, baru sekarang berkesempatan nak buat entri penghargaan. CT hantar hadiah sebab saya jadi antara pengomen terbanyak di blognya - Siti yang Menaip. Susah-susah aja, dik. Anyway, akak benar-benar hargainya. Dapat keychain dari Kuching, pelekat cermin 'Jangan Lupa Tutup Aurat' and a lovely note from her.

Key-chain, Sticker from CT =)
Apa lagi,... dapat gifts sebegini, tempatnya di Bloggers' Board sayalah.

Dah terpampang di board!

Akak dah re-arranged sikit board tu. CT dok satu lot dengan Sis JM & Shikin. Sticker 'Jangan Lupa Tutup Aurat' pula akak nak tampal kat cermin di dewan tuisyen. Jadi penyeri. Cermin tu biasa guna untuk latih pronunciation budak-budak. Biar setiap kali diorang mengadap cermin, boleh baca kata-kata nasihat Mak Ti.  

Thanks so much, CT! Moga CT sentiasa diberi kelapangan untuk setiap urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah. Moga 'fwenship' kita akan terjalin dengan lebih kukuh :)

Bagi yang belum mengenali CT, rajinkan jari telunjuk anda, klik sini - Siti yang Menaip


Rabu, Januari 21, 2015

Sayang JM Ketat-ketat!

Entri tak larat nak berkata-kata. Groggy makan ubat alahan :(

Terima kasih banyak-banyak atas ingatan, sis!

PRECIOUS - are all things that come from friends =)

Sis JM, thanks so much 'bawa' saya travel ke Thailand :)


Ahad, Januari 11, 2015

...daripada Shikin lagi =)

Rasanya sepanjang 2014, saya dapat pelbagai ole-ole dan pemberian daripada Shikin. Alhamdulillah, utusan pertama untuk tahun ni pun daripada Shikin juga. Senyum akak dah habis lebar dah, Shikin! Orang lain kalau tengok nampak macam menyeringai pun ada (salah bawak karakter huhuhu). Excited bebenor  nampak sampul surat besar atas meja with your handwriting :)

Hadiah daripada Shikin

Hadiah ini sebab saya jadi one of the top commentators blog Shikin, untuk November - Disember 2014. Ramai lagi rakan-rakan dan adik-adik blogger yang dapat hadiah tanda penghargaan. Shikin ni betul-betul pemurah. Dia suka kasi hadiah. Betul kan, Shikin kan...kan... :) Tak percaya? Cuba baca entri Shikin yang ini. Sampai 3 jam dia dok packing hadiah-hadiah yang nak diberi.

Saya dapat:

Rabu, Disember 24, 2014

Danke, Aisya =)

"Long, surat GA!" Cekengah balik kerja hulur sampul surat pada saya sambil sengih. Pandai-pandai je dia! Bila tengok setem, "Eh, daripada Aisya?" Baru teringat yang saya ada menang Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA anjuran Dik Aisya kita ni sekitar bulan Oktober yang lalu. Belakangan ni pun ada baca entri rakan-rakan blogger yang terima hadiah GA daripada Aisya. Tak terlintas langsung di fikiran yang saya pun akan terima hadiah yang sama. Hehehe nampak tak? This thing happens...when you are getting older ;)

Excited & gembira bukan kepalang!

Setem baru untuk koleksi saya!

Inilah key-chain Eiffel Tower yang saya menang. Terus gantung di board. Mencelah antara poskad yang Aisya hantar dan poskad kiriman Sis JM.
Eiffel Tower Key-Chain
 
Terima kasih banyak-banyak, Aisya. Susah payah anjur GA dan hantar gifts dari jauh. Jaga diri baik-baik. Moga Allah sentiasa memudahkan setiap urusan kalian berdua di sana :)

Danke
Domo Arigato
Merci



Sabtu, Disember 06, 2014

Makasih, Mbak Jari Manis!

"Kak, ada poslaju daripada Jari Manis!" 

Excited saya apabila dapat call daripada Cekebon. Yeayyyyy! Dah sampai! Sebelum ni dah baca entri Sis JM yang mula menghantar ole-ole istimewa dari Korea. Dalam gambar dah nampak dah sampul surat ada nama saya hehehe :D Banyak tau akak kita ni beli souveniers!

Saya tak ada di rumah. Jadi, terpaksalah kiriman Sis JM tu berada di bawah jagaan Cekebon buat sementara waktu. Semalam baru berkesempatan nak buka. Nak tengok apa saya dapat?

Ole-ole Korea daripada Sis JM

Cekebon pun teruja sama! She's still comprehending (dengan jayanya) the idea of blogging, rakan blogger & blogwalking. Bayangkanlah, kalau kat rumah dia tengok saya mengadap komputer, confirm dia akan datang sapa, "Hai, blogger!" Huhuhuh ibu siapalah ni ;)

So, kitorang sama-samalah buka bungkusan ni. Alhamdulillah! Saya dapat:
 

Selasa, November 25, 2014

Thanks So Much, Shikin!

Semalam balik rumah je ada sampul surat besar menanti saya. Wahhhh! Terus excited! Siapa bagi ni? Buka-buka makin lebar senyuman saya. Dapat hadiah daripada Shikin. 2 keping piring Tupperware + 1 fridge magnet. Tak silap saya ni hadiah sebagai salah seorang Top Commentators di blognya.

Hadiah-hadiahnya :)
Terima kasih banyak-banyak Shikin. Really appreciate the gifts. Suka sangat-sangat! Thanks juga atas segala ilmu dan perkongsian. Banyak perkara baru yang akak dah belajar melalui blog Shikin.

Fridge Magnet Shikin 'dah naik' board!

Piring cantik tu dah masuk inventori Tupperware hahaha. Fridge magnet tu pula, ada tempat special. Kat mana lagi,..Bloggers' Board la :) Semoga Allah mengurniakan Shikin dengan rezeki melimpah ruah yang pernuh barakah. Siapa-siapa yang belum kenal dengan Shikin, tunggu apa lagi,..mari jengah Life is beautiful...don't waste it.


Khamis, November 13, 2014

DIY Cork Notice Board - Progress #3

Buat 'kepala' untuk Bloggers' Board saya. Mula-mula ingat nak buat rainbow lah, panji-panjilah...tapi bila fikir-fikir balik macam a bit too much. Saya nak pemberian rakan-rakan blogger itu sendiri yang jadi tarikan utama board ni.

My Blogger's Board

Cinonet je header ni sebenarnya. Frame kayu tu asalnya kotak letak kumbang-kumbang kecil (barang hiasan kraf). Daripada dibuang, baiklah guna semula kan :) Let's Go Green!

Dah panjat board :)

OK. Insya-Allah, hiasan-hiasan lain akan menyusul bersama poskad (poskad Aisya & Kak JM), kad, penanda buku dan nota kecil yang nak ditampal pada board. Nanti dah siap sepenuhnya, saya kongsi lagi di sini.


Intai juga:


Ahad, November 02, 2014

DIY Cork Notice Board - Progress #2

DIY Cork Notice Board - Progress #2

Balik outing tadi sempat tambah wall decoration. Kononnya nak kasi naik seri.

Cork boards dengan wall decoration :)

Haaa, lepas ni dah bolehlah saya hias board ni sikit demi sikit. Slow slow, bergantung pada mood dan masa senggang yang ada  :) Kalau saya rajin, saya akan upload progressnya lagi. Tapi, kalau sifat M tu menebal, saya kongsi apabila dah betul-betul siap ye.


Sabtu, November 01, 2014

Dah Naik Dah! (DIY Cork Notice Board - Progress #1)

Salam 1 November! Mudah-mudahan bulan 11 ini lebih baik, lebih happening dan janjikan sesuatu yang lebih indah buat kita semua :)

Apa yang dah naik? Nak cerita ni, cork boards saya dah 'naik dinding' :)  Semalam Bott tanya nak buat apa dengan cork boards tu. Dengan excited saya cerita, "Bloggers' Board! Itu projek bulan sebelas nanti..."

Then, Bott tanya balik, "Bukan esok dah bulan 11 ke?"

Erkk?! Time tu jugak saya masuk bilik kraf dan tampal 4 keping cork boards saya. Entah kenapa rasa macam bulan 10 panjang lagi hehehe. So,...Tattadaaaaa!

Add caption

Apa kecoh sangat pasal board ni? Hmmmm, boleh baca di sini dan di sini.


Selamat Berhujung Minggu! Have a spectacular weekend!