Memaparkan catatan dengan label Card Making. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Card Making. Papar semua catatan

Selasa, Mei 13, 2014

Sampul Surat Mini - 'Embellishment' untuk Kraf

Selamat Hari Wesak! Selamat Bercuti! Cuti-cuti begini saya lebih selesa menghabiskan masa di bilik kraf saya :) Nak pergi jalan-jalan takut penat hihihi. Oh, hari ini saya nak tunjuk 'mini envelopes', sampul surat mini yang kecil & comel,...sesuai untuk kita jadikan hiasan (embellishment) pada kad ucapan atau projek kraf yang lain.

Comel kan?!
Di bawah ini pula, contoh penggunaan 'mini envelopes' pada kad ucapan sempena Hari Ibu yang saya hasilkan baru-baru ini.

'There is no doubt,..I just love you!'


Rabu, April 30, 2014

Dimensional Tapes | Foam Stickers untuk projek Kraf Kertas yang Lebih Menarik

Selalunya apabila membuat kad ucapan atau scrap page, saya akan guna 'foam tapes/stickers' pada hiasan (embellishment) tertentu untuk dapatkan efek 3D. Jadi hiasan tersebut akan kelihatan seperti sedikit tertimbul pada permukaan kad atau kertas. Tidaklah simply flat on the surface :)

Dimensional stickers

Dimensional tapes/stickers ada dalam banyak bentuk. Ada yang dah siap-siap potong dalam bentuk pre-cut small squares, pre-cut circles dan macam-macam lagiJika tidak jumpa jenis yang sedia dipotong, beli sahaja mounting tape atau foam tape (lihat gambar sebelah kiri). Basically, cari apa-apa pita pelekat yang fungsinya seperti double sided tape tapi agak tebal. Ketebalan ini yang akan buat hiasan kraf kita ada efek timbul atau 3D.

Contoh penggunaan dimensional tapes/stickers dalam projek-projek cardmaking saya.

'Best Wishes'

Jalur hitam bertulisan putih 'Best Wishes' ditampal menggunakan dimensional tapes/stickers.

Kad hiasan 'With Love'

Sentimen 'With Love' kelihatan seolah-olah terapung kerana ditampal menggunakan foam tape.



Kekunci piano yang berwarna hitam di atas juga saya guna dimensional stickers supaya nampak lebih realistik.


Harga pita pelekat ini sangat murah. Mudah didapati di Mr. DIY dan kedai-kedai alat tulis seperti POPULAR. Jika kalian baru berjinak dengan cardmaking atau scrapbooking, pastikan pita ini antara keperluan asas yang kalian perlu ada.

Ahad, Mac 16, 2014

Kad Ucapan Menggunakan Kertas Pembalut Hadiah

Sebenarnya, untuk membuat kad ucapan sendiri, tidak semestinya kita menggunakan bahan-bahan yang mahal. Dengan kos yang kecil, kita tetap dapat hasilkan kad yang cantik jika kena gayanya. Misalnya, kad di bawah ini, saya cuma pakai pembalut hadiah.


Kad ucapan terima kasih

Kad ucapan 'Terima Kasih',  saya buat bertemakan bunga-bunga yang berkembang mekar pada musim bunga. Saya berkenan corak kertas pembalut ini. Meriah sangat bunga-bungaannya. Jadi, saya potong dan tampal pada kad supaya dapat dijadikan latar bahagian hadapan kad ucapan saya.

Setelah itu, saya gunakan sedikit jalur kertas polka dots berwarna kuning dan oren dan tampal di sebelah sisi kanan kad. Untuk menambah seri, saya letakkan beberapa butir crafts diamentes berwarna merah jambu pada kuntuman bunga dan seekor kumbang hiasan di atas sentimen Terima Kasih.

Cantik, tak?

Sabtu, Mac 15, 2014

Buat Tag Hadiah (Gift Tag) Semudah 1, 2, 3

Hari ini saya nak tunjuk bagaimana untuk buat gift tag@tag hadiah. Kebiasaannya, 'gift tag'/kad bersaiz kecil akan diletakkan pada hadiah pemberian kita kepada seseorang. Tidak kiralah sempena hari keraian istimewa, hari lahir atau tanda ingatan sempena musim perayaan.


Kalian boleh hasilkan sendiri 'gift tag' ini. Sangat mudah dan kos penyediaannya juga murah!

  1. Potong kad atau kertas tebal mengikut ukuran yang kalian kehendaki. Saya biasanya akan gunakan ukuran 11cm X 5.5cm. Kemudian lipat kad kepada dua bahagian supaya ukurannya menjadi 5.5cm X 5.5cm.
  2. Gunakan cap getah kraf (rubber stamp)  yang mempunyai gambar atau kata-kata ucapan menarik (Happy Birthday, Have A Nice Day, Just For You,...apa sajalah) dan cap di atas permukaan atas/hadapan kad.
  3. Hias dengan kemasan lain seperti reben atau 'masking tape'. Siap!

Kad kecil ini boleh dibuat dalam jumlah yang banyak sekaligus sambil isi masa yang terluang. Sesuai juga dilakukan bersama anak-anak. Jadi, kalau nak beri hadiah hari guru atau hadiah hari lahir untuk rakan-rakan, tak perlu susah-susah nak cari 'gift tag' lagi :)

Isnin, September 16, 2013

Swing Card for Niti's Belated Birthday

Ini kira entri tertunda. Rasanya buat kad ni a few days before raya. Angah nak beri kad hari lahir untuk salah seorang sahabat baiknya, Niti. Tiba-tiba pula rasa nak buat swing card. Sebelum ini pernah tengok klip tutorial and templates untuk kad ni tetapi saya tidak pernah cuba buat lagi. Apa yang istimewa tentang swing card ialah panel di bahagian tengah kad akan bertukar atau berpusing apabila kita buka kad tersebut. Jadi, kita ada dua bahagian kad untuk menulis ucapan. 

Pada mulanya, terkial-kial juga saya hendak buat bahagian panel yang boleh berpusing tu. Saya main agak-agak jsahaja sebab sewaktu itu malas masuk internet untuk tonton video di Youtube. Kalau kalian berminat nak buat, cari je video di Youtube atau swing card template di internet. Kemudian, ikut langkah-langkahnya satu demi satu. Tak adalah sampai juling-juling mata mengagak itu ini seperti saya.

Akhirnya dengan khidmat bantuan scoring board + paper cutter + pembaris panjang juga material kraf yang saya miliki, berjaya juga saya hasilkan sekeping swing card untuk Niti.

Ini muka depan kad dengan panel bahagian hadapan.


It's too late to wish you Happy Birthday...

Bahagian yang satu lagi :)

Tadaaa! Apabila kad dibuka panel dengan latar belakang hijau tadi akan berpusing dan kita akan dapat lihat bahagian panel yang satu lagi dengan latar belakang biru pula.


... but it's not too late to wish you to have:
  • tons of happiness
  • all your dreams fulfilled
  • love, warmth and blessings from Allah
  • and friendships that will last forever