Memaparkan catatan dengan label Go Green with FAMF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Go Green with FAMF. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 16, 2014

Tajalah Sepohon Pokok - Program Go Green! Tesco


Dengan perlaksanaan kempen ini, matlamat TESCO adalah untuk menanam 500 ribu pokok dalam masa tiga tahun. Demi mencapai misi menghijaukan bumi ini, kita boleh mengambil bahagian dengan menaja sebatang pokok. Bagaimana? Mudah saja iaitu melalui pembelian 'fridge magnet' (seperti di dalam gambar di atas). Jadi, sekiranya ada peruntukan bajet, bolehlah beli 'fridge magnet' yang comel-comel ini. It's a good way untuk beri exposure pada anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 

Let's Go Green!

Sabtu, April 26, 2014

Kad Guna Kertas Kitar Semula

Hari ni kalau ikut plan, tak nak masuk bilik kraf. Kononnya nak rehat santai, baca novel atau main gitar, belajar lagu baru. Alih-alih dah bersepah meja kerja saya. Saya baru beli kertas 'recycled' beberapa hari lepas. Suka pada tekstur dan warnanya yang brownish


Inilah rupanya kad buatan tangan saya yang guna kertas kitar semula. Ni kad separuh siap. Belum decide lagi nak buat kad untuk apa. Maybe untuk Hari Ibu. Untuk Hari Guru pun OK juga kan? Bunga tu pula guna kertas terpakai. So, kiranya kad saya hari ni ada elemen mesra alam sekitar la. Let's Go Green!



Ahad, April 20, 2014

Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah


Familiar dengan pandangan semak sebegini?


Jangan buang plastik-plastik ni. Kita boleh guna semula. Cuma, supaya mata kita tak sakit tengok 'situasi plastik bergelimpangan' ni, kenalah buat sesuatu. So, hari ini saya nak kongsi cara untuk melipat beg plastik. Mudah sangat! Sambil-sambil tengok TV tu boleh buat. Perhatikan tutorial ringkas di bawah ye.

  1. Letak plastik atas permukaan meja. Ratakan plastik dan kemaskan lipatan ke bentuk asal.
  2. Lipat plastik supaya menjadi setengah daripada saiz asal. Kemudian, lipat lagi supaya menjadi suku.
  3. Buat lipatan berbentuk segi tiga bermula dari bucu bahagian bawah. Terus lipat hingga sampai ke bahagian tangkai plastik.
  4. Selitkan bahagian tangkai plastik ke dalam lipatan yang telah dibuat. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah.
 

Once dah lipat banyak-banyak, bolehlah disimpan di dalam kotak/bekas/laci. Dapat jimat ruang. Bukan sahaja beg-beg plastik kita dah tak bersepah, malah lebih mudah untuk kita cari saiz beg plastik yang sesuai apabila kita nak guna. Saiz segi tiga yang kecil, maknanya beg plastik tu kecil. Kalau nak plastik yang besar, pilihlah segi tiga yang bersaiz besar.

Yang penting, kita tak simply buang plastik. Kita guna semula. Kuranglah sikit sampah kat muka bumi ni ;)
Let's Go Green!

Selasa, April 01, 2014

Kertas Kitar Semula daripada Najis Gajah

What?! Kertas daripada elephant's poo? Saya sedang tonton The Amazing Race dan salah satu cabaran untuk para peserta adalah menghasilkan kertas kitar semula daripada najis gajah. Baru pertama kali saya dengar. Sebelum ni saya pernah baca mengenai sebuah syarikat di Tasmania yang menggunakan najis kanggaru untuk buat kertas dan alat tulis. Tak sangka pula najis gajah pun boleh dilakukan macam tu.

Kredit Imej: Norman Myers

Rupa-rupanya najis gajah juga sesuai dijadikan salah satu komponen bahan untuk kertas kitar semula. Gajah tidak menghadam makanannya hingga hancur. Oleh itu, najis haiwan ini kaya dengan serat yang boleh dibuat sebagai bahan asas kertas. Selain itu, apa yang menarik:

  • Najis gajah yang dikeringkan tidak berbau busuk.
  • Kaedah kitar semula najis haiwan untuk menjadi kertas bukan hanya daripada najis gajah sahaja, malah daripada haiwan pemakan rumput yang lain.
  • Kertas kitar semula yang menggunakan najis gajah sebagai bahan asas adalah antara kertas yang berkualiti.

Sabtu, Mac 29, 2014

Jadikan Earth Hour Masa untuk Keluarga


Earth Hour 2014
Sabtu, 29 Mac 2014
8.30 - 9.30 malam

60 minit sahaja. Tak lama pun. Jadi, apa salahnya kita sama-sama luangkan masa untuk sokong acara ini. Tak susah. Bermula 8.30 malam hinggalah ke 9.30 malam, tutup semua lampu-lampu yang tidak digunakan di rumah. Kalau nak tengok TV ke, nak menghadap laptop ke tak ada salahnya, tetapi biarlah kita dalam keadaan bergelap untuk seketika. Lampu ruang tamu, lampu kat porch, lampu bilik atau lampu-lampu lain yang kita biasa biarkan terpasang, kita tutup. Mana tahu, secara tak langsung dapat didik kita untuk jimatkan sumber tenaga pula.

Selain itu, acara 1 jam ini boleh dijadikan sebagai acara bersama keluarga. Jadilah kreatif sikit. Fikirkan aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama pasangan dan anak-anak. Antara yang boleh dirancang:

  • Buat game night. Main board game ke, charade ke,..apa-apalah yang kalian rasa setiap ahli keluarga boleh enjoy.
  • Tonton TV sama-sama.
  • Outing - bawa family pergi keluar ke KLCC atau mana-mana lokasi menarik yang sokong Earth Hour. Biarkan anak-anak teruja tengok 'lights off'.
  • Buat candle light dinner untuk the whole family. 
  • Bersantai di luar rumah. Minum teh & makan snek, sembang-sembang,...borak-borak...

Yang penting, at the end of the day,..kita akan spend quality time dengan family. Itu yang betul-betul priceless.

HAPPY EARTH HOUR!

Jumaat, Mac 21, 2014

Guna Semula Botol Plastik untuk Dijadikan Peralatan Berkebun

Saya jumpa gambar ini melalui perkongsian di Facebook. Terus saya teringat pada arwah datuk saya. Arwah Tok Ali memang pakar bab-bab ni. Apa yang boleh dibuat sendiri, memang atuk tak beli. Atuk akan buat penyodok/penadah sampah menggunakan tin minyak tanah. Peralatan berkebun lain seperti 'watering can' dan 'spade', atuk hasilkan daripada bahan-bahan terbuang. Tetapi kena ada kemahiran dan peralatan yang sesuailah.

Jangan buang botol-botol plastik anda. Botol detergen ke,...botol fabric softener ke,..kena gayanya kita boleh jadikan peralatan berkebun seperti trowel/ hand-spade / penadah sisa kotoran dan debu.


Mudah dan bermanfaatkan? Let's Go Green!

Spiderman Adiwira Earth Hour

Tahun ini buat julung-julung kalinya, WWF (World Wide Fund for Nature) melantik superhero Spiderman sebagai duta rasmi Earth Hour 2014. Menurut Andy Ridley, CEO & pengasas kepada Earth Hour, pemilihan Spiderman sebagai duta dibuat kerana watak superhero itu sendiri yang merupakan seorang lelaki biasa. Tidak seperti superhero lain yang berasal dari planet asing atau yang mempunyai kekayaan berjuta-juta ringgit. 


Oleh itu, gandingan WWF dan Spiderman tahun ini amat bertepatan dengan mesej yang cuba disampaikan melalui Earth Hour 2014 - mendorong individu untuk menggunakan kuasa mereka, menjadi seperti superhero demi menyelamatkan planet bumi.

Earth Hour 2014 bukan hanya 'memadamkan lampu'. Layari earthhour.org untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kita boleh menjadi superhero (mengikut kemampuan kita) untuk membuat perubahan.

Selasa, Oktober 29, 2013

Cara 'Superb' Guna Semula Tayar

Semasa sedang 'jalan-jalan' buat search di Google, saya came across gambar-gambar ni. Maaflah, tak dapat dipastikan sumbernya dari mana, so, sorry tak dapat nak beri kredit yang sepatutnya kepada tuan punya gambar. Saya excited tengok cara tayar-tayar ini digunakan semula. Sesuai untuk buat satu spot bersantai dengan keluarga atau kawan-kawan. Bagi saya ini satu idea penggunaan semula barang yang sangat baik! 

Siap cat dengan warna ceria lagi. I'm sure these tires are comfy!

Love this coffee table!

Kalau boleh, kita guna semula tayar terpakai dengan cara kreatif seperti ini. Jangan bakar tayar! Simpatilah sikit pada bumi. Let's Go Green!!!

Jumaat, Oktober 26, 2012

Buat Memo Pad @ Kertas Conteng Guna Kertas Terpakai


Hari ni saya nak kongsi satu aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak/adik-adik menggunakan kertas terpakai. Tujuannya, kita nak set mind mereka supaya jangan suka bazir kertas!

Dulu-dulu masa kecil, setiap kali hujung tahun dan habis sekolah, ibu akan suruh kami kumpul semua buku tulis. Setiap buku akan diselak dan helaian muka surat yang masih kosong dan tidak bertulis akan dikoyakkan. (Err..untuk buku-buku tulis yang tidak digunakan lagi/tidak relevan untuk tahun akan datang saja tau...) Kemudian, kertas-kertas tu akan dikumpulkan satu tempat. Setiap kali nak buat Maths, kami akan guna kertas-kertas tu untuk conteng/buat jalan kerja. So, tidak perlulah kita guna buku tulis kosong yang baru semata-mata untuk buat kertas conteng :)

Kebanyakan anak-anak kita sekarang, semacam dah jadi habit - guna buku tulis yang baru semata-mata untuk jadikan 'Buku Conteng'. Conteng satu dua muka, ambil/beli buku baru pula. Jadi, di sinilah peranan kita untuk didik mereka. Setakat untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat draft karangan, gunalah kertas-kertas terpakai. Buku yang baru biar guna untuk keperluan sekolah :)

OK, berbalik kepada kertas terpakai, hari ni kita nak buat memo pad. Kumpul sebanyak mana kertas terpakai yang belakangnya kosong. Pastikan juga tiada maklumat sulit pada kertas tersebut. Potong mengikut saiz yang kalian inginkan. Selain itu, kalian juga perlukan beberapa design cop yang menarik (boleh didapati di kedai alat tulis).


Untuk setiap helaian, copkan dengan satu/dua design. Sekadar hiasan agar helaian kertas tu nampak menarik. Let the kids do this part. They'll enjoy it :) Biarkan dakwatnya kering.

Cantik tak?
Setelah siap, bolehlah kumpul kertas-kertas tu dan letakkan dalam kotak yang sesuai. Boleh juga ambil dalam 7 ke 10 keping dan 'stapler'kan. Mudah untuk anakanak anda bawa dan guna di sekolah.

Yang penting, kertas-kertas tu dimaksimakan penggunaannya. Kita tak membazir & dapat selamatkan pokok-pokok! Let's GO GREEN!


Isnin, Februari 13, 2012

Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi!

Hari ini aku layan 'monday blues' (walaupun aku tak layak nak rasa blues langsung sebab bukannya kena pergi kerja pun!) sambil tengok Bott kemas rumah. Tiba-tiba Bott panggil aku.

"Cepat, Far! Orang yang biasa tu datang!"

Aku pun bergegas ke 'sliding door' depan rumah. Mujurlah kaca 'sliding door' tu jenis 'tinted ' - nampak dari dalam tak nampak dari luar'. Berjedalah kami berdua di depan 'sliding door' tu sambil memerhatikan tingkah laku 'orang biasa' di luar rumah.

Kalian mesti nak tahu kan...siapa 'orang biasa' yang Bott maksudkan. Apa pula yang dia buat di luar rumah kitorang? Kenapa pula tingkah lakunya menarik perhatian kami?



Inilah 'orang biasa' yang kami maksudkan. Aku tidak kenal dengan mereka tetapi aku dan keluarga kerap nampak lelaki ini (kadangkala bersama dengan isterinya) dan anak-anak datang memunggah sampah di luar rumah dan mengambil barang-barang yang boleh mereka ambil (mungkin untuk kitar semula, dijual atau digunakan semula).

Pada mulanya, aku rasa ingin marah kerana bimbang mereka akan sepahkan sampah-sampah tu. Tetapi setelah beberapa ketika aku memerhati, marahku bertukar jadi kasihan. Kebiasaannya mereka akan rasa-rasa dulu bahagian luar plastik sampah. Bila mereka andaikan ada barang yang boleh diambil, barulah plastik sampah dibuka dan 'isi-isinya' diteroka. Setelah mengambil dan mengasingkan sampah-sampah tertentu, mereka akan ikat semula plastik sampah tu kemas-kemas.

Hari ini, si ayah datang setelah mengambil dua orang anaknya dari sekolah. Bayangkan dengan pakaian seragam sekolah, di bawah terik matahari kedua-dua anaknya turut sama menyelongkar plastik sampah besar di hadapan rumah kami! Ada beberapa perkara yang menyentuh hati aku:

  • Si adik terjumpa pen-pen lama yang aku buang semasa kemas bilik arwah nenek. Segera pen-pen itu dicoret ke tangan - ingin pastikan masih ada dakwat atau tidak. Apabila ada yang memuaskan hatinya, pen-pen itu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
  • Si abang pula tidak selfish. Ayah jumpa beberapa sapu tangan lama dan berikan kepada abang. Abang dengan baik hati membahagi-bahagikan sapu tangan antara mereka dua beradik.
  • Ketika sedang sibuk menyelongkar sampah, lalulah sebuah van yang membawa murid-murid. Dalam van tu ada murid yang mengenali mereka dan sibuk melambai pada mereka berdua. Ada juga 'anak-anak tak cukup ajar' yang 'boo' budak-budak ni, mengejek dengan nama-nama sampah dan macam-macam lagi. Apa reaksi adik-beradik ni? Mereka lambai balik pada kawan-kawan dan kemudian sambung balik mengasingkan sampah-sampah. Ya Allah, kalau aku dah 'terkundat' dan muncung bibir dah kena ejek! Silap-silap aku jalan setapak...setapak...tahu-tahu dah sampai dekat bus-stop sebelah rumah pulak! Mungkin anak-anak ini sudah lali diperlakukan sedemikian.


Aku pernah dengar orang kata 'one man's trash is another man's treasure'...tapi tidaklah dalam erti kata begini :(  Entri ni aku tulis bukan untuk merendahkan atau memalukan sesiapa. Ini pengajaran untuk kita semua. Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi! Ada ramai lagi orang yang susah daripada kita.

Rabu, Disember 14, 2011

90kg Sampah = RM18


Hari ini, aku & Bott uruskan sampah-sampah untuk kitar semula. Kebetulan kitorang baru saja selesai pindah, maka banyaklah buku-buku, kertas-kertas lama yang kena classified "BUANG". Tapi tak buang dulu... Kitorang ikat kemas-kemas dengan tali rafia (supaya senang nak bawa) dan angkut pergi kedai yang beli barangan kitar semula.

Sebelum ni kertas-kertas, majalah dan buku-buku yang dah tak boleh digunakan lagi memang aku akan jual di kedai recycle. Apa yang penting, aku tak bakar sampah-sampah tu. Ulang sekali lagi - AKU TAK BAKAR SAMPAH! Dapatlah dalam RM2-RM5. Siapa nak bagi, kan? Sekurang-kurangnya sampah kita tu ada jugak nilainya hehehe

Trip ke kedai recycle kali ni, penuh satu kereta dengan sampah kertas. Pekerja tu nampak kitorang terus tanya, "Semua kertas?"

Bott angguk.

Lepas tu pekerja tu suruh Bott reverse kereta dan naik pada tempat yang ditunjukkan. Eh, nak buat apa ni? Selalunya pekerja tu ambil dari bonet kereta pakai kereta sorong je...Rupa-rupanya dengan kitorang sekali kena timbang! Hahaha

Mula-mula, apabila kita sampai, berat keseluruhan kenderaan akan ditimbang. Err,..termasuklah berat aku & Bott yang terpinga-pinga dalam kereta. Kemudian, semua sampah kertas akan dikeluarkan dan kenderaan akan ditimbang semula. Dua nilai timbangan ini ditolak untuk dapatkan berat sampah kertas yang kitorang bawa.

Tengok gambar kat bawah ni:


Nilai timbangan 1 - 990kg
(aku penyumbang utama kepada nilai ini hehehe)
Nilai timbangan 2 - 900kg 
(kertas-kertas dah tak ada...hanya berat aku, Bott & kereta)

Maka berat kertas = 90kg x RM0.20 (utk setiap kg) = RM18.00

Punyalah kitorang excited sebab first time kena timbang sekali! Apapun, hari ni, bertambah duit tabung kitar semula aku (tabung ni aku adakan untuk simpan semua wang yang aku dapat hasil recycle).At the end of the day, rumah bersih daripada sampah, aku tak cemarkan alam dengan bakar sampah & the best part aku dapat sejumlah wang untuk sampah-sampah aku. Let's Go Green!

Rabu, November 16, 2011

Terima kasih kerana 'sayangkan' bumi.

Kita selalu merungut setiap kali bahang cuaca yang panas jamah kulit kita. Kita tidak selesa jika penglihatan dan kesihatan kita terganggu disebabkan jerebu. Tapi pernah tak kita terfikir yang semua tu sebenarnya berpunca daripada tindak-tanduk kita juga?

Rasanya dah banyak kali kita dengar dan lihat melalui kempen-kempen kesedaran alam sekitar:

'Jangan buat pembakaran terbuka!'
'Elakkan pembakaran terbuka!'
'Jangan bakar sampah-sarap anda!' 

 
Masih ada yang tidak ambil peduli :( 
Terima kasihlah sebab 'sayangkan' alam sekitar.

Aku akui, nak lupuskan sampah terutamanya sampah pukal yang besar (seperti sofa dan almari lama) agak sukar. Kita kena cari tempat pelupusan sampah dan uruskan pengangkutan untuk bawa sampah-sampah pukal tu. Tetapi, itu yang perlu kita didik dalam diri. Kenalah bersusah payah sedikit demi jamin 'kesihatan' bumi untuk jangka masa panjang. Cuba bayangkan kalau sepuluh orang buat pembakaran terbuka di kawasan korang dalam satu hari (dengan asap tebal dan kotor begini) - apa akan jadi pada kita dalam masa sepuluh tahun lagi?

Ada tips yang boleh dikongsikan di sini:

1. Barangan elektrik yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi (seperti peti sejuk, mesin basuh atau oven) - jual di kedai kitar semula. Memanglah berapa sangat duit yang korang akan terima. Tetapi sekurang-kurangnya korang tak payah bersusah payah nak fikir mana nak buang barang-barang tu.

2. Sekiranya mahu membeli perabot baru, rundingkan dengan kedai perabot yang akan hantar barang korang supaya mereka boleh ambil perabot lama (yang korang nak get rid). Selalunya mereka akan setuju sebab nak jaga hati customer. Tahulah diorang nak buat apa dengan benda tu. Perabot baru masuk -- perabot lama keluar pada hari yang sama. Tak perlu bakar-bakar! Hilang kusut fikiran!

Let's Go Green!

*Err,.. entri ni memang ada elemen-elemen poyo tapi berbaloi untuk kita fikirkan sejenak.

Khamis, November 03, 2011

Cara 'Brilliant' Guna Semula Tin Biskut!

"Buang je lah tin tuh!" JANGAN! Kalau semua benda kita nak buang, 5 atau 10 tahun akan datang kita akan jadi negara sampah. Aku bukanlah nak pupuk habit kumpul sampah atau barang-barang tak guna....tapi cuba tengok gambar ni.

Cantik tak? Tin biskut yang selama ni kita buang dan kita lanting dalam tong sampah tu, lepas sessi 'make-over' boleh jadi ekslusif macam ni. Tin biskut 'vogue' ni di pasaran harganya dalam RM40 - RM60 tau! Sesuai untuk jadi ahli baru di dalam dapur korang. Sangat presentable dan bergaya untuk letak di meja makan atau meja hidangan. Letaklah keropok ke, rempeyek ke, biskut ke atau jadikan kotak simpanan barang-barang yang kecil,...stationeries, kids' stuff/small toys.

Bagi aku, ini cara guna semula tin biskut yang sangat-sangat brilliant! So, to all the creative-crafty hands out there, apa lagi....gunakan kepakaran dan kreativiti kalian untuk hasilkan sesuatu yang bernilai dan yang penting -- dah tak jadi sampah lagi :) Yeayyyy! Let's Go Green!

Rabu, Jun 22, 2011

Misi Go Green!

Aku dah tak tahan lagi! Cuaca sekarang semakin teruk! Sudah tidak ada kompromi! Hendak atau tidak kita kena bertindak selamatkan apa yang kita mampu :) Sebenarnya semangat juang 'Go Green!' aku ni dah lama bercambah dalam diri, cuma aku amal dan praktikkan dalam 'skala kecil' je. Chewahhhhh!!! Skala kecil gitu! Maknanya di sini, aku dah cuba aplikasikan konsep Go Green! dalam kehidupan harian aku sedikit demi sedikit.

"Kalau kita je yang sibuk nak selamatkan bumi, tak kan ke mana!!" "Kalau kita seorang je yang jaga alam sekitar, seratus orang lagi cemarkan alam sekitar macam mana?" Ini antara respon yang biasa aku terima especially bila aku larang insan-insan tertentu daripada membuat pembakaran terbuka atau buang sampah merata-rata. Pada dasarnya, persepsi sebegini terzahir daripada pemikiran yang kurang diberi pendedahan terhadap apa itu pencemaran dan konsep menjaga alam sekitar. Memanglah jika difikirkan secara kasar usaha kecil tidak akan mampu memberikan impak atau hasil yang besar. Tetapi, bukankah setiap masalah akan lebih berkesan jika ditangani dari akar umbi? Mungkin hari ini dalam komuniti kita hanya 2 orang yang amalkan 'gaya hidup hijau' ini, esok tambah lagi 2 orang, lusa dan hari - hari selanjutnya akan bertambah lagi. Lama-lama satu komuniti akan amalkan gaya hidup ini, kemudian terbentuklah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam mengamalkan gaya hidup hijau ini, banyak yang boleh kita lakukan. Tidak perlu kita menyalak dan menyalahkan kilang-kilang yang keluarkan asap kotor atau pembangunan yang membina hutan batu demi hutan batu. Kita sebagai individu boleh bertindak (walaupun tindakan itu kecil, sekurang-kurangnya manfaatnya akan kita nikmati.)

So, mulai hari ini secara rasmi aku akan lebih aktif berkongsi dengan kalian semua apa yang boleh kita lakukan untuk selamatkan bumi. It is for a better living. Trust me.

Untuk post yang pertama ini, aku nak kongsikan perubahan-perubahan yang telah aku buat setakat ini di rumah aku dalam menyahut cabaran Go Green!:


  • Guna beg guna semula setiap kali keluar membeli belah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba elak guna plastik. Tetapi, pandai-pandailah ikut logik akal. Tak semua benda yang kita beli boleh campak terus dalam beg tu. Ada yang kena pakai paper/plastik juga. :) (Aku jugak berterima kasih kepada Chucky sebab sentiasa pastikan ada beg guna semula dalam kereta. Kalau ikutkan sifat pelupa aku, dah bawak masuk rumah, beg tu tinggal-kekal lah kat dapur hahahah)
  • Aku dah tak beli plastik sampah. Plastik-plastik yang aku dapat masa shopping atau beli barang akan aku guna semula sebagai plastik sampah.
  • Setiap kali aku keluar rumah, aku bawa air minuman yang diisi dalam botol minuman/tumbler. So, aku tak perlu beli air mineral/air botol di luar.
  • Lampu kalimantang di rumah aku ditukar ke energy-saving bulbs. (Jimat tenaga!)
  • Ini penting sebab ramai yang buat walaupun tak perasan. Semasa berus gigi, jangan biarkan air pair mengalir. Kita akan gosok gigi sekurang-kurangnya 3 - 5 minit. Bayangkan berapa banyak air yang kita bazirkan dalam tempoh tu jika kita biarkan air mengalir...Belum campur time gosok gigi tulah kita berangan lebih :D tak ke haru! Kalau nak jimat lagi, gunakan gelas untuk berkumur. Satu gelas air dah lebih daripada cukup untuk 'mencuci gigi' heheheh.
  • Air rendaman pakaian jangan dibuang begitu sahaja. Gunakan untuk cuci lantai bilik mandi atau longkang.
  • Penggunaan semula kertas. Aku akan kumpulkan kertas-kertas A4 terpakai yang masih boleh digunakan bahagian belakangnya. Untuk ini, aku dapat support dan supply kertas daripada adik aku, Rena. Dia lah yang dengan luhur budi akan simpankan kertas-kertas yang masih boleh digunakan untuk aku. Aku banyak berjimat di sini terutama sekali dalam buat kerja-kerja research yang perlu print banyak drafts. Guna saja kertas terpakai. Kertas A4 yang bersih boleh guna untuk urusan atau tugas rasmi :)
  • Recycle - Untuk kertas-kertas terpakai yang tidak boleh digunakan lagi, katalog-katalog dan akhbar-akhbar lama, aku akan kumpul dalam stor. Cukup bulan atau bila stor dah nak penuh, aku akan hantar ke pusat kitar semula. Jangan bakar!!! Kita juga yang akan tanggung akibatnya bila bumi jadi semakin panas.

Tak susah pun kan?! OK. Selamat Mencuba. Let's Go Green!!!

Sabtu, Februari 13, 2010

Aku dan Beg Guna Semula

Semalam aku pergi shopping dekat Tesco Mutiara Damansara. Barang dapur+keperluan harian banyak nak kena beli. Last week dapat kupon diskaun Clubcard RM15. Bolehla guna! :D Seperti biasa time sampai kat kaunter pembayaran, mata aku mesti tertarik kat beg-beg guna semula Tesco. Aku dah ada satu sebelum ni [Entri Aku & Beg Tesco]. Masih tahan sampai sekarang sebab beg tu diperbuat daripada tali jut...alah senang cakap dari guni ;) macam - macam benda dah aku angkut guna beg tu.

Memandangkan beg tu dah mula lusuh, (alasan untuk cari beg baru sebenarnya hehehe) aku pilih satu lagi design beg kumbang yang aku dah berkenan sejak dulu, cuma selama ini menahan diri untuk tidak beli - 'membeli ikut keperluanlah' kononnya. Sebelum ni, aku dah beli beg Tesco yang Rizalman designed but then aku bagi souvenier kat kawan sebagai langkah pertama nak encourage dia minimakan penggunaan plastik.

So, tadaaaaaaa!!! Inilah beg guna semula aku yang baru!

Comelkan? Aku suka sangat dekat kumbang-kumbang yang merayap tuh.

Kat bawah ni pula beg guna semula lain yang ada dalam 'koleksi' aku sekarang :)


Well, this is the least that I can do to protect the environment. Walaupun ada sesetengah pihak yang akan claim kata usaha-usaha kecil sebegini tidak akan membawa apa-apa perubahan,..aku tetap positif. Kalau 1 hari 10 orang mula kurangkan penggunaan plastik,...lama-lama berjaya juga kan kita kurangkan sampah. In other words, selamatkan alam sekitar (walaupun bunyinya terlalu hampir dengan elemen superhero). Tak tahanlah, sekarang ni cuaca panas sangat!!!!