Jumaat, Mac 28, 2014

Resepi Mudah Ikan Terubuk Masin

Hari ni kita intai penyediaan menu ringkas dari Sarawak - Ikan Terubuk Masin. Saya cukup teruja kalau dapat ikan terubuk masin ni. Kegemaran seisi keluarga. Kebiasaannya, jika Cekengah pergi outstation ke Sarawak, memang dia akan beli ikan terubuk masin. Dia lah yang paling suka makan! 

Selalunya, saya hanya sediakan hidangan ringkas ikan terubuk masin. Tidaklah dibuat masak gulai, kari atau berlada. Sekadar menu sampingan pembuka selera untuk makan tengah hari atau makan malam. Ikan terubuk masin yang digoreng rangup-rangup, kemudian dimakan dengan nasi panas -- TERANGKATTTTT!!!

Di bawah ini ada dua resepi mudah ikan terubuk masin.

Resepi #1


Cara-cara penyediaan:
  1. Buang sisik ikan dan bersihkan.
  2. Potong ikan kepada beberapa bahagian.
  3. Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
  4. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
  5. Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
  6. Seterusnya, basuh beberapa tangkai cili kering. Potong kepada dua atau tiga bahagian dan tumis sekali bersama hirisan bawang tadi buat seketika.
  7. Setelah masak, angkat tumisan bawang dan cili kering. Letakkan di atas ikan terubuk masin yang telah digoreng. Siap untuk dihidangkan!  



Resepi #2


Cara-cara penyediaan:
  1. Buang sisik ikan dan bersihkan.
  2. Potong ikan kepada beberapa bahagian.
  3. Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
  4. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
  5. Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
  6. Seterusnya, masukkan hirisan beberapa tangkai cili api. Tuang tumisan ke atas ikan terubuk masin tadi.
  7. Perahkan dengan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Resepi Mudah - Macaroni 'Marmite'


Dish yang satu ni sangatlah simple. Time-time lapar dan rasa macam malas nak bersilat dekat dapur lama-lama, cubalah buat Macaroni (atau boleh je tukar kepada spaghetti) Marmite. Caranya mudah sahaja!

Panaskan kuali, masukkan 2 - 3 sudu mentega. Then, masukkan satu sudu kecil Marmite. Kalau buat untuk serving kecil, mulakan dengan 1/2 sudu kecil Marmite. Yang penting, kita kena pandai-pandai agak keseimbangan rasa antara dua bahan tu ikut citarasa. Kacau hingga sebati. Akhir sekali barulah masukkan macaroni (yang sudah direbus & ditos) dan gaulkan. Sedia untuk dihidang :)

Dapat selambak!

Hari ni Cekengah balik kerja awal. So, sebelum dinner saya menyibukkan diri lepak-lepak kat bilik dia. Nampak ada buku nota baru atas katil. Cekengah dapat as free gift sebab beli produk Apple. Kat rumah tu saya ni memang 'hantu kertas'. Tak kisahlah buku nota ke, organizer ke, sticky notes ke,..apa saja yang boleh buat tulis-tulis, conteng-conteng,....kebiasaannya akan end up jadi milik saya. (Saya ni pelupa. Mental notes does not work for me.)

Dah dapat buku nota, Angah bagi pula pen-pen warna yang ada dalam pencil case dia. (Err,..rasanya, saya yang buat muka sepuluh sen minta dulu) Selambak!!! Pen-pen warna nih sesuai sangat untuk projek kraf kertas saya. Buat kad, hias scrap page. Thank you, Cekengah!!!!




Guitar Chords Relakan Jiwa - Hazama



Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Relakan Jiwa - Hazama



(Intro)
E Am E Am E Am

Em
Kusangka hidupku
D
Selamanya kelam
C B
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Em
Memaksa diriku
D
Menapaki jalan
C B
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Em
Kini kau pun hadir
D
Memberi cahaya
C B
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Em D
Menuntun hatiku ke palung asmara
C B
Seakan ku hidup kembali dari matiku

*
Am Em
Engkaulah cinta
F B
Yang selama ini aku cari....

**
Em
Ku Relakan Jiwa
Am D
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
B C
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
F# B (A-G-B-F)
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku


Em
Hati bukan untuk dimiliki
F
Tapi untuk dicinta dan mencintai
F#
Kurelakan jiwaku...padamu

Ulang * dan **

Em
Seandainya waktu
Am D
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
B C
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
F# B(A-G-B-F#)
Sehingga kau datang membangunkan aku