Selasa, Mei 13, 2014

Cara Masukkan 'Email Me' Button ke dalam Blog

Mahukan 'Email Me' Button seperti ini dalam blog anda?

'Email Me' Button di Crafts Belvedere
Ikut langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Pilih imej yang sesuai. Boleh gunakan imej anda sendiri atau google imej  'Email Me'. Muat turun yang berkenan di hati & save ke dalam komputer.
  2. Masuk ke akaun blogger anda.
  3. Pilih 'Layout'.
  4. Pilih 'Add A Gadget'
  5. Pilih 'Image'. Anda akan lihat paparan ini.
     

  6. Isikan 'Title' dengan tajuk yang anda mahukan seperti 'Emel Saya' atau 'Hubungi Saya'
  7. Jika ingin tulis pesanan tambahan, isikan di 'Caption'
  8. Pada bahagian 'Link', padam http:// dan gantikan dengan mailto:alamat email anda
  9. Jika imej yang dipilih berada dalam komputer anda, browse imej tersebut. Jika tidak, pilih 'From The Web' dan letakkan URL imej yang dikehendaki. Pilih 'Shrink to fit' sekiranya perlu.
  10. Tekan butang 'Save'. Kemudian, bolehlah alih kedudukan 'gadget' ini di 'Layout'.
Selesai!Selamat Mencuba!

Sampul Surat Mini - 'Embellishment' untuk Kraf

Selamat Hari Wesak! Selamat Bercuti! Cuti-cuti begini saya lebih selesa menghabiskan masa di bilik kraf saya :) Nak pergi jalan-jalan takut penat hihihi. Oh, hari ini saya nak tunjuk 'mini envelopes', sampul surat mini yang kecil & comel,...sesuai untuk kita jadikan hiasan (embellishment) pada kad ucapan atau projek kraf yang lain.

Comel kan?!
Di bawah ini pula, contoh penggunaan 'mini envelopes' pada kad ucapan sempena Hari Ibu yang saya hasilkan baru-baru ini.

'There is no doubt,..I just love you!'