Sabtu, September 06, 2014

Cekebon dan Sesisir 'Mauzun'

Semalam Cekebon kena hantar darah di PPUM untuk appointmentnya minggu hadapan. Pergi dengan Cekengah, balik dengan Uje. Masa saya sambut Cekebon di pintu, Uje hulur pada saya sesisir pisang. 

"Bon tak boleh makan pisanglah," saya ingatkan adik saya. Ibu saya on low potassium diet.
"Tahu. Bukan untuk dia. It's for you!"

Untuk saya? Bila pula saya kirim pisang?

Rupa-rupanya, selepas urusan ambil darah selesai, Uje bawa Cekebon pergi sarapan di sebuah restoran daun pisang (Favourite Cekebon nih! Dari dulu excited kalau makan beralaskan daun pisang.) Nak dijadikan cerita, since semalam hari Jumaat, pemilik restoran tu letak pisang di atas meja untuk jamu para pelanggan. Atas meja Cekebon adalah dalam 3 biji. Terkulat-kulat je dia pandang pisang tu. Last-last dia tanya kat Uje boleh tak dia nak ambil pisang tu barang dua biji. 

"Ibu kan tak boleh makan pisang. Potassium."
"Nak bawa balik kasi Along. Dia suka 'mauzun'."

Masa adik saya cerita, terharunya saya! Nak tergelak pun ada. Amboi, Cekebon! Main tapau-tapau pulak! Saya memang suka makan pisang. Apa-apa yang berasaskan pisang saya memang tidak akan tolak! Semasa di matrikulasi, kena belajar Bahasa Arab. Buah pertama yang saya belajar - MAUZUN (pisang). Teman-teman sekampus pun tahu yang saya hantu pisang. Sampai ada yang gelar saya Farrah Mauzun. Hehehe itu cerita dulu. 


Alhamdulillah, tak pasal-pasal hari ni dapat rezeki sesisir 'mauzun'. Adik saya tak sampai hati tengok mestika hati kami ni nak 'import' balik dua biji pisang semata-mata kerana saya. (Tapi itu memang Cekebon. Kat mana-mana nampak pisang memang akan teringat kat saya. Teruk benar penangan-suka-pisang saya ni agaknya!) Usai bersarapan, Uje pun singgahlah kedai buah, belikan pisang untuk si kakak. Tunaikan hajat Cekebon. Cekebon happy. Kak Long double triple happy!

Thanks, Je. Thanks so much, Cekebon. Mmmuaahhhhhhh!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!


Jumaat, September 05, 2014

Agar-agar Cendol yang Marvellous

Saya kagum dengan orang yang pandai buat agar-agar dan kuih talam aneka jenis, macam-macam warna,..macam-macam rasa! Respect sangat! Saya bab agar-agar tahu buat yang basic je. Berlapis-lapis seperti yang di bawah ni memang FAIL! Hmmm, kuih talam lagilah! Talam (dulang) je saya ada. Kuihnya memang tak tahu buat. Talam labu, talam ubi, talam jagung,...semuanya hanya tahu makan! Saya rasa remeh sangat nak sediakan! Bagi saya orang-orang expert+sabar je boleh hasilkan kuih-muih begini.

Agar-agar Cendol
Ini agar-agar cendol. Kawan Cekebon yang buat. Sedapppppp! Manisnya cukup,..lemaknya cukup. Rupanya tok sah cakaplah. Memang memancing selera! Terharu bila makan huhuhuh (terharu yang tak larat tu!) Sejukkan dalam peti ais, dah betul-betul sejuk baru dihidangkan. Lagi syiokkkkk!

Nota Senyum: Semoga satu hari saya tergerak hati untuk belajar dan cuba buat kuih-kuih begini ;)