Selasa, September 09, 2014

Affogato kot,..

'Affogato', yang bermaksud 'drowned' ialah sejenis Italian dessert dibuat daripada kombinasi aiskrim vanila dan espresso. Sedapppp tau! Sibuk buat kerja-kerja depan komputer, tiba-tiba nak makan something sweet.

Kredit: tastefood.typepad.com
Resepi Affogato
1 atau 2 scoop aiskrim vanila
shot of espresso

Cara-cara: 
Scoop aiskrim ke dalam mangkuk. Pastikan aiskrim benar-benar sejuk. Kemudian, apabila hendak makan, tuangkan espresso panas ke dalam mangkuk. Nikmati dengan senyuman :)

Since dekat rumah ni tak ada aiskrim vanila dan espresso, saya buat versi 'drowned' saya sendiri. Guna aiskrim coklat, instant coffee (tanpa gula) dan taburan coklat cip. Rupa tak secantik affogato kat atas, tapi rasanya yummyyyyy! Cubalah!

'My Affogato'

ST12 Cuba Nasib dengan 'Salam Terakhir' Allahyarham Sudirman

Sebelum ni kita dah dengar penyanyi dari seberang seperti Firman nyanyikan semula lagu Rindu Serindu-rindunya (Spoon) dan Afgan dengan Ku Mohon (Sheila Majid). Kini ST12, cuba pertaruhkan lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad - 'Salam Terakhir' dalam album terbaru mereka, Terjemahan Hati (akan release sekitar bulan Oktober). Sekarang ni makin kerap pula artis Indonesia nyanyikan balik lagu-lagu artis Malaysia. Mungkin salah satu strategi pemasaran diorang kot.

Dari segi susunan muzik, saya rasa mereka berjaya tampilkan sesuatu yang segar. Saya suka! Ada elemen rock ballad la lebih kurang. Suara vokalis barunya pun (selepas Charly & Ridho) not bad. Suara sedap. Ada style sendiri. Lenggok suaranya mengalunkan lagu ni pun OK. 

Bagi saya, lagu ni berjaya dibawakan dengan baik, tanpa terikut-ikut cara Allahyarham Sudirman. Cuma kalau cakap tentang 'feel', haa,.. yang itu kurang sedikit. Saya tetap rasa penghayatan Allahyarham Sudirman adalah yang TERBAIK!

Lirik Lagu 'Salam Terakhir' – ST12
Dendangan Asal Sudirman Hj Arshad

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah pada-Mu

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan
Kepadamu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah pada-Mu

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan
Kepadamu

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersama-Nya ku memohon ampunan
Melalui-Nya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir.

Nak dengar lagu ni? Klik pautan ini --> ST12 Salam Terakhir (Official Video Lyric)

Nota Senyum: Saya memang ada kord gitar lagu ni (easy chords) dalam simpanan. Nanti saya kongsikan dalam entri lain.

Update: Chords Salam Terakhir - ST12


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Isnin, September 08, 2014

Adhesive Diamentes - Hiasan untuk Kraf Kertas

'Diamentes' untuk Kraf

Saya ada banyak adhesive diamentes dalam koleksi saya. Bagi saya, cara paling mudah untuk cantikkan projek kraf kertas yang nampak plain atau kosong adalah dengan menambah butiran 'diamentes'. Barulah berseri sikit! 

Ada pelbagai bentuk, warna dan jenis crafts diamentes di pasaran. Harganya tak menentu, bergantung pada kualiti dan jenama. Diamentes saya kebanyakannya dibeli di POPULAR. Julat harga antara RM4.90 - RM7.90/pek. Mudah untuk digunakan sebab diamentesnya self-adhesive. Tak perlu susah-susah dan messy nak letak gam.

Di bawah ni, antara projek-projek saya yang guna diamentes.

Fridge Magnet with Sticky Notes
'Hello My Friend' Card
Goodbye Card
Bunga 3D guna craft punch.