Tengah hari tadi, saya terima kunjungan daripada Aunty N, kenalan lama Cekebon saya. Dah lama tak jumpa Aunty N. Anak-anak aunty N ni semua merasa belajar dengan saya. Sekarang dah besar-besar, dah kahwin dan berkeluarga. (Aikk,..apsal tiba-tiba rasa diri macam dah tua bebenar nih?) Anak gadisnya yang bongsu, Dihah (sekarang Tingkatan 2) paling lama berguru dengan saya. Tuisyen kat dewan,..home tuition,..group tuition semua dia pernah rasa heheh.
Aunty N dan keluarganya sangat mesra dan friendly. Bayangkanlah jika saya datang mengajar si bongsu di rumah mereka, ada sahaja yang dibekalkan untuk dibawa pulang. Sekiranya ketika itu ada ahli keluarga yang masak sesuatu di dapur, saya akan turut dapat share semangkuk/sepinggan. Sampai naik segan pula saya tengah-tengah mengajar disajikan dengan makanan. Paling tidak, akan ada air panas yang disediakan buat saya ("Sebab Teacher asthma, elok untuk dada."). Touching, kan?!
Hari ini, Aunty N datang bukan dengan tangan kosong. Aunty N bawa nasi lemak kegemaran saya (Aunty N memang pandai masak!) dan hadiahkan saya sepasang kain potong.
|
Warna kegemaran saya! |
Gembira+teruja+tersentuh dapat hadiah! Alhamdulillah. Terima kasih, Aunty N. Thanks so much, Dihah. Susah-susah je belikan saya hadiah. Rasanya sepanjang mengajar anak-anak Aunty N, dah macam-macam hadiah saya terima. Malah dah beberapa tahun jugalah saya tak perlu risau fikirkan baju/tudung raya dek kerana pemberian-pemberian Aunty N. Hanya Allah dapat membalas kebaikan dan keluhuran budi kalian. Semoga Allah memurahkan rezeki Aunty N dan keluarga, mengurniakan mereka dengan kebahagiaan berpanjangan dan kehidupan yang penuh barakah.