Isnin, Disember 15, 2014

Monday Blues? Buka Tingkap Cepat!

Selamat Hari Isnin! Kita dah masuk minggu ke-51 untuk 2014. Siapa hari ni Monday Blues? Mood tu lemau je. Nak angkat jari pun tak bermaya...

Haaa, cuba ikut saranan saya. Pergi buka tingkap cepat! Tak,..tak...kita bukannya nak defenestrate apa-apa. Kita nak beri udara luar masuk je.

Sebenarnya, kebanyakan 'kes' Monday Blues berpunca daripada keadaan di sekeliling kita. Pernah tak alami - pada pagi Isnin kita betul-betul bersemangat nak mulakan hari. Ceria je sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja.  Then sampai pejabat, mood kita tiba-tiba jatuh merudum. Rasa malas mula bersarang. Hmmm, kalau begitu, pergilah buka tingkap atau pintu yang ada berhampiran ruang kalian.

Kenapa? Sebab dah dua hari ruang tu terkepam. Hujung minggu cuti,.. habuk, debu dan bakteria berkumpul. Keadaan bilik yang terkepam begitu boleh buat kita rasa tak selesa (walaupun tanpa kita sedar) dan akan pengaruhi mood kita. 

Penyelesaiannya, dapatkan pengudaraan yang baik. Biarkan udara segar masuk dan nyahkan udara-terkepam-dua-hari yang kalian inhale tu. Penggunaan air freshener dengan bau-bauan segar juga turut membantu :)

So, fikir betul-betul - Monday Blues ke KEPAM?

Selamat memulakan minggu baru! Moga kalian lebih produktif hari ini ;)


Ahad, Disember 14, 2014

Buat Sendiri Masker Teh Hijau

Assalamu'alaikum. Happy Sunday!

Pagi-pagi buka peti ais, ternampak uncang-uncang teh yang saya simpan. Ada teh hijau, ada teh biasa. Saya memang tak buang. Simpan untuk letak kat mata bila rajin. Tiba-tiba hari ni datang angin nak manjakan diri. So, saya buat masker teh hijau untuk muka.

Masker Teh Hijau

Masker teh hijau elok untuk mengecilkan pori pada wajah. Gandingkan dengan bahan-bahan lain seperti tomato, strawberi, lemon atau madu, kita boleh dapat kulit yang lembut dan segar lepas pakai masker ni. Kalau tumbuh jerawat batu, tepekkan je teh hijau supaya jerawat tu lebih cepat mengecut.

Cara nak buat masker teh hijau sangat mudah. Yang di atas tu, saya hanya gabungkan teh hijau dan madu.
  • 2 uncang teh hijau (keluarkan serbuk teh hijau daripada uncang dan letakkan ke dalam mangkuk)
  • 1 sudu besar madu
  • Gaulkan hingga sekata. Letak pada muka.
  • Biarkan 15 - 20 minit. Kemudian, basuh wajah dengan air suam.

Selain itu, boleh juga cuba kombinasi di bawah:
  • teh hijau + sesudu kecil perahan lemon + sesudu kecil air
  • teh hijau + tomato yang telah dilenyek
  • teh hijau + buah strawberi yang telah dihiris halus

Selamat Memanjakan Wajah!



Jumaat, Disember 12, 2014

Kerepek Durian

Jauh datangnya kerepek durian ni,..dari Thailand. Adik ipar saya, Dhila yang beli and beri kami rasa. Kata Dhila, ramai orang cakap kerepek durian tu sedap. Memang terkenal kat sana.

Saya dah lama benar tak makan kerepek durian. Kerepek biji durian biasalah makan. (Nak try? Rujuk resepi di sini ye) Apa lagi,.. adik dah bawa stok gatal gigi, bukan main excitedlah saya mengunyah! Suprisingly, rasa kerepek durian ni macam kerepek sukun.  Kalau tak kerana packagingnya yang tertera 'Durian chip', memang saya akan kata sukun =)

Kerepek durian

Rasa lemak-lemak durian tu memang ada tapi bau semerbaknya tak. Orang yang bukan penggemar durian pun boleh enjoy kerepek ni. Tetapi, harganya ya ampunnn! Dalam satu kotak, ada dua pek seperti di atas,..harganya RM40! Maybe sebab pakai durian mahal + Dhila beli kat airport. Nway, thanks so much, Dhila!