Isnin, Jun 08, 2015

Projek Buat Instant Shawl (Bahagian 2)

Entri susulan kepada Projek Buat Instant Shawl.
Alhamdulillah, percubaan pertama buat 'shawl segera' menjadi!!!

Setelah belek, belek dan belek lagi instant shawl yang saya beli, inilah lakaran kasar cara mudah untuk jahit shawl kita. Oh, maafkan lakaran tangan kejung saya! Bagi yang pertama kali cuba, disarankan untuk pakai shawl di atas kepala (jangan main redah jahit je!) dan pinkan. So, apabila shawl siap nanti akan mengikut kesesuaian wajah dan keselesaan kita.

'Orang malas' macam saya jahit di tempat-tempat tertentu je.

Urusan Posto

Selamat Memulakan Minggu Baru!

Dah masuk mulut peti pos.

Hari ni uruskan hal surat-menyurat.
Berjeda buat muka seposen tunggu giliran kat pejabat pos.
Longgar jugalah lutut dibuatnya ;)
Alhamdulillah, hadiah dan tanda hati untuk Jom Cuba Nasib - Ayah sudah dipos.
Moga selamat sampai kepada tuan empunya diri.
Dua tiga hari ni saya akan sepi tenggelam timbul.
Ada job editing yang kena kejar deadline.
Jaga diri.
Jumpa lagi nanti.


Jumaat, Jun 05, 2015

Lena Diulit Mimpi

Salam Jumaat!


Nampak tak apa yang 'terbongkang' tu?

Pandai cari muzik free nak bobok!