Isnin, Februari 22, 2016

Utusan Muzik Scdha Sein

Assalamu'alaikum,
Petang Jumaat lepas, saya di dapur ketika dengar suara Cekebon berbual dengan seseorang. Apabila saya intai, nampak Cekebon tengah hulur air mineral dekat pintu. Eh, poslaju ke?! Cekebon memang ada stok air kotak/air mineral di ruang tamu untuk beri pada adik poslaju. Kasihan mereka haus, kerja tengah panas. Kira dah jadi aktiviti wajib Cekebon, terima parcel, hulur air. Terima parcel, hulur air.

Sebaik sahaja tutup pintu, Cekebon laung nama saya. Mungkin hadiah tebus HP kot...(boleh baca mengenainya di sini). Once tengok cetakan nama pada  bungkusan, saya excited sendiri. Dah tahu siapa pengirimnya. Scdha Sein. Ya Allah, terharunya! SS hantar hadiah birthday! Jika diikutkan tarikh kirim, sepatutnya boleh sampai betul-betul pada hari lahir saya. Tetapi, memandangkan poslaju area saya ni memang ala ala pos siput. Rezekinya lambat sehari :)

Jumaat, Februari 19, 2016

Cara Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama

Assalamu'alaikum.
Salam Jumaat.

Entri kali ini saya nak kongsi cara bagaimana untuk memastikan halia tahan lebih lama. Di rumah saya, halia memang antara ramuan yang perlu sentiasa ada di dapur. Stok tak boleh putus. Selain gunakan untuk masak, boleh buat air halia/teh halia dan sebagai salah satu ingredients utama untuk home remedy - buang angin dan penawar untuk batuk. [Petuanya di sini.]

Saya memang setiap kali beli barang keperluan dapur akan grab halia banyak-banyak. Masalahnya, kadang-kadang akan ada musim kurang/tak pakai halia. Maka terbiarlah halia tu sampai bertunas di dapur. Time rajin pergi tanam, saya tanamlah. Tetapi, dibuatnya waktu tu penyakit M melanda,...terabai 'koleksi'  halia-halia sampai kecut lisut. Masa tulah nak rasa menyesal sebab membazir,...huhuhu

So, I came up with one solution. Disebabkan saya memang suka beli halia dalam kuantiti yang banyak (seperti lemon juga, kononnya nak memastikan kelangsungan stok), saya kena pastikanlah yang halia-halia saya tahan lama. Lagi-lagi jika saya beli stok Reduced To Clear begini.