Isnin, Mac 14, 2016

Berat - Mark Adam (Easy Guitar Chords)

Menunaikan permintaan. Cuti sekolah kali ni, saya pun cuti sama. Jadi, ada masa lebih sedikit untuk petik-petik si Kapok. Lagu baru Mark Adam. Released sekitar Januari tak silap saya.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord dan Lirik Lagu Berat - Mark Adam 

(Intro)
G C G C

G C
Saat ku berjalan sepi
Em-D C
Dan menunggu akhirnya perjalanan ini
G C
Ku putuskan untuk memutuskan
Em-D C
Cerita cinta kita akhirnya di sini

Khamis, Mac 10, 2016

Fridge Magnet Edisi Jari Manis

Rasa-rasanya kalian dah tahu apa yang saya maksudkan. Yes,...Sis JM kita dah beraksi crafty crafty! Cuba perhatikan tiga fridge magnets di sebelah kiri di bawah. Ketiga-tiganya bekas tangan Sis JM kita. Jangan main-main! Tinggi nilai sentimental fridge magnets edisi Jari Manis. Susah payah berguru dengan SS, cari barang, print, tampal dan potong. Setiap satu personalised tau! Special for Farrah MF :) Gumbira saya tengok, belek-belek hasil kreativiti Sis JM kita ni. Dua lagi fridge magnets di sebelah kanan tu pula jauh datangnya, dari Korea. Almaklumlah, orang tu balik kampung hujung Januari lepas.


Rabu, Mac 09, 2016

Kembali | Gerhana dan Telur Berdiri | Babah

Assalamu'alaikum, I'm backkkkkkkkkkk! Baru terkedek-kedek bawa vacuum cleaner nak kemas tower, nak buang sawang,..eh, spick and span?! Bersih berjaga tak berhabuk tak berdebu. Sebab apa? Sebab kalianlah,...susah-susah je datang jalan-jalan sini tinggal jejak dan komen meskipun tower tak berpenghuni :) Lebih-lebih lagi ada Ikhwan Yusuff sebagai Ketua Hulubalang dan Ketua Inang, Cik Yana yang Halus dan Lembut,...tidak sempat sunyi menara saya. Tengoklah bilangan komen yang mereka tinggalkan. Thanks so much. Terharu tau!

Buat adik-adik dan teman-teman yang lain, terima kasih juga kerana sudi datang, main-main dan lepak di sini sepanjang ketiadaan saya. Saya dah balik ni, bolehlah mula panaskan enjin nak pergi serang kalian pula. Tunggu ye,...Insya-Allah, saya terjah satu demi satu.

Gerhana Matahari dan Telur Berdiri