Selasa, Oktober 15, 2019

Birthday Impossible Card untuk Dik Amy Syeera

Geleng kepala saya apabila lihat draf entri ini dalam blog. Tahu tak, kad ini saya buat pada hujung bulan November tahun lepas jika tidak silap. Dah nak satu tahun baru terhegeh-hegeh terbitkan entri di blog? Nazak betul rentak berbloging saya sekarang ini!

Baiklah. Berbalik pada kad yang hendak dikongsikan hari ini, a birthday impossible card. Jangan terkejut. Nama kad ini sahaja yang impossible. Tiada apa-apa yang mustahil pun. Cuma teknik lipatan kad sahaja yang agak berbeza. Sebelum ini, saya pernah kongsi mengenai impossible card. Baca lebih lanjut di sini dan di sini.



Kad ini ditempah oleh seorang rakan blogger, adinda Amy Syeera. Kenal tak? Alah, pemilik blog The Minimalist Traveler tuh. Kad ini untuk diberikan kepada Syafiq, tunangnya yang meraikan hari lahir pada bulan Disember. Huhuhuh budak-budak ni dah nak kahwin dah, baru story pasal kad ni keluar?! Teruk betul saya ni kan?

Amy sendiri yang pilih kombinasi warna dan kemasan emas pada kad. Something kind of futuristic with a hint of gold. Panel di tengah tu boleh letak gambar penerima. Bahagian belakangnya pula untuk tulis ucapan. Then, saya buat matching envelope dan tag hadiah. 

Thanks so much, Amy sebab tempah kad daripada akak. Mesti adik seorang ini sedang sibuk buat persediaan majlis perkahwinannya. Thanks for the invitation, dik. Inshaa Allah, jika tiada aral, akak akan hadir sama-sama meraikan hari bahagia Amy dan Syafiq ya!

Isnin, Oktober 14, 2019

Kegilaan Ceri Manis

Siapa pernah makan ceri manis segar-bugar seperti dalam gambar di bawah ini? Suka tak? Saya kalau ceri ini ada di depan mata, memang tidak akan tolak. Sekejap je bertangkai-tangkai ceri masuk tekak tanpa sedar. Nikmatnya rasa! Lagi-lagi kalau makan ceri yang sudah disejukkan ke dalam peti ais telebih dahulu. Dingin je masuk mulut.

Tidak silap saya, ceri ini dipanggil Ceri Northwest. Saiznya lebih besar sedikit berbanding ceri biasa. Rasanya pula bolehlah dikatakan sederhana manis. Tetapi, sangatlah addictive! Selain daripada rasanya, saya juga suka tekstur buahnya yang crunchy. Ala-ala makan buah plum saiz kecil gitu. Refreshing!