Isnin, Oktober 05, 2020

Beli Avokado Murah

Ini kisah lebih kurang dua minggu yang lepas. Saya pergi buat urusan pos, hantar barang untuk pelanggan di Carousell. Alang-alang dah keluar tu, saya singgahlah ke Econsave untuk beli bahan basah dan keperluan dapur.

Semasa saya sampai, masih awal lagi. Sekitar pukul sepuluh pagi. Tengah teruja belek sayur yang segar-segar, ternampak satu bahagian kat tepi kaunter untuk mark down fruits. Kiranya, ruangan ini khusus untuk reduced to clear items lah. Dengan gembira saya memilih pisang, buah pir dan mangga. Semuanya berharga RM2 sebungkus. Tengah pilih-pilih tu, ada satu bungkus buah avokado juga. Punyalah saya excited. Jika diikutkan kondisi buahnya dah lembut, tak boleh simpan lama tetapi macam-macam boleh buat kot! Especially jus alpukat dan smoothie.


Tengoklah ni, dalam satu plastik ada dalam tujuh biji tidak silap saya. RM2 sahaja! Berbaloi-baloi!

 

Rabu, September 30, 2020

Kad Resepi Tesco

Assalamu’alaikum. Apa khabar hari ini? Ada apa dengan kad resepi Tesco? 🤔 Sebenarnya, masa mengemas tempoh hari terjumpalah kad-kad resepi Tesco ini. Banyak juga yang ada dalam koleksi saya. Mana taknya, setiap kali pergi shopping barang di Tesco (sekitar penghujung 2018 - 2019) jika ada kad resepi baharu, si Bott akan rajin ambil untuk saya. 

Resepi-resepi yang dikongsi not bad. Banyak juga yang menarik. Konsepnya, bila kita dapat kad resepi tertentu dan berniat untuk cuba, bolehlah terus dapatkan bahan-bahannya di sana. Tidak silap saya, resepi-resepi di bawah promosi ‘Kisah Rasa Sayang Tesco’ ini juga ada video penyediaannya di Youtube.

Tetapi, tidak pasti pula saya, sekarang Tesco masih ada edarkan kad resepi begini atau tidak. Dah lama tak ke sana. 


Selasa, September 29, 2020

Resepi Kek Epal dalam Mug

Kadangkala apabila datang rasa craving nak makan something sweet, saya akan pilih untuk buat kek dalam mug. Satu, sebab mudah. Guna bahan-bahan asas yang ada dalam dapur dan pantri sahaja. Kemudian, tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunaikan permintaan anak tekak. Sekitar satu ke dua minit sahaja hajat dah tertunai.

Dua, jika setakat saya dan Bott nak makan, saya suka buat single serving begini. Sekali makan habis, dah sudah. Tak ada second or third helping. Sebab saya ini jenis yang akan mengulang makanan tu sampai habis selagi ada. Nanti tengah-tengah jogging manja keliling rumah untuk cukupkan tapak boleh pula detour pergi buka peti ais atau intai bawah tudung saji! Bayangkanlah jika saya buat kek dalam loyang, tak ke naya?! 

Sebelum ini saya pernah kongsi kek kurma dan kek lemon dalam mug. Kali ini, kek epal kayu manis pula ya. Beginilah rupa paras kek epal kayu manis dalam mug saya!



Isnin, September 28, 2020

Cara Memilih Avokado

Avokado memang akan ada dalam senarai beli-belah saya. Saya suka buat jus alpukat. Yummehhhhh! Tak pun buat desserts or guacamole, sejenis dipping sauce untuk chips atau salad. Hari ini saya nak kongsi cara memilih avokado yang sesuai. 

Biasanya avokado yang saya beli sama ada diimport dari Amerika Syarikat ataupun Australia. Dari segi harga, avokado Australia lebih murah. Julat harga memang susah sikit nak agak sebab saya pernah beli sebiji avokado semurah RM1.20. Hari lain saya pergi, harganya melambung ke RM5 - 7/sebiji. Tengok rezeki kitalah ye.

Tips Memilih Avokado dengan Betul.