Selasa, Mac 23, 2021

Mi, Bihun dan Kuetiau

Mi atau mee? Mihun atau bihun? Bagaimana pula dengan kuetiau? Kuetiau, kuetiaw atau kwayteow? 

Kita memang tidak akan dapat lari dari masalah kekeliruan ejaan sebegini. Saya sendiri kadangkala, setiap kali hendak menulis, pasti kena semak kamus kerana berbelah bahagi, tidak pasti mana satu ejaan yang betul. 

Maklumlah, kita sudah terbiasa dengan bahasa pertuturan harian yang lebih kepada bahasa pasar dan dialek setempat. Jadi, kita cenderung untuk mengeja sesuatu perkataan sebagaimana kita menyebut perkataan itu. 

Baru-baru ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui hebahan di media sosial berkongsi ejaan sebenar bagi perkataan mi dan kuetiau. Bagi saya, dua makanan inilah antara makanan yang kerap disalah eja. 

Isnin, Mac 22, 2021

Lemon Garlic Herb Butter Nisa Bakri

Bulan lepas adik ipar saya beri mentega bawang putih  lemon dan herba Nisa Bakri. First impression saya dah teruja sebab tengok cara pembungkusan produk ini yang comel. Bertambah-tambah teruja apabila memikirkan adanya garlic butter produk Puan Sri Nisa Bakri ini, macam-macam yang boleh saya buat.

Comel kan mentega dibungkus begini .... 😄

Sebenarnya, sudah lama saya tidak menggunakan garlic spread atau garlic butter di dalam masakan. Dahulu, semasa rajin buat roti bawang putih, adalah juga simpan stok mentega bawang putih. Alhamdulillah, dapat setongkol mentega begini (betul ke penggunaan 'setongkol' di sini? 🤔) memang gembira bukan kepalanglah. Jom tengok isi dalamnya. 


Nampak rich dan meriah dengan herba. Tergoda tak?