Ahad, April 18, 2021

Menu Sahur - Nasi Goreng Jagung Manis

Salam Ramadan ke - 6.

Entah mengapa, pagi tadi liat sangat hendak bangun sahur. Mata ni ibarat ditampal dengan gam! Intai jam, cakap lima minit lagilah. Intai lagi, lima minit lagi. Adalah dalam dua puluh lima minit tangguh waktu bangun.

Dalam pada mata berat tak mahu buka tu, gagahkan diri juga masuk dapur. Saya memang jenis kena sahur makanan berat. Kalau tidak, belum setengah hari dah menggeletar lapar. Buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dimakan. Kebetulan ada nasi lebihan semalam. Ada kobis. Ada pula jagung manis pemberian orang yang saya sudah kikis, asingkan isi daripada tongkolnya dan disimpan dalam peti dingin beku. Jadi, kita buat nasi gorenglah senang.

Fresh dari dalam kuali - Nasi Goreng Jagung Manis. 


Ini kalau Uncle Roger Youtube tengok ni, mesti bising mulut dia dok haiyaaa haiyaaa! Not Asian Fried Rice katanya. 

Khamis, April 15, 2021

A Perfect Day

Assalamualaikum. Bagaimanakah Ramadan kalian setakat ini? Moga semuanya baik-baik sahaja. 

Semalam semasa kelas online (saya masih tidak buat kelas bersemuka), salah seorang anak murid saya bertanya pada saya 'What is a perfect day?' Jelasnya, dia tonton salah satu animasi di TV dan watak di dalam cerita dengan ceria mengatakan 'It's a perfect day!' Lupa pula saya minta anak murid saya untuk gambarkan suasana atau babak bilamana si watak mengucapkan kata-kata tersebut.

Saya pun cuba menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan hari yang sempurna. Seringkas dan semudah yang boleh, dengan contoh sebanyak mungkin. Saya siap tekankan yang konsep 'perfect day' ini bergantung pada setiap individu. Apa yang sempurna bagi A, mungkin tidak bagi B. Ada yang perlukan sesuatu yang besar berlaku baru menganggap harinya sempurna. Ada juga yang sekadar menikmati perkara-perkara kecil dalam kehidupan, sudah boleh menyifatkan harinya berlalu sempurna.

 

Kebetulan ada gambar saya pegang hiasan jurnal 'perfect day' dalam galeri telefon. Rasanya, saya ambil gambar ni untuk sakat Cekengah 😄