Isnin, Mac 10, 2014

Paper Craft Pattern Scissors @ Gunting Kraf Bercorak

Gunting kraf (tidak kiralah sama ada yang bergerigi atau bercorak) merupakan antara peralatan asas untuk kraf kertas. Dengan menggunakan gunting kraf, kita boleh buat kemasan bercorak yang cantik pada bahagian tepi kertas/kad. Harga gunting kraf kat pasaran tak mahal sangat. Roughly around RM3.50 - RM5.00/sepasang.

Gunting bercorak untuk kraf kertas

Saya ada beberapa pasang gunting kraf dalam koleksi saya. Kebiasaannya saya akan beli jenama DecaMax atau PopArts (produk keluaran POPULAR). Kalau nak dapat good bargain, beli masa POPULAR buat promosi. Selalunya promosi untuk produk PopArts terpilih boleh menjangkau sehingga 50%. 

Set Gunting Kraf PopArts


Set gunting kraf di atas saya beli masa sale. Harga asal - RM19.90. Harga setelah diskaun 30% ialah RM13.93. Jadi, secara kasar harga sepasang gunting jatuh lebih kurang RM1.75/sepasang. Bagi saya yang suka potong-potong kertas ni... memang berbaloilah sangat-sangat!


2 ulasan:

  1. pernah tengok gunting macam nih kat popular.. harga boleh tahan laa..

    BalasPadam
  2. ana ade beli aritu tp beli kat Daiso je lah. tak mampu nk beli yg kat Popular tu hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.