Khamis, Mei 13, 2021

Selamat Mencipta Memori Indah Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 Syawal. Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas, kesihatan dan kesempatan untuk meraikan Syawal 1442 H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raikan detik kemenangan kita ini sebaik mungkin. Jangan bermuram durja pada hari baik bulan baik ini. Saya faham kebanyakan kita sedih kerana terpisah dan tidak dapat bersama-sama orang tersayang. 

Be positive!

Jarak hanya membuat jeda pada jasad, bukan pada hubungan.

Biar tidak bersemuka, itu bukan alasan untuk kita membataskan mesra.


Maaf atas salah silap.

Kendatipun kebanyakan antara kita hanya berkenalan dan bersua secara maya, biarpun antara kita jauh dibatasi jarak, saya yakin kesalahan tetap boleh terpahat.

Untuk itu, seandainya ada tutur kata, sebarang tulisan, perkongsian dan tingkah laku yang mungkin mencalar hati …
ada khilaf dan lalai yang boleh menghakis kasih, menyemai benci …
maaf saya pohon seikhlas hati.


Mudah-mudahan setiap hati kita jadi bersih,
murni tanpa cela
biar kosong-kosong antara kita.

Jaga diri.


Di mana pun kalian berada, saya berharap agar sentiasa jaga diri baik-baik. Lindungi diri sendiri dan ahli keluarga yang lain sebaik mungkin ya. Jaga kebersihan, jaga SOP. Kita sama-sama pikul tanggungjawab cuba bendung penularan Covid-19. Insya-Allah, ada rezeki bolehlah kita menjalani  semula kehidupan biasa seperti dahulu.


Membeli santan di Kota Tanjung,

hendak memasak gulai umbut,

meskipun raya tak balik kampung,

kehadiran Syawal meriah disambut.


Sarung ketupat dianyam rapi,

lemang dibakar usah rentung,

Raya ini patuhlah SOP,

Agar Covid segera dibendung.


Akhir sekali, selamat mencipta memori indah Aidilfitri.

23 ulasan:

  1. Saya pun minta maaf sekiranya ada komen kurang disenangi.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, NA. Kita kosong-kosong ya 😊

      Padam
  2. Pohon pandan tumbuh melata,
    pohon serai hidup merumpun;
    jari disusun maaf dipinta,
    silap dan salah moga diampun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi beraya ke Tanjung Kota,
      memakai baju berkancing suasa,
      saling bermaafan sesama kita,
      semoga terlerai khilaf dan dosa.

      Selamat Hari Raya, Tuan Fairus 😊

      Padam
  3. Salam lebaran farah..
    Maaf zahir batin juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, Kak Ret. 😘😘😘

      Padam
  4. Salam lebaran. Maaf zahir batin ya.

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
    Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri, Abam Kie.
      Maaf zahir batin ya.

      Padam
  6. Selamat hari raya, maaf zahir & batin..

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya maaf zahir n batin 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Nadya. Maaf Zahir Batin. Enjoy your raya with bos comel tu 😘

      Padam
  8. Selamat Hari Raya Farrah 🌹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Puan Hazel. Maaf zahir batin ya.

      Padam
  9. Selamat hari raya buat Farrah sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  10. Selamat hari raya kak. Maaf zahir batin

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak farah.. Maaf zahirbdan batin ye..

    BalasPadam
  12. salam aidilfitri buat farrah sekeluarga termasuk yuri hehehe...mohon ampun dan maaf atas salah silap dan keterlanjuran bahasa sepanjang kita mengenali satu sama lain ;-)

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Raya Kak Farrah. Maaf jika ada salah dan silap saya. kosong kosong ya :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.