Ahad, Februari 23, 2014

Amalan Khusus untuk Si Panas Baran

Tak ada siapa yang suka orang panas baran kan? Haa, bagi yang cepat marah, lekas naik angin, grumpy, grouchy, tetchy dan apa sahaja yang seangkatan dengannya, marilah kita sama-sama amalkan Surah Al-Anbiya, ayat 69 ini. Mudah-mudahan hati kita akan sejuk dan lunak. Insya-Allah, kita akan jadi lebih tenang. Lebih sabar.


Terjemahan ayat:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” 


Resepi Mudah Sambal Minyak Bali

Sambal ni mudah sangat! Bagi yang suka makan pedas-pedas, pasti akan kena dengan selera kalian. Senang sangat nak disediakan sebab kita hanya perlu gaul rata semua bahan. Saya di rumah, apabila teringan hendak makan pedas dan hari itu bukan menu sambal, memang akan buat sambal minyak ni. Buat jentik selera. Bertambah-tambah makan dibuatnya!



Resepi Sambal Minyak Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 15 - 20 tangkai cili padi (potong halus)
  • 1 labu bawang merah (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar minyak kelapa. Guna minyak kelapa baru autentik. Jika tiada, gunakan minyak masak lain seperti minyak canola atau minyak bunga matahari. Tidak disarankan guna minyak zaitun sebab nanti lari pula rasanya.
  • secubit garam

Cara penyediaan:
Gaul rata semua bahan di atas dan perasakan dengan garam. Boleh makan dengan nasi panas bersama lauk-pauk lain atau hidangkan bersama nasi goreng atau bihun goreng.


Boleg juga cuba resepi ini - Sambal Matah Bali. Yang ini memang betul-betul sambal Bali autentik!



Selamat Mencuba!

Sabtu, Februari 22, 2014

Angah nak makan kat kafe Jebat!

 "Nak makan kat kafe Jebat!"

Itulah jawapan adik perempuan saya apabila saya tanya mahu makan di mana sempena sambutan hari lahirnya awal Mac nanti. Dalam banyak-banyak tempat yang saya suggest untuk kami sekeluarga keluar makan, tanpa berfikir panjang (dan dengan muka penuh teruja), Angah pilih kafe Jebat.

Kalau nak tahu, kafe Jebat yang dimaksudkan oleh Angah ialah kafe 'Jiran' di Kuang. Kafe tulah  yang jadi kafe Uwais dan Wahab (abang si Jebat) dalam drama berantai 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.  Drama yang tengah hottttt meletup sekarang. Begitu sekali penangan drama tu! Selama ni,  sekalipun dekat dengan rumah, tak pernah Angah heran nak pergi makan dekat situ. Hahaha! Saya hanya mampu senyum dan gelak dalam hati.

Kredit imej: Astro

Memang sekarang, satu isi rumah tonton drama ni! Selalunya kalau drama bersiri, (especially yang cerita kahwin kontrak, kahwin mula-mula tak suka, kahwin pilihan mak bapak then segan-segan, malu-malu) tak ada siapa pun rajin nak follow. Lately,  ibu asyik tergaru-garu hati nak tau apa jadi pada Jebat. Angah tengok cerita korea dia tanya citer Jebat ke? Bott yang anti drama bersiri pun jadi tertunggu-tunggu! "Episod baru Jebat dah keluar?" Itu jelah soalan dia. (Kes tak hafal waktu siaran & tak leh terima hakikat yang Jebat  & Mastura bersiaran 3 kali seminggu je).

OKlah, Cekengah. Nampak gaya,  ke kafe Jebat lah kita yea. Insya-Allah.

*Kafe Jiran menyajikan hidangan barat. Beberapa kenalan saya yang dah berkunjung ke kafe tersebut bagi reviews yang positif.