Khamis, Mei 15, 2014

Kad Penghargaan Buat Pahlawan-pahlawan Tanpa Tanda Jasa

Sebenarnya saya dah siapkan semua tempahan Kad Hari Guru dari minggu lepas lagi. Alhamdulillah, tiba-tiba semalam dapat 'last minute order' daripada colleagues Cekengah. Untuk diberikan kepada guru-guru anak-anak mereka sempena Hari Guru Jumaat ini.

Kebetulan semalam saya memang free. So, this is the last batch of my Teacher's Day Cards for this year :) 8 keping. Semuanya personalised, letak nama guru berkenaan. On short notice, ini yang terbaik dapat saya hasilkan. Harap mereka akan berpuas hati.

Fresh from the oven...

Selasa, Mei 13, 2014

Tutorial Kraf - Cara Buat Sampul Surat Mini daripada Bentuk Hati

Sampul surat kecil daripada bentuk 'love' ni sangat mudah dibuat. Saiz sampul surat bergantung kepada besar atau kecilnya bentuk 'love' yang kita potong. Apa yang penting, potongan 'love' tu biar simetri. Jangan pula buat sebelah lengkung besar dan sebelah lagi lengkung kecil :)



Nak buat apa sampul kecil comel sebegini? Hehehe cuba lihat di sini.

Cara Masukkan 'Email Me' Button ke dalam Blog

Mahukan 'Email Me' Button seperti ini dalam blog anda?

'Email Me' Button di Crafts Belvedere
Ikut langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Pilih imej yang sesuai. Boleh gunakan imej anda sendiri atau google imej  'Email Me'. Muat turun yang berkenan di hati & save ke dalam komputer.
  2. Masuk ke akaun blogger anda.
  3. Pilih 'Layout'.
  4. Pilih 'Add A Gadget'
  5. Pilih 'Image'. Anda akan lihat paparan ini.
     

  6. Isikan 'Title' dengan tajuk yang anda mahukan seperti 'Emel Saya' atau 'Hubungi Saya'
  7. Jika ingin tulis pesanan tambahan, isikan di 'Caption'
  8. Pada bahagian 'Link', padam http:// dan gantikan dengan mailto:alamat email anda
  9. Jika imej yang dipilih berada dalam komputer anda, browse imej tersebut. Jika tidak, pilih 'From The Web' dan letakkan URL imej yang dikehendaki. Pilih 'Shrink to fit' sekiranya perlu.
  10. Tekan butang 'Save'. Kemudian, bolehlah alih kedudukan 'gadget' ini di 'Layout'.
Selesai!Selamat Mencuba!