Ahad, Jun 15, 2014

Resepi Sihat - Roasted Cauliflower/ Kubis Bunga Panggang

Roasted Cauliflower with Corn

Hidangan ini sedap sangat! Boleh dijadikan lauk atau makan begitu sahaja sebagai 'snek yang sihat'. Saya suka pada teksturnya yang rangup di bahagian luar tetapi masih lembut dan 'juicy' di bahagian dalam. Haaa,..bagi ibu-ibu yang nak latih anak supaya belajar makan sayur, boleh cuba resepi ini :)

  • 1 biji kubis bunga bersaiz sederhana besar, potong kecil
  • 3 - 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
 
  1. Panaskan ketuhar ke 230 darjah celcius.
  2. Gaul rata semua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk.
  3. Ratakan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 10 minit. Keluarkan. Balik-balikkan potongan kubis bunga supaya sayurnya dapat dipanggang dengan sekata.
  5. Bakar lagi selama 10 minit.

Siap!!!
Semasa sediakan hidangan di atas, saya ada lebihan jagung manis. Jadi, saya masukkan jagung tu sekali untuk dibakar pada 10 minit terakhir.

Jika nak tarik minat si cilik, bolehlah diparutkan sedikit keju pada kubis bunga kita ni.

Jika nak rasa sitrus pula, parutkan kulit lemon dan masukkan sedikit jusnya.


Selamat Mencuba!

Mahu resepi sihat yang lain? Cuba Salad Timun Ringkas & Mudah ini :) 



Khamis, Jun 12, 2014

Kord Gitar Rindu Serindu-rindunya - Firman (Easy Chords)

Okey, seperti yang dijanjikan, ini guitar chords single terbaru Firman yang menyanyikan semula lagu kumpulan SPOON. [Baca di sini.] 

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar Rindu Serindu-rindunya - Firman (Easy Chords)



(Intro)
G Em Am D G Em Am Em

Em
Berikanlah jawapan
Am
Huraikanlah simpulan
D
Biar tenang jiwaku
G B7
Setelah kasih lama berlalu


Em
Tidak mungkin ku lupa
Am
Perjanjian kita
D
Di bawah rumpun bambu
G B7
Di kala bulan sedang beradu


Em Am D G
Mengapa terjadi perpisahan ini
C Am D G
Di kala asmara melebar sayapnya
C Am D G
Mengapa kau pergi di saat begini
C Am D G
Di kala hatiku terlukis namamu

C
Kalau memang tiada jodoh
G
Apa lagi nak ku heboh
C
Aku malu pada teman
D
Pada semua

G
Rindu
C
Rindu serindu-rindunya
D G
Namun engkau tak mengerti

G
Pilu
C
Pilu sepilu-pilunya
D G
Namun engkau tak peduli

C G
Malu semalu-malunya
C D G
Namun apa daya orang tak sudi
C G
Mahu semahu-mahunya
D G
Namun apa daya orang dah benci


Em Am D G
Mengapa terjadi perpisahan ini
C Am D G
Di kala asmara melebar sayapnya
C Am D G
Mengapa kau pergi di saat begini
C Am D G
Di kala hatiku terlukis namamu

C
Kalau memang tiada jodoh
G
Apa lagi nak ku heboh
C
Aku malu pada teman
D
Pada semua

G
Rindu
C
Rindu serindu-rindunya
D G
Namun engkau tak mengerti

G
Pilu
C
Pilu sepilu-pilunya
D G
Namun engkau tak peduli

G
Rindu
G
Rindu
C
Rindu serindu-rindunya
C G
Mahu semahu-mahunya
D G
Namun apa daya orang dah benci
D G
Namun apa daya orang dah benci


Jom baca entri lain berkaitan Firman:


Rabu, Jun 11, 2014

Dari Kebun - Pegaga

Hari ni bersiaran dari kebun pulak ye. Dah lama tak buat entri mengenai 'gardening'. Saya sebenarnya dalam usaha mewujudkan semula taman herba saya yang jadi tandus dan gersang (konon-kononnya terlalu sibuk sampai lupa nak jaga pokok-pokok!)


Ini pokok pegaga. Daun pegaga dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan. Sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, rawat kencing kotor dan kecutkan peranakan yang membengkak. Tetapi maaf, saya tidak begitu pasti kaedah rawatannya secara spesifik bagaimana. Kena tanya pada yang pakar!

Apa yang saya tahu, daun pegaga ni boleh digunakan untuk hilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Kita hanya perlu tumbuk daun ini dan campurkan dengan bedak sejuk. Pakai sebelah malam sebelum tidur. Amalkan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Saya suka tengok warna daun pegaga yang meriah hijaunya! Sejuk mata dan hati tengok pokok hijau! Bott suka makan daun pegaga ni sebagai ulam dan cicah dengan budu. Oh, lupa pula! Pokok ni hidup segar di kawasan bertanah lembap. Jadi kalau nak tanam dalam pasu macam yang saya buat, kena rajin siram :)


Firman Nyanyikan Semula 'Rindu Serindu-rindunya'

Dua tiga menjak ni saya busy sedikit. Jadi memang tak dan langsung nak dengar radio atau layan video. Kejar masa dan kejar deadlines je kerja saya. Hari ni,..setelah kerja-kerja yang banyak selesai, barulah cucuk thumbdrive kat laptop. Dari minggu lepas lagi Nua dah updatekan thumbdrive dengan lagu-lagu baru untuk saya. Cuma baru sekarang berkesempatan nak dengar. Thanks, Nua :)

Imej: mommymoment

Dalam banyak-banyak lagu yang saya galur, ada lagu 'Rindu Serindu-rindunya'. Version baru. Nyanyian Firman. Ya, Firman yang popular dengan lagu Kehilangan & Hatimu Batu tu. Sedap jugak! Firman menyanyikan semula lagu ini mengikut gayanya sendiri. Susunan muziknya pun agak menarik sebab ada suntikan elemen muzik tradisional kita. Cuma kalau dibandingkan dari segi feel, saya (yang perasan jiwang dan berhati rock kapak ni) prefer versi yang asal. Klip videonya pun biasa-biasa aje ;)

Belum dengar lagi lagu ni? Cari di Youtube, channel Firman Siagian - Rindu Serindu-rindunya

Nak kord gitar untuk lagu ni? Tungguuuu! Nanti saya usahakan yang easy chords ye ;)