Jumaat, September 05, 2014

Oh, tidak! Puppies!

Bayangkanlah,... malam tadi masa nak buka dewan untuk kelas, saya terkejut besar! Ada dua ekor anak anjing betul-betul dekat muka pintu. Tanah sebelah rumah ni tanah lapang yang terbiar. Memang banyak anjing-anjing liar bermaharajalela kat situ. Emak anjing tengah kalut alihkan anak-anak dia masuk kawasan pagar rumah saya. Agaknya nampak kelibat saya terkedek-kedek dari jauh, terus dia lepaskan anak-anak dia depan pintu. Oh, tidak! Kejap lagi budak-budak cinonet nak sampai. Kecoh pula nanti. Macam mana nak buat ni? Dahlah tengah hujan,...

Hendak tak hendak, terpaksalah saya ambil penyodok sampah untuk alihkan puppies yang bulat-bulat tu. Mujur ada kotak kosong kat dalam dewan. Bising gak mulut puppies ni menyalak-nyalak manja, kena sodok dengan saya. So sorry,... :( Awak tu basah kena hujan,..kita tak sure umur & saiz begini, awak menggigit ke tidak,..

Melengking suara si coklat ni menyalak!

Dah selamat masuk kotak.
Alhamdulillah, berjaya masukkan dua ekor ni ke dalam kotak sebelum kelas bermula. Tetapi, sempat jugalah beberapa murid cilik saya terserempak dengan puppies ni sebelum dipindahkan. Ada cerita comel, yang itu saya kongsi kemudian ye :)


*Kualiti gambar kureng. Pakai kamera handphone je.

Rabu, September 03, 2014

Stressed is DESSERTS Spells Backwards


Dapat tea towel daripada Uje & Dhila a few months back. Lama saya simpan sebab sayang nak guna. Cantik sangat! Too fancy nak jadi tea towel :)

Yang warna merah jambu pekat tu printed 'Stressed is Desserts Spells Backwards'. Oohhh, love it! Boleh jadi alasan yang kukuh untuk selongkar desserts dari dalam peti ais. Hehehe,...agak-agak nak rasa 'guilty', it's OK,... stressed and desserts goes well together ;)

Saya ingat saya nak framekan dan buat sebagai poster hiasan di dapur. Daripada tersimpan dalam almari begitu sahaja. Silap-silap reput kain tu! Tapi, kena survey dululah sama ada boleh beli frame gambar besar yang ready-made di pasaran atau kena hantar pergi kedai bingkai. Agak-agaknya ada tak bingkai yang boleh fit tea towel ni?