Isnin, Mei 25, 2015

Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 1)

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang persiapan majlis dengan tema Breakfast at Tiffany's. Boleh baca di sini. Hari ini, saya nak kongsi sedikit sebanyak idea yang ada,..yang sesuai untuk tema ini. Memandangkan majlis ini merupakan private event (majlis orang pula tu), saya kurang selesa untuk kongsi gambar-gambar sekitar majlis. Jadi, kita tengok apa yang saya buat di rumah jelah ye :)

Main piece - The Chandelier

Hadiah Hari Guru Paling Thoughtful

Ini kisah Sabtu lepas. Kisah hari guru.

Pagi-pagi Sabtu, checked letter box ada satu bungkusan kecil. Surat semalam, lupa nak ambil. Rupa-rupanya saya dapat satu set guitar string kiriman seorang silent reader FAMF Tower, D. D selalu ambil guitar chords di blog ini. Mudah dan senang nak main katanya. Kebetulan terbaca entri saya Yuri, Kadal & Kapok, D buat suprise untuk saya sempena hari guru. Tali gitar untuk si Kapok. Extra light tau! :)

Darco Acoustic Strings