Khamis, April 14, 2016

Gift Ideas - Lolipop untuk Si Cilik

Assalamu'alaikum, 
Hari ini saya ingin tunjukkan satu lagi cadangan idea untuk majlis keraian. Pek lolipop comel. Apa yang kita buat sebenarnya ialah kita balut lolipop yang hendak diberikan supaya jadi lebih presentable dan menarik. Jika ada tema yang khusus lagi bagus. Lolipop ini boleh dihias mengikut tema berkenaan.

Sebenarnya pek lolipop di bawah hanyalah mock-up yang saya buatkan untuk seorang teman. Dia bakal anjurkan majlis hari lahir untuk anak sulungnya. She decided to do something for the dessert table/station and for the guests. Jadi, dia minta saya ajar buat DIY mudah.

Apa yang diperlukan:

Selasa, April 12, 2016

Baiki Meja Jepun Berkudis

Inilah meja Jepun berkudis kepunyaan saya! Memang parah keadaan kudisnya ;) Asalnya, meja Jepun ini kepunyaan Bott. Dia beli masa kami duduk menyewa lapan sembilan tahun yang lepas. Meja ini kakinya boleh lipat. Jadi, sangat portable nak dibawa ke sana ke mari untuk buat kerja. Punyalah lama meja Jepun ni berbakti pada kami berdua. Nak kemas pun senang. Kami pindah sana sini, dia pun ikut pindah. Walaupun sekarang dah ada macam-macam bentuk dan saiz meja di rumah, rasa sayang nak buang. Bott dengan rela hati bagi saya meja ini untuk duduk buat kraf depan TV.

Sampai kat saya, terus kondisi meja ni jadi tragis! Yelah, kat situlah makan, kat situ minum,...situ jugaklah saya memotong, menoreh, menampal. Belum campur Si Yuri decided untuk buat meja tu landasan tajamkan kuku dia lagi! Bila dah berkudis berbonggol begini, baru nak rasa bersalah. Selama ini bila Bott bebel suruh pakai alas meja, pakai coasters saya buat pekak je...