Ahad, Julai 03, 2016

Kad Raya 1437 - Sis Jari Manis

Entri penghargaan kad raya kali ini buat warga Putrajaya yang manis jelita. Siapa lagi kalau bukan Sis Jari Manis kesayangan ramai! Kad Sis JM saya terima bersama kad-kad raya yang lain pada Rabu lepas. 


Jumaat, Julai 01, 2016

Kad Raya 1437 - Zarul Farhana

Lama tak dengar khabar berita daripada adik yang seorang ni. Maklumlah, dah busy dengan kerja, tak dapatlah nak tengok kelibat Zarul mengebom blog seperti dahulu. Selalu tengok updates di FB dan IG je. Itu pun main like like je. Tak dan nak sapa nak tanya khabar. 

Inilah kad kiriman Zarul. Senyum lebar ketika baca kad  Masa mula-mula tengok tulisan di sampul tak berapa cam siapa pengirimnya. Terima kasih. Ingat juga kat akak ye :) Haaa,..siapa-siapa yang masih belum kenal dengan Cik Zarul Farhana, bolehlah beraya di blognya.


Kord Gitar Kupohon Restu Ayah Bonda - Mamat (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar Kupohon Restu Ayah Bonda - Mamat (Easy Guitar Chords)




(Intro)
Am G
Duhai bonda duhai ayahanda
Dm
Dengarlah rayuan anakanda
E
Yang jauh di mata


Am G
Tanpa kusedari airmataku mengalir
F Dm E
Terdengar ayat seruan takbir
Am G
Betapa daku gembira tika di samping keluarga
F E Am
Di pagi mulia hari raya

Birthday Muffin

Assalamu'alaikum, 

Ini Birthday Muffin Gift Pack yang saya sediakan untuk Kak Nani, anak angkat Cekebon yang dah jadi family friend kami. Selalunya kalau saya tiada, Kak Nani banyak bantu Cekebon belikan barang-barang, hantar lauk, manja-manjakan Cekebon hehehe

Masalahnya, masa dah suntuk baru Cekebon sengih-sengih informed saya yang birthday Kak Nani keesokan harinya. Mujurlah hari tu saya buat mufin coklat untuk moreh dan makan dengan students. So, usahakan juga supaya jadi satu gift pack. Nak buat kek, saya malas nak korek buku resepi.

Hasilnya,..