Sabtu, Julai 16, 2016

...lagi kad raya :)

Assalamu'alaikum,

Memandangkan mood raya masih ON (raya kan sebulan,..) kita sambung entri penghargaan kad raya. Alhamdulillah, tahun ni selain dapat kad raya daripada students, meriah juga saya terima kad hari raya daripada teman dan kenalan blogger. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi ingat pada saya.

Rabu baru-baru ini, dalam letter box ada posto kad raya! Bukan sekadar kad, di dalamnya ada sekeping fridge magnet Krabi dan rantai kunci Doraemon. Saya senyum sengih-sengih sampai si cilik curious dan tanya, "Mak Long kenapa?!" Ohhh, Emon pujaan hatiku!!!! Kiriman senyum-sampai-telinga ini daripada adinda Salbiah M, si kaki bola tegar. Kenal tak? Kenal kan,... Haaa, melalui blog si Sal lah, saya yang selama ini krik krik krik tentang bola, mula tahu, faham sedikit sebanyak dunia bola sepak ;)

Khamis, Julai 14, 2016

Set Stensil POPULAR

Assalamu'alaikum. Kembali ke tower setelah lama cuti-cuti raya. First and foremost, terima kasih atas kunjungan tidak putus kalian. Insya-Allah, nanti ada rezeki saya balas kunjungan ye :)

Hari ni entri mengenai material kraf - set stensil. Set stensil adalah antara peralatan ringkas yang boleh bantu kita buat projek kraf. Set stensil di bawah ini keluaran POPULAR. Ada 6 designs. Tak silap saya harganya RM10.90 atau RM12.90. Tetapi, semasa saya beli ada promosi untuk range produk kraf keluaran POPULAR. So, I got 30% discount :)

Isnin, Julai 04, 2016

Kad Raya 1437 - Sis Deanna Morni

Satu lagi kad raya yang bikin saya senyum lebar hingga ke telinga. Empunya diri sibuk outstation sana-sini atas urusan kerja hingga dah jarang dengar khabar berita daripadanya. Rindunya pada Sis Deanna Morni! Dah lama benar tak tengok Sis D aktif beraksi menulis entri di blog. Sekurang-kurangnya, apabila terima kiriman kad daripada Sis D ni, terubat jugalah rindu :)

Kad Raya daripada Sis D

Terima kasih banyak-banyak, Sis D. 
Semoga dalam kesibukan tugas harian, Sis D masih lagi dapat menikmati keindahan, kemeriahan Ramadhan dan Syawal. Selamat pulang bergembira di kampung ye! Jaga diri baik-baik! Mmmuahhhhhh!