Assalamu'alaikum,
Baru nak bertatih menulis semula. Buka blog tengok banyak bebenar entri draf yang terperam terperap. OK, hari ni nak cerita pasal brownies. Siapa suka makan brownies angkat tangan?! Kita genggggg 😃 Berbanding cupcakes, saya lebih gemar brownies atau blondies sebab teksturnya yang lebih dense.
This is Fudge Brownies drizzled with Nutella. Dhila bawa sebagai hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa & moreh Ramadhan lepas (hehehe kan dah kata,..banyak entri draf cerita peram!) Bayangkanlah, brownies ni sampai beberapa jam sebelum berbuka,...kerja saya kejap-kejap intai dia! Jalan pergi buat kerja lain, datang balik intai dia! Belum campur pada masa yang sama terbayang-bayang brownies Nutella air tangan Hidayu Ayumie, mama si Firash tu lagi. Terseksa jiwa raga dibuatnya!