Selasa, Disember 26, 2017

Sambutan Bertema Starwars untuk Uje di Makan Kitchen

Hujung bulan lepas, keluarga kecil saya berkumpul untuk makan tengah hari, meraikan hari lahir adik bongsu saya, si Uje. Hari lahirnya jatuh pada hari kerja. So, we decided to have a small birthday lunch celebration for him - pergi makan buffet di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur (yang dekat The Intermark tu).

Bab-bab booking tempat semuanya si Dhila uruskan. We even managed to get a private dining area. Cantik sangat! Tengok gambar kat bawah ni. Ruang bulat yang berlangsir tu tempat makan kami untuk hari tu. Siap boleh tutup langsir! Privacy lah sikit 😃 Thanks again to you, Dhila. Kalau harapkan Along, kita makan kat rumah jelah jawabnya. Hahahah!

Kredit

Isnin, Disember 25, 2017

Countdown 2018 - Tetapkan Azam dan Target Tahun Baru

Assalamu'alaikum,
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Hari ini dah 25 Disember 2017. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita mula tulis tarikh dengan tahunnya 2018.

Kredit

Semangat nak mulakan tahun baru! Beberapa hari ini, insya Allah saya akan buat entri Countdown 2018. Entri-entri Countdown 2018 saya akan berkisar tentang persiapan menuju tahun baru + apa yang boleh kita lakukan agar setiap bab 2018 lebih bermakna dan bermanfaat buat kita semua.

Perkara pertama tentulah azam tahun baru kan? Waktu hujung tahun beginilah kita mula menilai semula perjalanan 2017, apa yang berjaya dicapai, apa yang gagal dilaksanakan....Waktu ini jugalah kita teruja buat senarai azam untuk 2018. Ada sesetengah orang tidak suka pasang azam kerana tidak mahu terikat dengan target atau sasaran tertentu. Bagi saya terpulang pada individu. Tidak ada salahnya buat senarai itu ini apabila memasuki tahun baru. Sekurang-kurangnya kita akan punya motivasi untuk majukan diri demi mencapai apa yang dihajati.

Chords Bukti - Virgoun OST Surat Cinta untuk Starla

Selain lagu Surat Cinta untuk Starla, saya turut menggemari lagu Bukti nyanyian penyanyi dari seberang, Virgoun. Lagu Bukti ini juga merupakan salah satu lagu yang menjadi OST Filem Surat Cinta untuk Starla The Movie (SCUS) yang bakal ditayangkan di seluruh Indonesia pada 28 Disember nanti.

Seperti lagu Surat Cinta untuk Starla (yang klipnya di Youtube telah mencecah lebih 185 juta tontonan), Bukti tidak kurang hebatnya. Melodinya lembut dan sedap didengar. Apa yang unik, sepanjang lagu ini kita akan dengar bunyi goresan pensel dan kertas yang dikoyak dalam gubahan muziknya. Apapun, enjoy the song. Enjoy the chords.

Kord Gitar From FAMF Tower



Kunci Gitar dan Lirik Lagu Bukti - Virgoun (Easy Chords)

OST Surat Cinta untuk Starla



(Intro)
G D F C
Am G C D D


G D
Memenangkan hatiku
F C
Bukanlah satu hal yang mudah
Am
Kau berhasil membuat
D G
Ku tak bisa hidup tanpamu

Jumaat, Disember 22, 2017

Cara Buat Huruf Blok 4 x 7

Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.

Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5

Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.