Jumaat, Oktober 05, 2018

Rumit Tetapi Terapeutik

Dua tiga bulan belakangan ini saya cepat tertekan. Banyak kerja, banyak komitmen tetapi saya malas hendak selesaikan. Sudahnya, seolah-olah mengheret, menghela diri dalam menyudahkan kerja. Belum campur masalah-masalah lain. Aisey, mana boleh stress kan?! Tak elok untuk kesihatan. 

Saya ni jenis malas berfikir. Bila kena berfikir, automatik mata jadi mengantuk! Kena fikir, tidur. Ngantuk, tidur. Stress, tidur. Muka dah macam pau kembung, sembab sebab asyik tidur! Makanya, untuk mengelak gejala sayang bantal dan tilam berlebihan ini, saya masuk bilik kraf buat kad. Biar produktif sikit.

Pada mulanya saya tidak perasan. Tetapi, apabila ditengok-tengok balik, sepanjang fasa minda dan jiwa libang-libu ni, saya cenderung untuk buat kad yang intricate. Yang rumit dan sedikit leceh sebab kena susun-susun, tampal-tampal.

OK, ini yang pertama. Setiap bentuk love di bawah, saya tebuk menggunakan craft punches yang berbeza, guna kertas dan warna yang berbeza. Kemudian, satu demi satu saya susun bentuk love di atas kad. Setelah siap, keluar bilik dengan senyuman lebar. Puas hatilah konon-kononnya.


Khamis, Oktober 04, 2018

Tertunggak - Terima Kasih, Anies!

Entri ini entri penghargaan tertunggak khusus buat Anies. Saya, tangguh dan tunda memang macam dah sinonim dah sekarang ini. Heheheh ini baru semak balik entri-entri yang terperam dalam draf. Mula nak terbitkan satu demi satu.

OK, nak cerita tentang hadiah yang saya terima daripada Anies. Sehelai tudung Aidijuma Gold Label ini merupakan hadiah kemenangan saya menyertai giveaway anjuran Anies pada awal tahun lalu. Hadiah ini dah lama saya dapat, dah pakai banyak kali dah tetapi seperti yang saya jelaskan tadi, entri terima kasihnya yang tertunda. Huhuhu nampak tak berapa lama entri ini terperam?! Nasib baik sempat publish sebelum 2019! 😄

Aidijuma Gold Label
Cantik kan? I like it very very much!  Personally, saya memang suka pakai tudung berwarna gelap terutamanya hitam. Tudung cerah atau pastel tak sesuai dengan saya. So, bertambahlah koleksi tudung saya! Alhamdulillah. Tudung ni jadi salah satu persalinan semasa Syawal. Kena dengan tema baju raya  pulak tu. Tetapi, gambar menggayakan tudung ni tak dan ambil.