Selasa, November 10, 2020

Resepi Sambal Matah Bali

Assalamualaikum. 

Pernah dengar tentang sambal matah? Ini salah satu daripada variasi hidangan sambal yang terdapat di Bali. Sambal ini sangat mudah disediakan kerana pada dasarnya kita hanya perlu hiris bahan-bahan yang diperlukan sebelum dicurahkan dengan minyak kelapa. 

Lebih kurang beginilah rupanya. Tolong abaikan hirisan saya yang kasar-kasar boleh buat tampal seluar koyak tu heheheh. Waktu saya buat sambal ni, tengah nak kejar masa. Kebetulan, orang yang rajin hiris halus-halus dan cantik berseni (Bott) tiada. Tangkap muat sahajalah jawabnya asal sambal siap.


Isnin, November 09, 2020

Berbaloi di DAISO - Toilet Deoderizer

Assalamu'alaikum,

Siapa suka pergi DAISO? Kalau masuk DAISO bahagian mana yang kalian tuju dahulu? Kalau saya semestinya bahagian alat tulis. Tak pernah jemu untuk belek-belek alat tulis, buku nota dan sticky notes yang cantik-cantik. Jika bernasib baik, ada juga seleksi barang peralatan kraf seperti ink pad, stamps, butang dan reben yang menarik, berbaloi dibeli.

Selesai cuci mata di bahagian ini, saya memang akan pergi bahagian keperluan bilik air dan tandas pula. Saya sudah jarang berkunjung ke DAISO sebab tiada lokasi kedai yang berhampiran dengan saya. Jadi, apabila sesekali berpeluang singgah DAISO saya pastikan yang saya beli beberapa botol toilet deoderizer sebagai stok untuk bilik air di rumah.

Inilah rupanya botol toilet deoderizer DAISO. Selain daripada toilet deoderizer, ada juga room deoderizer dan fabric deoderizer. Botolnya berwarna hijau dan merah jambu jika tidak silap. Dua tu saya jarang beli kerana bilik dah ada letak pewangi manakala fabric deoderizer saya buat sendiri menggunakan pelembut pakaian. Boleh baca - DIY Mudah Homemade Febreze