Selasa, Oktober 05, 2021

Ganjil yang Benar-benar Ganjil

Assalamualaikum. 

Hari ini saya hendak bercerita tentang drama bersiri baharu di Viu - Ganjil. Ganjil, arahan Datuk Yusry Abd. Halim yang membariskan pelakon-pelakon seperti Diana Danielle, Fattah Amin, Fatin Afeefa, Izzue Islam, Dato' Sri Eizlan Yusof, Aida Aris, Rosnah Johari dan ramai lagi merupakan sebuah Siri Original Viu yang sedang ditayangkan. 

Saya memang suka tonton cerita-cerita Viu Originals tidak kisahlah cerita dari produksi Malaysia, Indo atau Thai. Kira boleh layanlah. Antara yang saya suka The Bridge, Keluarga Baha Don dan Kopitiam Double Shot.  

Apabila dah tonton trailer Ganjil, terus rasa teruja nak tengok. Adalah cerita best untuk ditonton sambil-sambil buat kerja nanti.


Apa yang ganjil tentang Ganjil?  

PENTING: SPOILER ALERT


Nabila, seorang personaliti media sosial dan Amry, seorang jurutera dalam bidang IT yang agak timid dan pemalu tidak saling mengenali. Hubungan antara mereka bermula apabila bertemu antara satu sama lain di alam mimpi. Mimpi yang sama dan berulang-ulang - Nabila struggle berpaut di pinggir gaung manakala Amry akan datang untuk cuba menyelamatkannya.

Pelik dan keliru dalam memastikan siapa masuk mimpi siapa, Amry dan Nabila seolah-olah diajak melawat sisi kehidupan masing-masing. Perbualan mereka membawa kepada satu penemuan. Di alam nyata mereka pernah berpapasan kerana Amry bekerja di kawasan berhampiran tempat tinggal Nabila. Jadi, mereka buat janji temu untuk berjumpa di sebuah kedai muzik.

Tak kanlah semudah itu, kan? Insiden ganjil semakin ganjil apabila mereka berjumpa tetapi tidak bersua empat mata dalam dimensi masa yang sama. Baik Nabila mahupun Amry, datang ke kedai muzik tetapi .... 

Kredit Imej - Saluran Youtube Viu Malaysia

Isnin, Oktober 04, 2021

Kord Gitar Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka

Petang semalam, setelah siapkan kad kotak (explosion box) saya luangkan masa sebentar dengan Si Kapok. Saya masih ada beberapa pek tali gitar baharu yang perlu dicuba. Teman saya minta saya tolong review beberapa pek tali gitar, sama ada sesuai untuk pemula ataupun tidak. Mula-mula belajar gitar, tidak perlu pakai tali gitar yang fancy atau yang mahal-mahal. Tak praktikal. Apa yang penting, biar jari-jemari tu dapat tekan fret dengan baik dan not yang dimainkan betul bunyinya. Dah mahir nanti, barulah berbaloi pakai tali gitar yang mahal sedikit.

Alang-alang Si Kapok dah bertukar tali, saya petik-petiklah Si Kapok sekejap. Kali ini layan perasaan dengan Aku Bukan Jodohnya nyanyian Tri Suaka. Lagu mellow begini sesuai untuk plucking. Saya kongsikan kord mudahnya di sini. 


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Aku Bukan Jodohnya - Tri Suaka (Easy Chords)


[Intro]

F G Em Am Dm G


C    G      Am   G C

Ini salahku

    F                G                 C

Terlalu memikirkan egoku

F              G                Em        Am

Tak mampu buatmu bersanding nyaman denganku

    Dm                       G

Hingga kau pergi tinggalkan aku

Khabar Kopi | Jumpa di Kafe Joshua

Assalamualaikum. 

Hari ke-4 bulan Oktober. Saya masih berkopi-kopi. Memanfaatkan sebaiknya baucar-baucar Hari Kopi yang saya terima. Menikmati sepenuhnya aroma dan kelazatan kopi memanjalan tunas rasa. Rugilah kalau dibiarkan begitu sahaja. 😊

My coffee 😊

Hari ini, seawal pukul 4.30 pagi, saya terima pesanan Whatsapp. Ingatkan Cekebon. Tetapi, tidak! Mesej daripada seorang gadis bernama Amira - Kak Girang, lama tak dengar berita. Miss you so much! Miss Ariyyan. Miss Joshua. 

Ahad, Oktober 03, 2021

Buat Birthday Explosion Box

Assalamualaikum. Sedang buat apa? Ada tak yang pergi jalan-jalan hari ini?

Saya bersiaran dari bilik kraf hari ini. Tengah menyiapkan beberapa kad hari lahir untuk October babies. Ramai juga kenalan saya yang sambut hari lahir bulan sepuluh. Kena mula buat kad perlahan-lahan. Bimbang nanti minggu depan sibuk, tak sempat hendak siapkan. Ada yang boleh beri by hand, ada yang perlu dipos. Jadi, kenalah rancang betul-betul supaya timing cantik. 

Di bawah ini, kad berbentuk kotak atau lebih dikenali sebagai explosion box. Cerita lanjut mengenai explosion box, jemput baca di sini. Buat kad kotak agak makan masa sedikit. Mungkin sampai separuh hari jugalah untuk saya siapkan hingga ke perincian terakhir. Dah lama tak buat explosion box sebenarnya. Waktu rajin terima tempahan untuk explosion box ini, laju je tangan siapkan. Benda semua dah ada, siap diukur siap dipotong. Tinggal pasang dan hias. Sekarang kena mula dari awal, potong, gunting, tampal ... masak jugalah saya. 😂