Isnin, November 13, 2023

Betulkan Halaman Buku Tulis yang Tercabut

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Selamat bersantai dan beristirahat.

Kalian biasa atau tidak lihat buku tulis atau buku latihan anak-anak tercabut di bahagian tengah? Terpisah terus halaman dari buku. Biasalah, anak-anak kita ni… kadang-kadang terlasak lebih, terkasar lebih, buku dah tak jadi buku. Sakit mata juga tengok halaman yang tercabut tu. 😂

Inilah kerja saya petang semalam. Tolong baiki buku-buku anak seorang teman. 


Buku yang telah siap dibaiki.

Dahulu, semasa buat tuisyen, inilah kerja saya saban minggu. ‘Pulihara’ buku si cilik. Ada sahaja calon-calon yang datang dengan muka comel bawa buku. Jika buat begini, dapatlah kita satukan semula halaman-halaman yang tercabut. Tidaklah tercicir-cicir ilmunya.

Untuk baiki buku tulis yang muka suratnya ‘terpisah nyawa dari badan’, kita hanya perlukan pengokot (stapler), jalur kertas dan getah pemadam. 

Ingin tahu lebih lanjut? Saya pernah tulis entri mengenainya suatu masa dahulu. Jemput baca di sini.



Sabtu, November 11, 2023

Jom Bergelap 11 Minit!

Jangan lupa malam ini ya! 11 minit sahaja.

Jom padam lampu 11 minit!





11 November | Hujung Minggu yang Panjang

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Lama benar saya tidak bersiaran. Sibuk mengurus kehidupan konon-kononnya, tidak sempat langsung hendak menjengah blog. Balas komen dan blogwalking jauh sekali! Bersawang kaww kawww gamaknya tower saya ini. 😂

Apa khabar teman-teman semua? Mudah-mudahan okey dan baik-baik sahaja. Sepertiga November sudah berlalu, sekejap je, kan? Nanti tahu-tahu dah masuk 2024.


Deepavali dan Cuti Hujung Minggu 

Kalian ada sebarang plan untuk cuti tiga hari? Bagi yang pergi bercuti, selamat bercuti! Bagi yang balik kampung, selamat meluangkan masa di kampung! Bagi yang tidak ke mana-mana, sekadar berehat di rumah, santai-santai… selamat beristirahat! Relaks dan tenangkan diri puas-puas.

Dah bersarapan? Ini hidangan sarapan saya. Sudah beberapa hari teringin hendak makan pisang goreng. Pagi-pagi gigih bancuh bater. 😂

Pisang goreng rangup saya

Jumaat, September 15, 2023

Clear Stamps - Tickets

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.

Saya beli peralatan kraf baharu. Buat tambah-tambah koleksi clear stamps. Seronok sikit nak main cap-cap (atau orang kita biasa cakap cop-cop 😂).

Kali ini, pembelian clear stamps saya bukan untuk kegunaan buat atau hias kad ucapan. Sebaliknya, beli khusus untuk hias  junk journal. 

Inilah set clear stamps baharu saya - koleksi tiket vintage 🎫🎟.

Clear stamps - Vintage Tickets


Ini pula hasilnya setelah diletak dakwat dan dicap. Gembira sangat sebab setiap satu stamp tu, cantik hasil cetakannya. Ada yang saya cap atas kertas berwarna, kertas kraf dan ada yang saya cap atas kertas pelekat. Jadi sticker.


Hasil main cap-cap 😊

Macam-macam tiket ada! Tiket bas, tiket teater, tiket panggung… bolehlah digunakan untuk hias jurnal saya nanti.