Khamis, Julai 10, 2014

Makaroni Goreng Mudah

Malam tadi, balik kelas sekitar 10.30 malam. Perut rasa lapar la pulak. Nak keluar cari food, malas. Lagipun dah lewat. Selongkar-selongkar barang dapur, tengok apa yang boleh prepare dalam masa yang singkat dan mengenyangkan.

Well, inilah Makaroni Goreng Mudah dari dapur FAMF Tower :)



Resepi Macaroni Goreng Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300 - 350g macaroni (direbus hingga masak, tuskan). Asingkan 1 cawan air rebusan makaroni.
  • 5 siung bawang putih (hiris nipis)
  • halia - sebesar ibu jari (hiris memanjang)
  • 3 ketul bahagian dada ayam (potong kecil-kecil)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 kiub pes tomyam
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Panaskan kuali. Masukkan minyak. Tumis bawang putih dan halia.
  • Kemudian, masukkan cili giling dan biarkan sehingga cili garing.
  • Masukkan kiub pes tomyam. (Pecah-pecahkan supaya menjadi serbuk jika perlu). Tuang air rebusan makaroni tadi. Masukkan lobak merah dan ayam. Biarkan seketika hingga ayam masak. Kemudian, masukkan tomato.
  • Akhir sekali, bolehlah dimasukkan makaroninya dan gaul sekata. Perasakan dengan garam ikut citarasa.
  • Sedia untuk dimakan ;)

*Tak sempat nak garnish atau letak greens...dah lapar!

8 ulasan:

  1. minggu lepas pon ecah masak macaroni jugak..macaroni main cmpak2 jer..hehe

    BalasPadam
  2. Betul, campak- campak je memang sedap.. Tapi, Ros selalu tersalah campak..hihi

    BalasPadam
  3. ekin tak cuba lagi buat ni... aduhhhh....

    BalasPadam
  4. this is definitely gonna be my menu for dinner tomorrow! arini xboleh lagi, dah janji dengan cik abg, arini nak masak nasi ayam...thanx for the resepi kak Farrah :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.