NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Rabu, 27 Ogos 2014

"Kak, nak berbakti tak?"


"Kak, nak berbakti tak?"

Soalan Cekebon yang ini akan buat orang lain dengar angkat kening. Berbakti? Peliknya soalan tu!

"Ada ke?" Saya tanya balik dengan muka excited.

"Dalam peti ais."

"OK, Bon. Nanti kakak nak, kakak ambil sendiri."


Suspen tak? Apa kena mengena bakti dengan something dalam peti ais? Hmmm, sebenarnya 'konsep berbakti' ni timbul disebabkan nanas. Ya, nanas. Cekebon suka makan nanas. Bila adik-adik belikan buah favourite dia ni, Cekebon akan ambil her own sweet time kat dapur untuk kupas kulitnya dan buang mata nanas tu. Kemudian, dia potong kepada ketulan-ketulan kecil dan simpan dalam peti ais. Then, dia akan makan sikit demi sikit.

Masalahnya, anak sulungnya ni memang ada darah Samseng Kampung Dusun kot! Suka sangat songlap nanas Cekebon. Kopek nanas malas! Hehehe setiap kali nak kecak nanas ibu, saya akan buat muka comel (yang tak berapa nak comel pun sebenarnya), saya akan cakap yang saya tengah buat favour untuk Cekebon. 

"Kakak tengah berbakti pada Bon nih. Tolong abiskan nanas. Bon mana leh makan nanas banyak-banyak!" 

Huhuhu ada gaya penyangak tak? So, sejak itu, setiap kali Cekebon ada nanas yang nak offer pada saya, itulah bentuk soalan yang ditanya ;)

Orait, itu cerita untuk pagi ni. Have a majestic day!



15 ulasan:

  1. ahahahaha...lawak ingatkan apa lah tadi

    BalasPadam
  2. hahahaha...ingatkan berbakti pada negara ke apa..

    BalasPadam
  3. oh, itu ke maksudnya. ingatkan berbakti apa....g cek peti ais lak tu. haha

    BalasPadam
  4. hehehe... so sweet... i like nanas :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. i loveeeee nanas. lagi2 yg tinggal nak masuk mulut je hehehe :)

      Padam
  5. hahaha.. buat suspens tajuk entri ni

    BalasPadam
  6. Suspen gak. Haha org lain xfhm lgsg. Nak berbakti jugak!

    BalasPadam
  7. Sedap nanas kalau ada pencicah.
    Tapi saya jarang makan.
    Rase macam xsedap perut kalau makan nanas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, perut Shikin tak tahan ye.
      Hmmm, kalau teringin, cuba makan nanas Dole. Mahal sikit tapi juicy & manis.

      Padam
  8. Serius, Mon! Sebbaik ko tak pursue cita2 ko nak jd lawyer! Cekebon pun ko manipulate!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...