Memaparkan catatan dengan label A Slice of Thought. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A Slice of Thought. Papar semua catatan

Isnin, Julai 27, 2015

'Worst Day Ever?' Poem yang VIRAL

Pernah baca poem ni? Poem ni jadi viral sebab keunikan dan mesej tersembunyi yang cuba diketengahkan. Kita boleh pilih untuk perceive poem ni dari sudut negatif atau positif.

Cuba baca :)

Worst Day Ever?
by Chanie Gorkin

Today was the absolute worst day ever
And don't try to convince me that
There's something good in every day
Because, when you take a closer look,
This world is a pretty evil place.
Even if
Some goodness does shine through once in a while
Satisfaction and happiness don't last.
And it's not true that
It's all in the mind and heart
Because

Jumaat, Mei 22, 2015

Happines = ?

Credit

Selamat Pagi Jumaat! Nah, ambil seorang satu 'budak suka senyum' ni dan berwajah manislah sepanjang hari. Kita semua nak happy, nak girang gembira. Tetapi, tafsiran happy kita berbeza. Apa yang buat saya gembira mungkin biasa-biasa aja bagi kalian. Perkara yang melonjakkan meter 'gumbira' kalian, mungkin tidak memberi kesan pada saya. 

Apa itu kegembiraan?

Khamis, Mei 21, 2015

Saya Cukup Tidak Suka

Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu


Saya cukup tidak suka, 
apabila hidup saya tengah tenang, 
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)

Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.

dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.

and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?

Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan, 
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.

Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji, 
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia, 
daripada cela di mata Sang Pencipta.
 
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.

Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok, 
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama. 
Allah yang Satu.



Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh


Selasa, Mei 12, 2015

Answerable Only To Allah


Credit
Dalam hidup ni, at certain points, kita tak perlu nak explain/jelaskan keputusan kita,..tindak tanduk kita, malah thoughts kita sekalipun pada orang lain. It's tiring actually. Benar-benar memenatkan. Apa lagi apabila kita berdepan dengan orang yang hanya perceive sesuatu perkara mengikut tahap minda mereka, apa yang mereka percaya. Mereka tidak akan faham apa yang kita jelaskan kerana persepsi mereka berasaskan tanggapan mereka sendiri. Kepercayaan mereka bertunjangkan apa yang mereka mahu percaya.

Dalam erti kata lain, we don't owe any explanation to this kind of people.



So, stop explaining yourself to others. We are only answerable to Allah.


Have a wonderful day! 
Senyum dan cuba gembirakan orang lain hari ini!

Selasa, Februari 24, 2015

...hanya kerana kita sakit.

Hari ini, dah ke petang baru sempat nak menjenguk blog. Maaf ya adik-adik, kakak-kakak dan kawan-kawan, saya tak larat nak blogwalking atau balas komen. Kepenatan! Cuaca panas sekarang drained my energy out.

Got something to share today.

Sumber Imej: Pinterest

Betul kan? Hanya kerana kita berasa sakit, disakiti atau dianiaya, tak bermakna kita perlu lakukan perkara yang sama pada orang lain. Ketidakadilan dan kesakitan yang kita alami, tidak sewajarnya dilempiaskan pada orang lain yang tak berdosa.

Take care, semua! Enjoy the rest of your day!

Rabu, Februari 18, 2015

Percaya & Kepercayaan

Happy Wednesday! Selamat bercuti panjanggggg! Saya dah banyak kali came across quote di bawah ni. Sukalah :)
...walaupun lepas kita gosok guna iron ;)
Kredit Imej

Dalam life, susah nak gain kepercayaan orang. Jadi, apabila orang dah percaya pada kita, jangan sesekali betray trust mereka. Once kepercayaan tu dah tergugat, kita tak akan dapat rasa percaya yang sama seperti sebelumnya. Sekalipun kita bersungguh-sungguhlah nak yakinkan orang, tidak ada maknanya kalau sense of trust tu dah tiada.


Psst! Yang mana saya belum balas kunjungan, tunggguuuuuu! Insya-Allah, cuti ni saya jalan-jalan jejak kalian :)

Sabtu, Januari 24, 2015

Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau

Beberapa teman sekolah dan kampus hantar sms pada saya, "Tengok Caliph Buskers, teringat dekat kau, F!" Saya memang dari dulu ada soft spot (this is perkataan paling hampir yang terlintas di benak saya) pada OKU penglihatan. Cepat tersentuh apabila lihat mereka. Sejak kecil, kalau ikut arwah datuk & arwah nenek pergi outing ke KL, nenek akan beri saya beberapa ringgit untuk saya beri pada pemuzik-pemuzik jalanan yang kelainan upaya ni. Zaman dulu, diorang nyanyi lagu-lagu lama. Tak adalah nyanyi lagu MOJO ke, Akim ke macam Caliph Buskers tu. Itu pun saya dah cukup kagum. Selalu saya akan tanya pada datuk, macam mana mereka boleh main muzik, kan mereka tak nampak? Datuk bagi jawapan simple - apabila Allah ambil deria mata mereka, Allah beri kelebihan pada deria-deria yang lain :)


OK, berbalik kepada tajuk panjang Kalau Nak Tolong Orang Jangan Berkalau-kalau ni (sorry, terlari tajuk jap!), saya nak cerita tentang tabiat buruk saya dulu-dulu yang suka berkalau-kalau when it comes to helping others. Nampak orang susah, hati dan minda niat nak tolong. Tapi badan berat nak gerak. 'Nak tolong ke tidak? Nak tolong ke ni?' Saya pun tak tahu dari mana saya dapat penyakit 'gagap bertindak' ni?

Selasa, Januari 20, 2015

Tak mahu 'flatline',...


Sukalah poster ni! Kalau tak ada turun naik dalam hidup, maknanya kita dah,.... toooooooooooooooootttttttttttttt! 

Selamat memulakan hari! Saya tengah mendidik sabar dekat klinik ni. Rasanya tekak kena infection sebab degil dua tiga hari ni makan sotong. Ramainya orang yang tidak sihat! Moga semua akan cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan sempurna.

Sambil menunggu giliran, makan popia beli kat cafe. Offer mak cik yang duduk kat sebelah saya. Dengan sedih dia geleng, "Tak  boleh makan lagi, belum check gula." Ala kesiannya. Dah pukul 10 ni. Dahla kena puasa dari malam tadi. Sabar banyak-banyak ye, mak cik. Bertahan ye....(popia terus masuk beg!)

Ahad, Januari 11, 2015

8 Perkara yang Perlu Buang Segera

Saya dapati poster mini di bawah sangat sangat menarik! Karen Samansohn, (credit goes to her for sharing this) senaraikan 8 perkara yang perlu dikikis dari diri untuk nikmati hidup yang lebih content, ceria dan bahagia :)

Credit - Karen Salmansohn

Saya paling berkenan dengan nombor 2, 6, 7 & 8. No. 5 tu pun penting kalau nak amalkan cara hidup sihat. Jangan manjakan diri sangat dengan benda-benda manis bergula ni. Senyum manis tak apa :)

  • Berkata 'YA' walaupun hati dan minda memberontak kata 'TIDAK' - Kadangkala kita kena belajar cakap tidak. Jangan asyik menurut demi nak jaga hati atau tunaikan permintaan orang lain. Apabila kita buat perkara yang kita tidak suka/tidak rela, kita akan tertekan....macam mana nak happy?
  • Overthinking - Terlalu berfikir atau terlebih fikir ni boleh jadi penyakit yang makan diri. Over-scrutinizing boleh buat kita risau. Tarik nafas dan bertenang. Ingat, tak semua perkara boleh berada dalam kawalan kita.
  • Kerap merungut - This is very unhealthy. Kalau kita kerap merungut, itu tak kena,..ini tak kena,...kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat lain yang kita peroleh. Cuba bangun setiap pagi dengan tekad untuk lalui 1 hari bebas rungutan. Start counting your blessings and you'll smile from ear to ear =)
  • Takut akan kegagalan - Belum cuba belum tahu. Jangan asyik runsing fikirkan perkara yang negatif. Nanti apa yang mahu kita lakukan awal-awal dah temui jalan buntu.
Macam mana? Bersedia nak buang mana-mana dalam senarai di atas yang ada dalam diri kita? I do. Kita cuba sama-sama ye :)

Have an enjoyable Sunday!


Sabtu, Januari 03, 2015

Ingin Jadi 'Ikhwan' yang Dirindui oleh Rasulullah

Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.
Kita bertuah di minggu pertama tahun ini. Selain dapat berehat, kita juga berpeluang meraikan sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang terlibat dengan perarakan tak hari ini?


Semoga dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita sebagai satu ummah dapat terus mengenang baginda, menyanjungi baginda dan menjadikan baginda Rasulullah sebagai role model kita. Bukan pada hari ini sahaja kita perlu mengingati baginda, malah tiap-tiap hari. 

Saya terpanggil untuk kongsi petikan kisah menarik ini.

Pernah suatu hari, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berbual-bual dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa sahabat yang lain, baginda menyuarakan hasratnya.

“Wahai Abu Bakar, aku amat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan).”

“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” soal Saidina Abu Bakar kepada baginda.
“Bukan,” jawab Rasulullah. “Kamu adalah sahabat-sahabatku."

Kemudian, baginda menerangkan, "Saudara-saudaraku (ikhwan) ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua."

Bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berada dalam kalangan ikhwan (or ikhwah) yang dirindui oleh Rasulullah. Kalau boleh biarlah ahli keluarga, saudara mara, kenalan dan sahabat handai juga tergolong dalam kumpulan yang sama. Bagaimana? Kita mulakan dengan sesuatu yang berskala kecil tetapi dengan istiqamah. Antaranya:

  • Biasakan lidah mengucapkan 'Sallallahu 'alaihi wassalam' setiap kali mendengar nama baginda. Lentur kelaziman ini pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
  • Banyakkan berselawat ke atas nabi.
  • Adakan perhiasan atau objek (Contohnya bingkai nama Nabi Muhammad, carta salasilah keluarga baginda) di rumah/sekolah/pejabat yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah. Setiap kali terpandang perhiasan atau objek ini, berselawatlah sebagai tanda ingatan kepada baginda.
  • Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Saya ada seorang teman yang meletakkan target untuk belajar satu sunnah Rasulullah setiap hari. Kemudian cuba mengamalkannya bersama amalan sunnah lain yang telah diketahui.
  • Baca buku-buku mengenai riwayat hidup Rasulullah dan perjuangan baginda. Terapkan sifat-sifat mulia baginda dalam diri kita, anak-anak dan ahli keluarga.

Harap perkongsian tidak seberapa ini bermanfaat buat kita semua :)


Selasa, Disember 30, 2014

Menarilah,...walau ini bukan lagu kita.


Credit - Believe & Create

Dalam hidup, kita memang tidak akan dapat segala apa yang kita idamkan. Tetapi, itu tidak bermakna kita perlu kecewa, putus asa dan berhenti mengecap kegembiraan. Jadikan apa yang ada dengan kita sesuatu yang TERBAIK. Syukuri setiap nikmat. Hargai setiap peluang. 

♪ ♫ Menarilah dengan gembira,..kendatipun irama kehidupan yang kita dengar, bukannya lagu yang kita pilih. ♪ ♫

Selamat menempuh hari-hari akhir 2014 :)


Selasa, Disember 09, 2014

Yang Betul-betul Kuat,..

Assalamu'alaikum! Selamat Pagi =)

Saya di luar sekarang ni. Buat urusan itu ini. Tengah menunggu. 'Seronoknyaaaa' :(
Oh, came across this quote that I think is worth sharing.


The strongest people 
are not
those who show
strength in front of us
but those who
win battles 
we know nothing about.


Betul kan? Orang yang betul-betul kuat ialah orang yang berjaya atasi cabaran/kekangan/dugaan/masalah-masalahnya dengan senyap,..dengan sendiri,...bilamana orang lain tak tahu langsung apa yang dia lalui. Moga saya boleh jadi 'orang kuat' itu  :)


Jumaat, Disember 05, 2014

...dan sabar itu lebih cantik!

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat!
Selamat menyudahkan tugas-tugas kalian dengan tenang dan sabar :)
Esok dah hujung minggu! (Bagi yang dah mulakan hujung minggu hari ni selamat beristirehat ye...)


Something to contemplate for today,...

Surah Yusuf, Ayat 18



Terjemahan:
Dan (Bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."




Rabu, Disember 03, 2014

Belajar mendengar,...




One of the
most sincere
forms of RESPECT
is ACTUALLY
listening
to what another
has to say.


Setiap kali kita berinteraksi dengan orang lain, pastikan kita betul-betul dengar apa yang diperkatakan. Jangan asyik kita je yang bercakap,..tak henti mulut bercerita itu ini. Belajar mendengar ialah salah satu gesture tanda hormat yang paling asas. Lagipun, every good conversation starts with good listening.

HAPPY WEDNESDAY!


Rabu, November 26, 2014

Stay INSPIRED!

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama hari ini :)


Panduan mudah untuk hari-hari yang lebih bertenaga, bersemangat dan ceria! Paling suka nombor 10 - 12. The 50/10 rule (nombor 5) pun bagus untuk dipraktikkan terutama bagi yang bekerja menghadap komputer sepanjang hari. In all, pastikan diri sihat, cukup rehat, terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan sentiasa fikirkan apa yang boleh buat kita gembira :)

Mundane days? Shoooohhhhh! Go away!



Isnin, November 10, 2014

Tak Peduli Apa-apa

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Isnin! Haa, siapa yang kena angin Monday Blues tu, jom tengok gambar panda di bawah ni...

Panda Tak Peduli Apa-apa

Tengoklah si Panda yang tengah bobok tu. Tak kisah apa yang berlaku,..kawan dia nak memanjat ke,..nak terkungkang ke,..tidur dia tetap tak terganggu. I guess in life, sometimes kita kena buat begitu kan?! Just lay low, mind our own matters dan jangan ambil peduli sangat dunia di sekeliling kita (terutama sekali hal-hal peribadi orang). Bila kita tidak terlalu ghairah ambil tahu tentang orang lain, kita akan ada lebih masa untuk diri kita :)

Selamat Memulakan Kerja!

Psst! Tetapi konsep 'tidak ambil peduli' ini tidak apply untuk semua situasi ye...jangan salah anggap ingat saya nak semai nilai pentingkan diri pula ;)




Sabtu, Julai 26, 2014

Apa Kaitan Kangkung, Panda, MH370 dan Cadbury dengan HARGA DIRI?

Dalam *banyak-banyak kad raya yang saya dapat (actually, tak banyak mana pun), ada sekeping yang betul-betul buat saya tersenyum. Selain daripada mesej dan ucapan biasa sempena hari raya, si pengirim titipkan mesej berkenaan harga diri. Mari saya kongsikan dengan kalian.


Harga diri seseorang itu janganlah semurah kangkung
tetapi tidak juga perlu semahal panda,
kerana apabila ia hilang seperti MH370
ia akan dihina dan dikeji seperti Cadbury.
Jadi, harga diri perlulah sentiasa meningkat,...
seperti tarif elektrik!


Nota Senyum: Hehehe saya suka bahagian akhir tu!


Rabu, Julai 02, 2014

Andai Hari Ini Asaku Mati,..



Setiap perancangan Allah adalah yang TERBAIK untuk kita, malah jauh lebih baik daripada impian-impian kita.


Rabu, Julai 10, 2013

Checklist Ramadhan

Alhamdulillah! Atas izin-Nya, bertemu lagi kita dengan satu lagi Ramadhan. Hari ini tak larat nak menulis panjang. Cuma mahu kongsikan sesuatu yang menarik untuk kita di bulan Ramadhan ini. 'Checklist Ramadhan' ini (klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih besar) dikongsikan oleh Dr. Fadila Grine di akaun Facebooknya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau atas perkongsian ini.

Senarai semak untuk Ramadhan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan kepada kita untuk terus lakukan ibadah mulia di bulan penuh keberkatan ini.



Selamat  Berpuasa! Selamat Melaksanakan Ibadah-ibadah Ramadhan! Semoga Ramadhan kali ini lebih beerti buat kita berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jangan lupa baca doa harian Ramadhan. Klik di sini - Doa Harian untuk Sepanjang Ramadhan.

Isnin, Februari 13, 2012

Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi!

Hari ini aku layan 'monday blues' (walaupun aku tak layak nak rasa blues langsung sebab bukannya kena pergi kerja pun!) sambil tengok Bott kemas rumah. Tiba-tiba Bott panggil aku.

"Cepat, Far! Orang yang biasa tu datang!"

Aku pun bergegas ke 'sliding door' depan rumah. Mujurlah kaca 'sliding door' tu jenis 'tinted ' - nampak dari dalam tak nampak dari luar'. Berjedalah kami berdua di depan 'sliding door' tu sambil memerhatikan tingkah laku 'orang biasa' di luar rumah.

Kalian mesti nak tahu kan...siapa 'orang biasa' yang Bott maksudkan. Apa pula yang dia buat di luar rumah kitorang? Kenapa pula tingkah lakunya menarik perhatian kami?



Inilah 'orang biasa' yang kami maksudkan. Aku tidak kenal dengan mereka tetapi aku dan keluarga kerap nampak lelaki ini (kadangkala bersama dengan isterinya) dan anak-anak datang memunggah sampah di luar rumah dan mengambil barang-barang yang boleh mereka ambil (mungkin untuk kitar semula, dijual atau digunakan semula).

Pada mulanya, aku rasa ingin marah kerana bimbang mereka akan sepahkan sampah-sampah tu. Tetapi setelah beberapa ketika aku memerhati, marahku bertukar jadi kasihan. Kebiasaannya mereka akan rasa-rasa dulu bahagian luar plastik sampah. Bila mereka andaikan ada barang yang boleh diambil, barulah plastik sampah dibuka dan 'isi-isinya' diteroka. Setelah mengambil dan mengasingkan sampah-sampah tertentu, mereka akan ikat semula plastik sampah tu kemas-kemas.

Hari ini, si ayah datang setelah mengambil dua orang anaknya dari sekolah. Bayangkan dengan pakaian seragam sekolah, di bawah terik matahari kedua-dua anaknya turut sama menyelongkar plastik sampah besar di hadapan rumah kami! Ada beberapa perkara yang menyentuh hati aku:

  • Si adik terjumpa pen-pen lama yang aku buang semasa kemas bilik arwah nenek. Segera pen-pen itu dicoret ke tangan - ingin pastikan masih ada dakwat atau tidak. Apabila ada yang memuaskan hatinya, pen-pen itu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
  • Si abang pula tidak selfish. Ayah jumpa beberapa sapu tangan lama dan berikan kepada abang. Abang dengan baik hati membahagi-bahagikan sapu tangan antara mereka dua beradik.
  • Ketika sedang sibuk menyelongkar sampah, lalulah sebuah van yang membawa murid-murid. Dalam van tu ada murid yang mengenali mereka dan sibuk melambai pada mereka berdua. Ada juga 'anak-anak tak cukup ajar' yang 'boo' budak-budak ni, mengejek dengan nama-nama sampah dan macam-macam lagi. Apa reaksi adik-beradik ni? Mereka lambai balik pada kawan-kawan dan kemudian sambung balik mengasingkan sampah-sampah. Ya Allah, kalau aku dah 'terkundat' dan muncung bibir dah kena ejek! Silap-silap aku jalan setapak...setapak...tahu-tahu dah sampai dekat bus-stop sebelah rumah pulak! Mungkin anak-anak ini sudah lali diperlakukan sedemikian.


Aku pernah dengar orang kata 'one man's trash is another man's treasure'...tapi tidaklah dalam erti kata begini :(  Entri ni aku tulis bukan untuk merendahkan atau memalukan sesiapa. Ini pengajaran untuk kita semua. Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi! Ada ramai lagi orang yang susah daripada kita.