Jumaat, Mac 07, 2014

Chocolate & Peanut Butter Muffin

Cuaca panas + rumah tak ada air (kena catu) buat rasa craving saya terhadap benda-benda manis semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba petang ni teringinlah pula nak makan muffin coklat. Dah lama rasanya tak buat muffin. Cip coklat tak ada stok pula. Aisshhhh, tak syokkkk! Takkan nak buat muffin coklat kosong je (bukan main mengada-ngada pula 'taste-buds' saya hari ni). So, since cip coklat tak ada, saya guna peanut butter sebagai filling untuk muffin saya. Adalah rasa creamy+nutty sikit.


Guna mana-mana resepi muffin coklat yang kalian biasa guna. Kemudian, masukkan adunan muffin ke dalam 'muffin tray/muffin cups' separuh penuh. Letakkan satu sudu kecil mentega kacang jenama 'Lady's Choice' - saya gunakan peanut butter jenis yang 'creamy'. Tak pasti pula hasilnya bagaimana jika jika gunakan jenis yang 'chunky'. Tuangkan sedikit lagi adunan muffin untuk tutup permukaan mentega kacang tadi.

Saya memang sarankan guna 'Lady's Choice' atau mentega kacang lain yang teksturnya lebih kurang sama. Saya pernah guna mentega kacang yang lebih murah. 'Filling' tak menjadi. Mentega kacang yang diletakkan dalam adunan akan kering, pecah & 'merayap-rayap' keluar. Sungguh tidak cantik rupanya.

Khamis, Mac 06, 2014

Kami Histeria - Berbeza tapi...

Sebelum ni, bila lihat trailer filem 'Kami Histeria', rasa teringin nak tengok. Daripada apa yang dicanang-canangkan, filem ni bergenre komedi+seram+fun. So, once dah ada kat Astro First, saya pun tontonlah filem ni (dengan keselesaan boleh baring & golek-golek di rumah hehehe).

Jalan cerita biasa je sebenarnya - tentang kumpulan anak gadis yang cuba untuk lancarkan karier muzik mereka dengan upload lagu-lagu di Youtube. Cuma garapannya lebih segar. Setiap watak ada karakter tersendiri yang menghidupkan cerita. Lima anak gadis yang menggelarkan diri mereka HISTERIA, berpindah ke rumah flat berhampiran hutan untuk memudahkan mereka berlatih bersama. Malangnya, ketika hendak mula merakamkan persembahan untuk diupload, mereka diganggu dengan bunyi wanita mengilai. Tanpa menghiraukan gangguan tersebut, mereka tetap merakamkan lagu terbaru & upload videonya di Youtube.

Lagu berkenaan menjadi hit dan mendapat sambutan luar biasa. Setelah tampil dengan lagu yang seterusnya (yang dianggap gagal), lima gadis ini terpaksa percaya bahawa  kejayaan lagu mereka sebelum ini adalah atas kolaborasi tidak sengaja mereka dengan Cik Lang (langsuir). Maka, demi mencapai misi menjadi artis terkenal, mereka nekad untuk mengajak Cik Lang menyumbangkan suara dalam lagu mereka yang seterusnya.
Kredit Imej: www.bakul2011.com

Cik Lang bersetuju untuk membantu tetapi dengan syarat. Apabila lagu baru HISTERIA featuring Cik Lang berjaya memahatkan nama kumpulan itu hingga tercalon ke ABP, Cik Lang menagih janji agar Afdlin Shauki dibawa bertemu dengannya. Cik Lang yang cantik rupawan tu rupa-rupanya peminat setia Afdlin. So, HISTERIA berdepan dengan kata dua - culik Afdlin untuk 'dihadiahkan' kepada Cik Lang atau berdepan dengan mati.

Boleh dikatakan, 45 minit pertama cerita ini menarik dan menghiburkan. Cuma bagi saya, filem ini gagal mengekalkan rentak yang seragam hingga ke akhir cerita. Lagu-lagunya pun biasa. Saya mula bosan apabila dua tunggak utama HISTERIA (Diana Danielle & Sara Ali) mula bergaduh sesama sendiri.  Masuk pula watak Pit (Izzue) yang tak bantu jernihkan keadaan pun. Kemudian, scene kemuncak Cik Lang bertukar wajah dan 'bertempur' dengan HISTERIA sangat menghampakan. Langsung tiada elemen seram dan saspen! Mungkin kerana apa juga teknik komputer yang digunakan untuk efek langsuir terlalu ketara hingga nampak tidak realistik. Apapun itu sekadar pendapat peribadi saya. Secara keseluruhan, filem ni bolehlah ditonton sebagai hiburan. 'Kami Histeria' memang sedikit berbeza, tetapi tidak dapat mencetuskan fenomena.




Magnum Gold yang Tak Berapa Nak Gold...

Petang semalam pergi kedai runcit saya beli aiskrim Magnum. Lama dah teringin nak makan. Pilih-pilih ada yang jenis chocolate brownie. Saya tak berkenan sangat yang tu. Ternampak pula Magnum Gold. Harga empat ringgit lebih sebatang. Apa yang 'gold' nya? Saya pun belilah, excited nak cuba. 

Tattadaaaaaa!


Buntang gak mata saya tengok rupa paras aiskrim ni. Sekali pandang nampak macam aiskrim mangga pun ada! Dari segi rasa, personally saya suka yang classic. Magnum Gold ni yg sedap cuma 'coating' luar tu je. Tidaklah segah namanya :)