Jumaat, September 26, 2014

Peanut Butter French Toast untuk Sarapan

Selamat Hari Jumaat, semua! Dah sarapan? Makan apa? Hari ni saya buat french toast untuk sarapan (yang lebih kepada brunch sebenarnya). Tetapi, ini bukan french toast biasa. Ada filling peanut butter di dalamnya :) 

Tidak cukup itu, lapisan luar disalut pula dengan oat. Rangup emping oat di bahagian luar roti … peanut butter yang meleleh keluar … memang lazat dan mengenyangkan! 

Jom intai resepi french toast mentega kacang di bawah. Mana tahu bakal jadi salah satu hidangan sarapan kegemaran kalian pula.


Peanut Butter French Toast with Oat

Peanut Butter French Toast with Oat (Portion for 1-2 pax)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji telur
  • 4 keping roti (Saya guna roti fibre.)
  • Mentega kacang yang secukupnya (Kebetulan di rumah ada mentega kacang berlapis dengan coklat)
  • 3 sudu besar instant oat
  • 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
  • Secubit garam jika mahu. (Saya tak letak pun.)
  • Sedikit mentega/marjerin untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Ambil dua keping roti. Sapukan mentega kacang pada roti semewahnya. Kapit roti kemudian potong kepada dua bahagian. Lakukan yang sama pada baki dua keping roti lagi.
  2. Pukul sedikit telur + garam (jika menggunakan garam).
  3. Ratakan instant oat di atas piring.
  4. Celup roti ke dalam telur. Kemudian, letak roti di atas piring dan sadurkan sehingga semua bahagian dilitupi dengan oat.
  5. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega atau marjerin. Masak roti di atas kuali leper selama 2 - 3 minit. Terbalikkan roti dan masak sisi yang satu lagi untuk tempoh yang sama. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!



Khamis, September 25, 2014

Hujan dan 'petrichor'

Alhamdulillah! Setelah beberapa hari cuaca panas dan kering di kawasan rumah saya, hari ini Allah turunkan hujan lebat. Raining cats and dogs, you! Hmmm, apabila hujan dan sejuk dingin begini, mata mulalah terasa berat. Tengah buat persiapan mengajar untuk malam nanti, tapi fikiran melayang-layang teringatkan bantal dan tilam. Tak cukup itu, tiba-tiba teringin nak makan cucur bawang dengan air kopi panas pulak! Hehehe...

Apa kena mengena pula hujan lebat dengan 'petrichor' nya? Haaa,...disebabkan dah lama tak hujan, tentu tanah kawasan tu kering kan? Jadi, apabila hujan turun, akan ada satu bau yang naik ke udara. Earthy smell. Bau debu yang bercampur dengan air hujan. Bau itulah yang dipanggil 'petrichor' :)

petrichor
/ˈpɛtrʌɪkɔː/
noun
a pleasant smell that frequently accompanies the first rain after a long period of warm, dry weather.


Perkataan Greek juga ni. Saya came across perkataan ni dalam salah satu novel yang pernah saya baca. Indah betul bahasa,...bau tanah yang naik selepas hujan pun ada istilah khasnya :) Tetapi, saya tak pasti sama ada perkataan ini diterima pakai sebagai istilah Bahasa Inggeris ataupun tidak.

Kalian suka akan 'petrichor'? Saya?! Semestinya!


Doa Mohon Keampunan Buat Diri & Keluarga

Assalamu'alaikum,
Perkongsian untuk hari ini. Moga-moga membawa manfaat untuk kita semua.


Doa Agar Tetap Mendirikan Solat & Memohon Keampunan Buat Diri & Keluarga 

(Surah Ibrahim, Ayat 40-41)

Terjemahan Ayat:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"



Rabu, September 24, 2014

Resepi Semur Ayam Mama Sastri

Saya dah lama teringin nak makan lauk semur ni. Kali terakhir makan rasanya dekat sebuah restoran yang menyajikan makanan Indonesia,..tak ingat di mana. Lama dah! Masa tu makan dengan nasi liwet. Sedapnya!

Minggu lepas, since saya ada banyak masa terluang, saya cuba juga buat lauk semur ni. Pada asalnya nak buat semur daging (yummmm yummmm....), tapi nanti Cekebon tak boleh makan. Penat saya jaga diet harian buah hati pengarang jantung yang seorang ini. Tak mahulah hanya kerana saya dengan food craving saya, tekanan darah tingginya naik mencanak!

Semur Ayam

So, kita buat semur ayamlah. Resepi diimport terus dari Bandung. Ini version Mama Sastri, salah seorang kenalan saya.  Bersungguh-sungguh dia cuba simplify resepi ni untuk saya. Maklumlah, saya ni bila resepi tu complicated sedikit, mula rasa nak angkat senduk dan melarikan diri. Orang 'pakar' la katakan. Hehehe. Makasih, Mama :)

Resepi Semur Ayam Mama Sastri

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350 - 400g ayam
  • 200ml santan pekat (saya guna santan kotak tanpa kolestrol yang fat trimmed tuh)
  • 4 batang cili merah (belah dua, buang biji)
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 helai daun salam
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • 2 butir bunga lawang
  • 5 butir bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis

Bahan yang perlu dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 siung bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato besar
  • 1 butir buah keras
  • 1/2 butir pala
  • 1 sudu teh lada hitam


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan hingga lebih kurang 2 - 3 sudu besar minyak.
  3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis buat seketika. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis kesemuanya hingga naik bau.
  4. Setelah tumisan naik bau, masukkan kicap pekat, kicap manis. Tuangkan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. Masukkan ayam diikuti dengan santan, daun salam dan cili merah.
  5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah memekat. Sekiranya inginkan lebih kuah, tambah sedikit lagi air.
  6. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum juadah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!