Jumaat, Februari 20, 2015

Teman Sis JM Setiap Hari

Baru-baru ni, Sis Jari Manis kita ada buat entri TERUJA mak NOK!!!!. Nak tahu tentang apa, jangan lupa baca ye. Dalam entri tersebut, adalah terselit gambar ni :)

Kat opis JM :)
Terharunya!!! Tak sangka sis simpan kad-kad cenonet saya. Siap 'tepek' pada partition office lagi! Sob...sob...touching jap.

Khamis, Februari 19, 2015

Misteri Terungkai

Ini sekuel kepada entri Nguping Cekebon dan Dhila. Misteri terungkai dengan sendiri. Rupa-rupanya mereka sibuk buat plan untuk celebrate hari lahir saya!

The invitation card.

Borborygmi! Makanya, laksa goreng!

Semalam dinner awal. Masa tengah mengajar, dah rasa lapar balik. Habis kelas, jatuh kategori famish. Perut dah borborygmi! Apa tu?! Heheheh borborygmi ni sebenarnya istilah latin (originated from Ancient Greek, borborygmós) yang bermaksud perut berkeriuk! Stomach rumbling lah kiranya :)

Sampai rumah, meluru masuk dapur selongkar peti ais. Bermesej-mesej dengan Dik CT Humairah pun dah pening-pening lalat sebab lapar. (Nway, thanks CT sebab ingat akak! Flying kiss sepapan mercun raya cina. Muahhhhhh!) Jumpa lebihan laksa beberapa hari lepas. Tak lakulah sebab kuah dah habis! Apa lagi,...kelentung-kelentang kelentung-kelentang,...SIAPPPPP!

Laksa Goreng Borborygmi!

Laksa Goreng Borborygmi for two! Late night supper dikongsi bersama 'lembaga-lembaga' yang dah tidur, tiba-tiba bangun dan muncul kat dapur ;)